Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Rabu, 22 April 2009

RENUNGKAN...


Masih ingatkah anda tentang kegemilangan yang Misha kecapi??
Suatu ketika dahulu beliau disanjung kerana bakatnya..
Sumbangannya kepada negara dengan memenangi anugerah di China..
Walaupun hanya sekali namum beliau tetap pernah berjasa untuk negara..
Berbanding artis pada masa kini yang hanya popular berdasarkan rupa..
Beliau juga banyak merangkul anugerah di dalam negara..
Saat itu beliau disanjung dan dipuja..
Mengapa kini di saat beliau mahu bangkit kembali,,
Demi peminatnya yang setia menantinya..
Ada insan yang iri hati dengannya..
Pelbagai tomahan dan cacian dilemparkan..
Beginilah nasib artis Malaysia..
Saat berada di atas, mereka dijulang..
Saat mereka rebah, mereka dipijak..
Mengapa perkara sebegini harus terjadi?
Seharusnya...
Saat mereka di atas, mereka dipegang agar tidak jatuh..
Saat mereka rebah, pimpin mereka untuk bangkit kembali..
Tiada siapa yang mampu menghalang Misha Omar untuk bangkit berjuang kembali..
Kerana masih ramai yang setia bersamanya..
Kerana beliau persis mutiara yang tidak ternilai..

* darkbleeding *

KONSERT JOM HEBOH PERAK

Bagi peminat Misha yang berada di Perak, jangan lupa menyaksikan Misha membuat persembahan pada malam ahad ini,26 April 2009..Kepada yang tak dapat nak tengok secara live, tonton di tv3 pada jam 9malam ahad nanti..Jangan lupa ya..

Selasa, 21 April 2009

BUAT PERSEMBAHAN DI AIM 16


Misha Omar akan menjadi salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan di malam Anugerah Industri Muzik pada 2 mei 2009 nanti. Di samping itu, penyanyi Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussien, M.Nasir, Sheila Majid dan Rossa juga turut membuat persembahan. Sama-sama kita nantikannya..

Ahad, 19 April 2009

LUPA DIRI DI PENTAS


Trendmark feel nyanyian yang mendalam Misha sering bertukar setiap tahun.Namun Misha ada jawapannya.

"Saya tidak merancang untuk bergaya seperti apa ketika menyanyi.Saya pernah beringat supaya tidak bergaya lebih tetapi bila begitu, nyanyian saya tidak menghiburkan. Secara automatik, bila menyanyi, seakan ada aura untuk menyanyi sambil bergaya. Semestinya saya risau jika anak saya tengok sendiri persembahan saya pasti akan berasa kelakar.

"Saya menerima banyak reaksi dari Facebook dan ada yang tidak menyukai gaya saya. Terus terang saya katakan, memandangkan artis lain tidak lebih bergaya di pentas, biarlah saya yang melakukannya. Kiranya Misha Omar ada apa yang penyanyi lain tak ada. Rasanya dari dulu setiap kali saya menyanyi, saya akan melakukan banyak gesture tubuh. Baru saya faham kenapa juri Adlin ketika menjurikan Akademi Fantasia sering menekankan supaya setiap pelajar perlu berekspresi ketika menyanyi supaya orang merasa apa yang dinyanyikan.

Jumaat, 17 April 2009

Sekolahkan anak pada usia 2 tahun


Misha juga turut seronok bercerita mengenai perkembangan anaknya yang kini sudah berusia 27 bulan.


"Mungkin ramai yang anggap saya ini zalim kerana sudah mendaftarkan dia ke sekolah pada usia yang begini. Tapi, apa yang cuba saya lakukan ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Memanglah pada 3 bulan pertama dia menempuh pengalaman yang susah tapi, sekarang dia sudah OK. Banyak perubahan yang dapat saya lihat.


"Dia tidak lagi terlalu manja. Dia pun sudah mula faham apa yang kita cakap padanya. Dia juga pandai mengawal diri apabila berada di hadapan orang," katanya.


Kalau hendak diikutkan, Misha memang teringin tambah seorang lagi anak angkat namun ibunya pula meminta dia memikirkan semula cadangan itu.


"Bukan sebab hendak ikut cara Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tapi, saya memang suka dengan budak-budak. Ia memang satu tanggungjawab yang berat tapi mengajar kita erti kedewasaan. Lagipun, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Cuma belum sampai seru saja untuk berkahwin," katanya terus terang.

Misha Minat Cipta Lagu

Sekali-sekala kita mahu bersendirian. Sekali-sekali, kesepian lebih seronok menjadi peneman. Begitulah yang telah diungkapkan Misha Omar tatkala bercerita tentang kehidupannya yang ketika ini begitu jauh sekali daripada simbahan lensa glamor dan publisiti.


Sungguhpun begitu, jiwa seni anak kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak pernah 'mati'.


"Secara profesionalnya, masih lagi menyanyi. Tawaran masih ada dan saya juga masih lagi memenuhi undangan nyanyian di sana sini. Pada waktu yang sama, saya terus berada dalam studio untuk menyiapkan beberapa lagi rakaman untuk album baru saya.

"Lagipun saya sekarang ini saya sudah mula cuba-cuba cipta lagu. Saya hanya boleh buat melodi dan yang bantu saya membuat susunan muziknya ialah kawan baik saya, Fiat. Sekarang saya sedang cuba buat lirik pula," katanya kepada murai.com.my.


Ini satu perkembangan yang hebat daripada Misha. Apa agaknya yang mendorongnya?

Misha berkata, ia didorong rasa cemburu apabila melihat rakan penyanyi seperti Amy Mastura dan Dato' Siti Nurhaliza mampu menghasilkan melodi serta lirik lagu mereka sendiri.


"Saya tanyakan pada mereka, bagaimana mereka membuatnya. Kata mereka, cipta dulu melodinya. Dengan melakukannya secara humming pun sudah boleh dan kemudian barulah beri tumpuan pada susunan muzik pula.

Jadi, kebelakangan ini saya memang jadi ketagih cipta lagu. Asal ada saja melodi yang terlintas di kepala, saya akan cepat-cepat rakamkan dalam telefon bimbit. Sedar tak sedar sudah ada beberapa melodi ciptaan saya berada dalam simpanan.


"Kebiasaannya, idea untuk melodi itu akan timbul waktu saya tidurkan anak saya (anak angkatnya). Selalunya, waktu malam. Betullah kata orang, malam selalu mendatangkan banyak ilham," kata Misha yang berat badannya sudah bertambah beberapa kilogram.

Drama Dunia Baru Misha

ATMOSFERA Misha Omar kini tentunya damai sejak kemunculan album terbarunya dengan judul Misha Omar mula menghiasi deretan kedai muzik seluruh tanah air dalam bentuk cakera padat (CD).

Walaupun ada yang menyifatkan albumnya itu bukan baru sepenuhnya, tapi inilah anugerah terhebat buat Misha yang selama empat tahun lalu bertemankan rindu tanpa karya bernama album.

Cintanya kepada nyanyian ibarat lantunan lagu Cinta Adam dan Hawa yang sedang beralun di mana-mana. Namun, untuk menjadi anak seni tidak bermakna hanya nyanyian yang menjadi jalan hidupnya.

Beritahu Misha, untuk menjadi anak seni yang versatil, dia harus berani mencuba, berani membuka diri untuk melangkah pengalaman baru dan berani mengambil risiko untuk dikritik ataupun dianalisis.

"Sebab itulah saya terima tawaran berlakon drama bersiri Julia Juli sebanyak 20 episod. Saya memang dah lama menunggu peluang berlakon drama TV cuma kali ini sahaja yang betul-betul datang pada masa yang sesuai," jelas Misha.

Menanyakan Misha, jika langkahnya terjun ke produksi drama TV diambil untuk melonjakkan graf populariti yang dikatakan dalam kedudukan mendatar, ini penjelasan matang dari hatinya yang tidak tewas menolak badai.

BENARKAH Misha berlakon drama TV untuk melonjakkan graf popularitinya yang kini mendatar?

Luah Misha, tubuh kecilnya tidak mampu untuk memuaskan pandangan semua pihak. Lebih penting, kata Misha, dia selalu berfikiran positif dan optimis dengan peralihan masa yang tidak pernah berhenti.

Justeru, kalau ada yang lupa, ini bukan lakonan Misha yang julung kali kerana penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini pernah muncul di sisi Adam AF menerusi filem Main-Main Cinta sekitar awal 2006 dan Gerak Khas The Movie (2005).

"Ketika ini memanglah suasana hiburan dan muzik tanah air semakin bervariasi dengan kehadiran ramai pendatang baru, setiap tahun ramai penyanyi baru muncul khususnya penyanyi-penyanyi kelahiran program realiti.

"Namun, saya masih di sini, masih mahu terus dalam industri dan masih dalam skala saya sendiri sebagai seorang anak seni. Saya akui, sebelum kemunculan album ini, diri ini jarang ke sesi fotografi, jarang juga menghiasi majalah-majalah dan surat khabar kerana saya fikir tidak banyak cerita yang hendak saya kongsikan," ujar Misha yang tidak terkilan dengan sepintas skeptikal terpercik ke mukanya.

Diajak bercerita tentang pengalaman turun ke lokasi penggambaran November lalu, paling berbunga di jiwa Misha adalah penerimaan mesra pelakon lain dan seluruh tenaga belakang tabir terhadap kelibatnya sepanjang tempoh di lokasi.

"Mula-mula mestilah kekok, bimbang juga ada yang mempunyai pandangan semacam terhadap saya, tapi dari mula sampai ke hari ini, saya seronok dan sangat selesa di lokasi penggambaran.
"Kalau ada rezeki, masa yang mengizinkan serta skrip yang sesuai untuk dicuba, saya tidak akan menolak untuk menerima tawaran lakonan yang lain," jelas Misha yang seronok mempelbagaikan aktiviti dan mengembangkan bakat seni miliknya.


Masih di lokasi Julia Juli sehingga hujung Januari ini, tumpuan Misha tentu tidak berganjak terhadap album dan permata hatinya, Muhammad Adam Emir yang semakin petah mengatur percakapan. Di situ, kematangan dan kewanitaan Misha sebagai ibu semakin menyerlah.
Terheret dengan topik anak yang laju terucap di bibirnya, tutur Misha merendah diri.
"Syukurlah rezeki saya tidak putus, cukuplah untuk beli susu anak."

Tidak menolak lelaki

Melimpahkan kasih terhadap anak angkatnya yang sedang membesar jauh sekali memberikan prediksi bahawa wanita ini sedang menolak kehadiran lelaki dan perkahwinan dalam hidupnya.
Sejak keintimannya dengan seorang pemuzik dulu tidak mampu bertahan dan terhenti separuh jalan, sehingga kini naluri kewanitaan Misha tidak pernah berkata 'tidak' untuk menemui seorang lagi lelaki yang sedia berkongsi kasih untuknya.

"Saya pun sama dengan wanita lain juga, siapa yang tidak mahu berkahwin dan siapa yang tidak mahu dikasihi oleh seorang lelaki.

"Yang saya harapkan ialah lelaki yang boleh menerima saya, bukan saya seorang tapi keluarga dan anak saya," kata ringkas tapi berisi.

Lakonan uji Misha



BIDANG lakonan bukanlah asing bagi penyanyi popular, Samihah @ Aisah (Misha) Omar, 26. Sebelum ini bakatnya itu pernah diuji membintangi dua filem, Gerak Khas 3 dan Main Main Cinta.


Asalnya hanya mencuba, namun ramai memberikan komen positif terhadap lakonannya itu. Bagaimanapun, kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian, bidang lakonan terpaksa dilupakan Misha buat sementara.


Hampir empat tahun menyepi, tiba-tiba bintang yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Julia Juli Bintang Tiga.Selain Misha, Julia Juli Bintang Tiga arahan Adam Hamid, terbitan 10 View Production itu turut dibintangi Nik Saida, Danny, Dynaz, Abby Abadi, Rahim Jailani dan Zed Zaidi.


Ketika ditemui baru-baru ini Misha menjelaskan, sejak terbabit dalam dunia seni dia tidak pernah mengehadkan aktiviti seni, malah kalau boleh mahu melakukan semuanya termasuk bidang pengacaraan."Selain menyanyi, ramai tidak tahu, saya pernah menjadi pengacara mengendalikan rancangan Skrin Video yang diterbitkan 10 View Production. Rakamannya dilakukan tahun Mac lalu.


"Di situlah segalanya bermula apabila penerbit program itu bertanyakan adakah saya mahu berlakon drama ? Oleh kerana saya pernah berlakon filem, saya katakan kepadanya, mengapa tidak."Pada waktu sama keinginan hati begitu kuat mahu mencuba kembali bidang lakonan dan impian melakukannya sudah lama sangat disimpan. Persetujuan secara lisan dibuat waktu itu juga," katanya.


Kata penyanyi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini, dua filem pernah dibintangi sebelum ini kurang berjaya menonjolkan bakatnya."Hati saya kuat mahu melakukannya lagi di filem. Bagaimanapun, kalau dilihat dunia perfileman kita ada banyak pelakon pelapis. Bagaimanapun, pada saya bukan peluang berlakon filem yang dicari sebaliknya medium yang lebih sesuai untuk mengasah bakat.


"Pada saya, sudah tentulah berlakon drama jalan terbaik kerana ia membolehkan seorang pelakon bebas memilih watak dan bereksperimentasi. Lebih penting keseronokan sewaktu bekerja.


"Kualiti drama sekarang kian baik apatah lagi penulis skrip kini lebih kreatif mengetengahkan isu berbeza. Pada saya, Julia Juli Bintang Tiga ibarat pucuk dicita ulam mendatang," katanya.Bercerita pengalamannya, kata Misha, berlakon drama ternyata jauh berbeza dengan filem, namun apa yang lebih penting banyak perkara dapat dipelajari."Dengan berlakon filem, saya hanya perlu hadir pada babak membabitkan diri sendiri tetapi tidak drama kerana ia terikat dengan percaturan jadual. Dalam 20 episod itu 160 babak membabitkan watak saya.Ia menguji kesabaran kerana sewaktu menyanyi tidak banyak perkara perlu difikirkan. Selain menepati masa, saya datang mengadakan latihan dan beberapa jam kemudian tampil di pentas."Untuk drama bersiri pula saya perlu menunggu apabila produksi mahu membuat penggambaran untuk watak lain sebelum babak membabitkan saya dilakukan.


"Sepanjang membintangi Julia Juli Bintang Tiga saya tidak sangka sebenarnya saya mampu bersabar kerana hendak diikutkan saya ini cerewet dan mudah hilang tumpuan."Saya gembira bekerja dengan produksi drama ini kerana kerja mereka sangat teratur dan kami semua seronok sepanjang penggambaran. Saya sendiri tidak sedar yang masa begitu cepat berlalu," katanya.Misha turut meluahkan jika ada tawaran yang bagus dia tidak keberatan menerimanya.


"Begitupun saya tahu, pendakap gigi digunakan menjadi halangan dalam memilih karakter sesuai memandangkan apabila berlakon banyak babak membabitkan ekspresi wajah. Ia sudah tentunya tidak nampak molek apabila terpapar di televisyen.


"Saya ingin cuba lagi, cuma kalau boleh janganlah sampai kerjaya lakonan mengatasi karier nyanyian memandangkan ia masih menjadi keutamaan saya. Pada saya biarlah kedua-dua bidang ini bergerak seiring. Mungkin saya boleh berlakon dalam tiga projek untuk setahun," katanya.


Mungkinkah dengan pembabitannya dalam drama, Misha sudah bersedia untuk ke layar perak?"Saya tidak memikir sejauh itu tetapi jika ada rezeki, saya tidak menolak," katanya.Sebaliknya Misha menyimpan impian mahu bekerja dengan pengarah berkaliber seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad dan Khabir Bhatia.

Mahu Karya Berbekas di Jiwa : Misha Omar


EMPAT tahun yang menyimpan banyak cerita buat penyanyi bersuara lunak, Misha Omar. Lara, manis dan tempoh itu juga menemukan Misha dengan erti cinta sebenar lantas menumbuhkan detik magis untuk dia terus berdiri di lantai seni suara. Terlalu banyak yang berlegar dalam lingkungan seni Misha sepanjang penantian empat tahun itu bahkan turut membekas satu harapan besar di hati penyanyi kelahiran Machang, Kelantan.

“Saya ingin sekali mempersembahkan sebuah karya dengan harapan ia akan membekas di jiwa. Sebuah persembahan sederhana namun dilimpahi sejuta warna dan itu yang akan ditemui pencinta suara saya dalam karya terbaru, Misha Omar,” katanya. Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar mahu kembali bangkit, malah menerusi album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul memperlihat kelainan yang cuba dibawanya hasil ilham bersama Ramli MS yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Memuatkan enam sentuhan terbaru, dua lagu yang pernah dipopularkan dulu manakala tiga lagi dipersembahkan secara minus one, penyanyi berusia 26 tahun itu mempunyai alasan sendiri mengapa album itu dipasarkan semalam. “Empat tahun adalah tempoh yang terlalu panjang. Saya tidak mahu membiarkan peminat terus menanti kerana ia mungkin akan membangkitkan rasa jemu apabila penantian itu tidak juga berakhir.

“Justeru, atas perbincangan bersama syarikat rakaman maka kami relakan album ini dipasarkan dulu sebagai permulaan Misha kembali ke dunia nyanyian. “Satu harapan saya album ini akan menjadi permulaan yang baik, seterusnya menyuntik keyakinan untuk terus berkarya kerana jiwa seni saya tidak pernah mati selama tidak melahirkan album baru,” katanya.

Barangkali penerbitan yang ditangani nama besar seperti Ajai, Cat Farish, Aidit Alfian, Nur Fatima dan Azmeer akan melontarkan Misha ke satu topik perdebatan, apatah lagi tiga daripada enam sentuhan terbaru dalam Misha Omar sudah dimainkan sejak dua tahun lalu. Nafas Cahaya karya M Nasir umpamanya diiktiraf sebagai Lagu Irama Global Pilihan, Anugerah Era 2007 manakala Sembunyi kolaborasi bersama Andy Flop Poppy membawa mereka ke final Anugerah Juara Lagu Ke-22, Januari lalu.

Seakan dapat membaca apa yang bakal diperdebatkan, penyanyi yang mengukir nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta itu sudah bersedia dengan jawapan bernas. “Dalam situasi pasaran industri muzik yang lemah, saya bersama syarikat rakaman perlu mencari jalan tengah supaya semua pihak mendapat keuntungan bersama. “Walaupun hanya mempunyai enam sentuhan baru, namun setiap satu lagu yang dimuatkan dalam album ini mempunyai kekuatannya tersendiri.

“Barangkali ada yang melihat kekuatan sesebuah produksi kepada jumlah lagu dimuatkan tetapi saya lebih mementingkan kualiti. Enam lagu namun semuanya mempunyai kekuatan yang sama untuk diangkat sebagai single. “Jadi saya melihat penerbitan Misha Omar sebagai satu strategi iaitu menghadiahkan pendengar hanya dengan karya bermutu tetapi pada masa sama, cuba mencuri perhatian mereka bersama koleksi lagu memenuhi selera,” katanya memberikan rasional.

Memberikan Misha Omar lebih makna apabila penerbitan produksi ini turut mendapat dokongan insan berpengalaman dalam industri muzik seperti M Nasir, Allahyarham Loloq, Habsah Hassan dan ramai lagi. Gabungan hebat antara nama hebat lama dan baru juga diharapkan Misha akan memberi impak kerana setiap mereka memberikan sentuhan listrik sebagai penguat produksi.

“Boleh dikatakan saya berpuas hati, cuma agak kecewa kerana tidak mempunyai masa lebih banyak untuk memberikan yang lebih kepada pendengar. “Tetapi, dengan jumlah lagu yang ada ini juga memberi keyakinan untuk saya terus bertapak kerana setiap satu mempunyai kekuatan, malah memberi landasan kepada saya untuk terus bertapak dalam bidang seni suara,” katanya.

Kata Misha mengenai: Jawapanmu Trek pertama dalam album Misha Omar yang terpilih sebagai single ketiga ini pasti membuatkan jiwa anda berasa relaks dan akan mula bergerak mengikut irama tari yang perlahan dan mendamaikan. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Cat Farish ini dimainkan di pelbagai stesen radio tempatan dan sentiasa menjadi pilihan pendengar.

Sampai Di Sini Lagu yang mengisahkan perasaan terluka dalam percintaan ini amat puitis dan begitu mendalam maknanya ini diilhamkan Ajai manakala lirik hasil nukilan Slen.

Sembunyi Lagu duet bersama penyanyi yang mempunyai suara serak basah tidak asing lagi iaitu Andy Flop Poppy. Walaupun ini kolaborasi pertama di antara Misha dan Andy, namun gandingan mantap dan keserasian mereka dapat didengar menerusi kejayaan mereka membawanya. Lagu yang dicipta Aidit Alfian dan Allahyarham Loloq ini pernah terbaris sebagai finalis Anugerah Juara Lagu Ke-22 (2008) dan finalis Hits 1 Musim Ke-5 (2008).

Cinta Adam dan Hawa Single terbaru album ini diilhamkan Azmeer dan lirik ditulis Loloq. Bermelodikan balada-rock-moden, lagu ini berkisar mengenai percintaan.

Nafas Cahaya Single pertama mendapat sentuhan daripada sifu M Nasir dan sekali lagi cetusan kreatif tinta Allahyarham Loloq pernah menjulang trofi Irama Global Pilihan di Anugerah Era 2007.

Cinta Suci Lagu cinta memang sinonim dengan Misha, justeru Cinta Suci ini dicipta sepenuhnya oleh Nur Fatima dan Omar K istimewa untuknya sebagai luahan hati kepada mereka yang sedang enak dalam alunan cinta. Profil:

Misha Omar masih selesa untuk bersederhana


Tujuh tahun terbabit dalam dunia seni, Misha Omar masih selesa untuk bersederhanaKILAUAN populariti yang melimpahkan cahaya kepada Misha Omar sejak tujuh tahun lalu tidak membataskan gadis bertubuh kecil, namun berjiwa kental untuk menikmati segala kebebasan sebagai seorang insan.Akur namanya disanjung, wajahnya dikenali setiap kali sepasang kakinya dibawa melangkah namun dalam kilauan membawa sepotong nama komersial sebagai Misha Omar tidak akan sesekali melupakannya kepada Samihah @ Aisah Omar.

Antara Misha dengan Samihah @ Aisah, dua nama yang mempunyai personaliti berbeza, namun bersatu dalam tubuh pemilik suara lunak yang menjadi igauan pemujanya sejak melancarkan kerjaya seninya pada 2002.Tujuh tahun yang mengenalkan Misha kepada segala macam bentuk perjalanan hidup - manis, pahit, senyum dan tangis, semuanya bersatu menjadikan dirinya manusia yang matang menempuh badai serta duri rintangan.Mungkin dulu jiwa Misha tidak seteguh hari ini, namun daripada cubaan yang mencengkam, dia bangun dan cuba berdiri untuk terus memacu atas kelebihan yang diberikan Tuhan kepadanya.

Kurniaan bakat dan populariti yang terus bertahan tidak mungkin dipunyai orang lain, namun anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 1982 ini memiliki keistimewaan yang barangkali dicemburui mereka yang pernah menempuh ranjau pengalaman sepertinya.Empat tahun menyepi tanpa album terbaru, aturan perjalanan seni Misha dilihat mendatar dan itu terbukti apabila kelibatnya beransur sunyi daripada paparan media terutama media cetak.Mengulas mengenai hal itu, Misha matang memberikan jawapan. Mudah pegangannya, setiap aturan kehidupan manusia disusun indah oleh Maha Pencipta.Dia hanya melaluinya dengan reda serta tenang kerana percaya segala kesabaran akan terbalas dengan kurniaan yang indah jika berjaya menghayatinya.

“Mengapa perlu saya memberatkan kepala memikirkan perkara yang saya sendiri tidak mempunyai jawapannya? Saya perlu realistik meniti perjalanan sebuah kehidupan yang ada naik dan turunnya.“Saya jalani semuanya seperti biasa, biarpun ada masanya saya juga tewas dengan dugaan. Namun, saya cuba kumpulkan semula kekuatan supaya apa yang diusahakan menjadi kenyataan.

“Jujur saya tidak mengimpikan untuk terbang terlalu tinggi kerana bimbang sekali tergelincir, sukar untuk saya bangun dan meraih semula kepercayaan khalayak. Itu cukup menakutkan.



“Sudahnya saya bersederhana dalam segala hal, namun itu tidak bermakna saya tidak berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan diri. Saya tidak mahu selamanya menjadi Misha yang dikenali umum ketika melakar nama menerusi Bunga-Bunga Cinta.“Seperti artis lain, saya juga melalui proses naik turun dan daripada situ saya mengenal pasti di mana kekurangan lantas mengingatkan diri supaya tidak mengulanginya. Itul
ah proses kehidupan,” katanya bersyukur peminat masih mengingati, malah namanya terus meniti di bibir biarpun album terbarunya mengambil masa panjang untuk disiapkan.Impak yang dibawakan Misha menerusi sentuhan Azmeer untuk Cinta Adam dan Hawa dimuatkan dalam album studio ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul membentangkan hawa selesa kepada penyanyi ini.

Biarpun masih belum sempat mempromosikan album itu secara meluas, Misha mampu menghela nafas lega kerana single yang menjadi kesinambungan selepas memperkenalkan Nafas Cahaya, Sembunyi dan Jawapanmu pantas mendaki carta lagu popular stesen radio tempatan.Dalam situasi pasaran yang perlahan, Misha tidak mengeluh biarpun terpaksa menanti lama untuk melihat album ketiganya itu berada di pasaran.Percaturan berani yang dibuat syarikat rakamannya, Sony Music Entertainment membuahkan hasil membanggakan apabila semua single itu diterima baik peminat, tanpa mempertikai atau membandingkannya dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini.


“Saya menaruh harapan tinggi untuk melihat album ini berjaya. Disebabkan itu, saya sedia menanti lama kerana mahu memastikan produk yang diberikan berkualiti sekali gus memulihkan semula kepercayaan khalayak terhadap kualiti muzik tempatan.“Bohong jika penantian panjang itu tidak membuatkan saya resah. Namun saya sentiasa memujuk diri kerana sesuatu yang baik dan berkualiti tidak akan datang sekelip masa.“Ia menuntut kesabaran, ketelitian dan perancangan yang baik. Itu yang kami lakukan dan alhamdulillah, percaturan kami berhasil biarpun ada di antara impian tidak menjadi kenyataan,” katanya girang dengan perkembangan positif album memuatkan enam lagu baru, selain petikan lagu popular daripada runut bunyi yang pernah dijayakannya.

Celaru imej?HAMBURAN tawa berpanjangan, sesekali mengerutkan dahi seakan tidak percaya kerana ‘kegilaannya’ memotong pendek rambut sedikit demi sedikit turut menjadi bahan perdebatan peminat di laman sosial.Dek keghairahan itu, Misha dilabel masih tercari-cari identiti serta keliru imej yang dimahukan sedangkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi untuk penyanyi berpengalaman sepertinya.Diaju mengenainya, penyanyi yang baru menyempurnakan penggambaran drama bersiri 20 episod, Julia Juli Bintang Tiga yang akan menghiasi slot Legenda siaran TV3 tidak lama lagi itu berkata, apa yang dilihat peminat hari ini adalah dirinya yang sebenar.Sekali pun sering tampil feminin dan menawan di pentas, namun diri Misha sebenar ialah seorang yang terlalu bersederhana.

Dia rimas jika kerap disolek tebal malah pakaian hariannya cukup sekadar mengenakan baju T dan denim. Dek keselesaan itu juga membuatkan dia dikecam kerana jarang tampil bergayaSedangkan sebagai artis dia perlu sentiasa dilihat cantik dan menarik biarpun di luar bidang tugasannya.

“Tuntutan sebagai artis terlalu berat namun tubuh kecil saya tidak mampu menggalas semua tanggungjawab itu. Memang saya ingin puaskan hati semua pihak namun saya juga perlu memikirkan keselesaan diri.“Saya cuma menjadi diri sendiri. Di pentas, saya memang Misha Omar, namun apabila bersantai saya kembali sebagai Samihah @ Aisah. Saya tidak mahu disebabkan terlalu menjaga imej dan penampilan, saya kehilangan harga sebuah kebebasan kerana saya juga berhak menikmatinya.“Semua tuntutan itu hanya membuatkan saya alpa dan tidak berpijak di bumi nyata, sedangkan sebagai insan biasa saya juga tidak terlepas daripada diuji.

“Jadi, biarlah saya jujur menjadi diri sendiri daripada berpura-pura dan akhirnya memakan diri,” katanya puas dapat menunaikan janji yang tertunda untuk sesi fotografi ini gara-gara kesibukan di lokasi penggambaran sebelum ini.Info:

Nama Penuh: Samihah @ Aisah OmarNama
Komersial: Misha Omar
Tarikh Lahir: 6 Januari 1982
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengacara
Album: Misha (2002), Aksara (2004) dan Misha Omar (2008)
Filem: Gerak Khas dan Main-Main Cinta
rogram: Skrin Video
Pencapaian:
Finalis Bintang RTM (Bintang RTM 2001)
Anugerah Artis Harapan (Anugerah Era 2003)
Anugerah Emas Festival Muzik Shanghai (Festival Muzik Shanghai 2003)
Anugerah Vokal Terbaik (Anugerah Juara Lagu 2003)
Juara Lagu (Anugerah Juara Lagu 2003)
Anugerah Artis Wanita Baru Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003)
Anugerah Artis Wanita Baru Pilihan (Anugerah Media Hiburan 2003)
Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Media Hiburan 2003)
Anugerah Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Era 2004)
Juara Lagu Balada (Pulangkan - Anugerah Juara Lagu 2004)
Anugerah Vokal Terbaik (Anugerah Juara Lagu 2004)
Finalis 'Top 5' Artis Pilihan Malaysia (Anugerah MTV Asia 2004 - 2005)
Finalis 'Top 5' Artis Wanita Popular (Anugerah Planet Muzik 2004 - 2005)
Juara Hitz 1 (Anugerah Hitz 1 RTM 2004) & Juara Lagu Hitz 1 (Anugerah Hitz 1 RTM 2006)
Persembahan Terbaik (Anugerah Hitz 1 RTM 2006)
Persembahan Terbaik (Anugerah Hitz 1 RTM 2007)

Khamis, 16 April 2009

MEDIA HIBURAN-11.04-17.04

Kepada semua peminat Misha Omar,, jangan lupa untuk mendapatkan majalah media hiburan pada keluaran 11.04.09-17-04-09 cover page Misha Omar..Dapatkan berita terkini daripada beliau..

Ahad, 12 April 2009

Misha di jelajah AIM 16 Plaza Alam Sentral Shah Alam



Pada 11.04.2009 bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam, telah berlangsungnya siri jelajah AIM 16 dimana para-para artis yang tercalon turun padang untuk mempromosikan anugerah itu..Misha Omar yang tercalon dalm 3 kategori turut hadir pada hari itu..Beliau membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu Jawapanmu dan Cinta Adam dan Hawa..Lagu Cinta dan Hawa tercalon dalam Lagu Pop Terbaik dan sebuah lagu lagi yang turut tercalon dalam percalonan yang sama ialah Sampai Di Sini..




Persembahan Misha berjaya memukau penonton yang hadir dengan vokalnya yang ternyata hebat dan gaya persembahannya yang begitu mesra..Saya yang turut berada di sana ketika itu semata-mata untuk melihat beliau turut terpesona dengan persembahannya..Gurau senda dan telatahnya yang bersahaja membuatkan penonton bertambah terhibur dan tertawa..Ternyata Misha kini layak digelar penghibur yang serba boleh sebagaimana Sheila Majid, Ning Baizura dan Aflin Shauki..Beliau tidak kekok ketika berada di pentas dan mampu berinteraksi dengan penonton..



Agak terkilan kerana tidak dapat bergambar dengan beliau kerana beliau terpaksa bergegas ke tempat lain..Pada masa yang akan datang, hope Misha dapat spend sedikit masa untuk peminat mengambil gambar kenang-kenangan bersama Misha sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong Misha..Akhir bicara, semoga Misha memperoleh kejayaan di Anugerah Industri Musik ke 16 yang akan berlangsung pada 2 mei 2009 pada pukul 9 siaran langsung di NTV7 saluran ceria anda..Jangan lupa saksikan nanti..


Sabtu, 11 April 2009

AIM ke-16 2009

Misha Omar tercalon untuk beberapa kategori dalam anugerah ini.. Dalam kategori lagu pop terbaik, Misha telah mendapat 2 pencalonan.. Semoga Misha akan berjaya membawa pulang trofi untuk dirinya sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa setia bersamanya.. Berikut adalah senarai pencalonannya..

Lagu Pop Etnik Terbaik –
Komposer/Penulis Lirik
1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq


Album Pop Terbaik –
Artis / Produser
1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

Lagu Pop Terbaik –
Komposer / Penulis Lirik
1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

TELEFILEM

Sejak berlakon dalam drama Julia Juli, Misha kini lebih dikenali sebagai Julu dikalangan peminatnya.." Ke mana saja saya pergi sekarang, ramai yang memanggil saya dengan nama Julu. Contohnya ketika saya memandu ke Nilai, Negeri Sembilan dan berhenti di stesen minyak baru-baru ini, ada peminat di situ memanggil saya Julu. Katanya, dia suka lakonan saya dalam drama itu.. " Ada juga peminat meminta saya terus berlakon selepas ini. Nampaknya pengorbanan saya selam dua bulan menjayakan penggambaran drama Julia Juli berbaloi. Berbanding nyanyian, bidang lakonan memerlukan komitmen yang sangat tinggi kerana penggambarannya saja dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam," katanya..

Selepas Julia Juli, Misha baru mendapat tawaran berlakon dalam dua lagi projek telefilem, Misha tidak melepaskan peluang itu kerana memang minat berlakon.

" Apabila mendapat maklum balas positif daripada peminat, saya semakin seronok berlakon dan mencuba watak lain pula.. Justeru, apabila mendapat tawaran buat telefilem, saya tidak ingin melepaskan peluang keemasan itu. Setakat ini saya sudah menerima tawaran untuk membuat dua telefilem, Laila Latah yang juga sama produksi dengan Julia Juli untuk siaran RTM dan satu lagi judulnya belum tahu lagi," katanya

Khamis, 9 April 2009

JULAI JULI TAMAT

Baru-baru ini drama lakonan Misha Omar telah pun berakhir.. Secara keseluruhannya drama tersebut agak menarik kerana berunsurkan mitos kayangan membuatkan drama ini unik.. Lakonan Misha harus diberi pujian kerana walaupun agak baru namun lakonannya ditahap yang memuaskan.. Namun masih banyak yang perlu Misha pelajari untuk menjadi seorang pelakon yang baik mungkin juga yang terbaik.. Ramai peminat akan merinduinya kerana tidak dapat menatap wajahnya setiap petang di kaca televisyen.. InsyALLAH dengan sokongan yang diberikan peminat, mungkin Misha akan berlakon dalam drama yang lain pula.. Sama-sama kita nantikan..

ZOOM IN BERSAMA MISHA OMAR

Bagi peminat Misha Omar yang lama menanti Misha membuat persembahan secara solo,, mungkin rindu mereka telah terubat setelah melihat persembahan Misha dalam zoom in di RTM1.. Persembahan Misha pada malam itu agak memuaskan.. Perlu diakui Misha masih hebat seperti dahulu walaupun kadang kala vokalnya kedengaran agak terkucil sedikit.. Mungkin Misha akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.. Lagu-lagu yang didendangkan memukau penonton yang menyaksikan persembahannya itu.. Lagu yang dilihat menjadi penyelamat Misha pada malam itu ialah Matahariku nyanyian asal oleh Agnes Monica kerana ketika menyampaikan lagu itu, kelunakkan dan kemerduan vokal Misha berjaya memukau penonton.. Ternyata masih ada peluang untuk Misha bangkit kembali menjadi penyanyi yang mempunyai vokal terbaik.. Zoom in di RTM 1 ini memberi peluang untuk peminat mendekati artis pujaan mereka.. Diharapkan Misha dapat terus mendekati peminat yang teringin mendengar dan menatap wajahnya secara langsung.. Selamat maju jaya buat Misha Omar..

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin