Ahad, 15 Mac 2009

ULASAN MISHA BERKENAAN KES PENULIS BLOG (petikan dari utusan)

“Janganlah kurang ajar” – Misha


Misha


Misha dah naik angin! Itu yang boleh disimpulkan apabila penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini berang membaca tulisan dalam sebuah blog yang telah mencercanya.

Blog yang dimiliki oleh seorang penulis hiburan itu mendakwa kononnya Misha Omar, 27, sombong, berlagak diva dan sudah lupa asal usul.

Penulis itu juga mendakwa kononnya Misha sudah tidak pandai bercakap loghat Kelantan lagi. Lebih dari itu penulis berkenaan cuba melaga dia dengan penyanyi Siti Sarah dengan mendakwa Misha sengaja mentertawakan Sarah ketika penyanyi genit itu membuat persembahan dalam program akhir My Star LG pada 22 Februari lalu.

Menurut Misha, penulis blog itu sebenarnya berniat jahat dan mahu menjatuhkan maruah dia sebagai penyanyi. Puncanya apabila kakak Misha iaitu Mimi melarang penulis blog itu yang mahu merakamkan gambar Misha mahu memakai baju di belakang pentas dalam sebuah program anjuran stesen radio Hot FM bulan lalu.

Akibat perkara itu, penulis berkenaan turut menyerang secara peribadi dengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan di samping cuba melaga-lagakan orang.

“Saya kecewa dengan tuduhan penulis blog yang tak bertanggungjawab itu. Jangan nak cabar kesabaran saya,” katanya ketika dihubungi petang Selasa lalu.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Misha meluahkan rasa kesalnya.

Panas! Tiba-tiba ada penulis blog buat tuduhan yang bukan-bukan kepada Misha. Apa ceritanya?

Penulis blog itu memang tak bertanggungjawab. Dia tak pernah kenal rapat dengan saya. Tiba-tiba dia buat tuduhan sesuka hati. Apa motif dia yang sebenar saya pun tak tahu.

Apa puncanya?

Entahlah! Dia ada masalah peribadi saya rasa. Sebab itulah dia serang saya dalam blog dia dengan tiada perasaan tanggungjawab. Tak silap saya dalam satu konsert anjuran stesen radio Hot FM, penganjur bagi baju mereka untuk saya pakai. Masa di belakang pentas, saya nak pakai baju tu. Yalah kena hormatlah permintaan penganjur. Tiba-tiba dia masuk bawa kamera dan cuba nak rakam gambar saya secara curi. Nasib baik kakak saya, Mimi nampak dan minta dia tidak buat macam tu.

Masa itu keadaan Misha macam mana? Tidak berbaju ke?

Saya pakai baju kemeja. Cuma nak sarungkan baju T yang diberi penganjur saja. Tapi kalau nak ambil gambar pun beritahulah dulu supaya kita boleh bersedia. Saya takut bila gambar tu tersebar dalam Internet, orang buat macam-macam tuduhan yang tak elok. Sedangkan orang tak tahu. Sebab tulah saya takut ini berlaku. Lepas kakak saya melarang penulis blog itu merakamkan gambar, dia cakap sorry dan terus pergi. Tak sangka pula sehari lepas tu dia tulis dalam blog hina saya macam-macam.

Dia kata apa dalam blog dia?

Penulis tu menceritakan pengalaman dia turut serta dalam konsert tu. Ketika nak ulas mengenai persembahan saya, dia memberitahu dalam blog yang dia tak dapat beri komen sebab dia sudah buang gambar saya gara-gara sikap saya yang berlagak di atas pentas. Malah dia tuduh persembahan saya busuk macam budu dan petai. Bagus ke tulisan macam tu? Elok ke buat macam tu?

Bagaimana kes dengan Siti Sarah pula?

Masa konsert akhir My Starz LG saya ada buat persembahan. Siti Sarah pun ada. Ketika duduk menyaksikan artis menyanyi, saya berada berdekatan dengan beberapa wartawan hiburan. Dia orang (wartawan hiburan) memang rapat dengan saya. Jadi kami ketawa dan gelak-gelak la di situ. Kebetulan penulis blog tu datang belakang kami tengok kita orang ketawa. Dia pun tak tahu apa sebab kami ketawa tapi sedihnya dia sanggup tulis saya ketawakan persembahan Siti Sarah. Kenapa dia tulis macam tu? Kenapa tak tulis wartawan pun ketawakan Siti Sarah kalaulah betul apa yang dia fikirkan dalam kepalanya itu? Ini tidak, kaitkan nama saya seorang saja.

Adakan dia bermotifkan sesuatu?

Saya rasa motif dia nak memburukkan saya. Dalam masa yang sama cuba nak melaga-lagakan saya dengan Siti Sarah. Itu sikap yang kurang ajar. Dia tahu suatu ketika dulu saya dengan Sarah pernah ada krisis. Tapi sekarang dah okey. Mungkin dia cuba nak laga-lagakan kami semula.

Siti Sarah ada cakap apa-apa?

Buat masa ni tak! Tapi saya takut la nanti Sarah fikir yang bukan-bukan pula gara-gara tulisan berniat jahat penulis dia tu. Saya fikir selain nak aibkan saya, sekali gus cuba melaga-lagakan orang. Janganlah kurang ajar.

Kononnya Misha berlagak “diva”. Macam mana pula tu?

Kalau nak jadi “diva”, dah lama dah saya buat macam tu. Bukannya hari ni. Sekarang dah tak ada makna nak “diva-diva” lagi. Itu semua orang yang tak senang dengan kita sebab itulah dia buat tuduhan yang tak masuk akal.

Misha pernah bersua muka dengan penulis blog tu selepas kejadian berkenaan?

Belum lagi. Tapi saya harap sangat nak jumpa dengan dia. Bukan nak serang tapi saya nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya. Kalau saya pernah buat silap dengan dia, tolong jelaskan supaya saya tahu dan saya boleh minta maaf.

Apa nasihat Misha kepada penulis blog tu?

Nak tulis sesuatu biarlah profesional sikit. Buat kerja biar ada etika. Jangan sampai saya ambil tindakan lain yang boleh menyusahkan dia. Saya cuma nak bagi amaran, lepas ini jangan buat macam tu lagi. Kesabaran saya ada batasnya. Harap dia faham maksud saya ni.



Pada saya kata-kata misha berasas..Sikap membelagakan orang x patut ada..Sebagai manusia,, kita harus mempunyai akal yang waras kerana kata-kata,, banyak perkara yang buruk mungkin berlaku..Tetapi orang mungkin kata, ya la, ko minat misha mesti ko sokong misha..Nonsense..Kalau benda sebegini terjadi kepada orang lain pun,, kita semestinya boleh fikir..Elok ke sikap menghina orang??Sedangkan orang itu langsung kita tak kenal rapat dan dia hanya menegur kesilapan kita..Ya,, sebagai insan Misha pasti pernah membuat kesilapan..Namun jangan menghukum beliau dengan kesilapan yang tidak dilakukannya..Jalan yang terbaik ialah bawa berbincang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan