
Meraih jumlah trofi yang selesa menerusi album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul, AIM16 menjawab penantian Misha Omar sepanjang tujuh tahun bergelar artis.
Penghasilan album yang memakan masa hampir empat tahun untuk disempurnakan, malah turut mengheret Misha ke kancah perdebatan apabila kelayakan penyertaan beberapa lagu dimuatkan dalam produksi itu dipersoalkan. Bagaimanapun, AIM memberi keadilan kepada penyanyi berusia 27 tahun itu apabila produksi berkenaan menerima empat pengiktirafan terbaik.
Misha menjulang trofi Album Pop Terbaik, manakala Nafas Cahaya diangkat sebagai Lagu Terbaik AIM16. Sentuhan M Nasir bersama lirik nukilan Allahyarham Loloq turut menerima trofi Lagu Pop Etnik Terbaik. Sebuah lagi nyanyian Misha, Cinta Adam & Hawa sentuhan Azmeer juga lirik karya Loloq menghadiahkan penyanyi yang turut memberi persembahan pada malam AIM16 trofi Lagu Pop Terbaik. AIM16 turut memperlihatkan keampuhan vokal Misha Omar mengalunkan lagu Cinta Adam & Hawa penuh bertenaga dan ekspresif.
Cuma mungkin rezeki tidak berpihak kepadanya untuk tercalon dan membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) namun dia antara nama yang akan terus memberi saingan kepada industri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan