TAHNIAH diucapkan kepada Misha Omar kerana berjaya membuat persembahan yang memukau semasa persembahan AJL 24 yang lalu. Tak menang pun tak jadi hal, asalkan kami bangga dengan persembahan anda. Saya melihat perkembangan Misha Omar semakin mantap dari semasa ke semasa dan begitu mengkagumkan saya.
Saya juga mengharapkan agar karier Misha kembali mekar pada 2010 ini. Diharapkn Misha akan menghasilkan album baru secepat mungkin. Teringin juga melihat Misha menyanyikan lagu-lagu ciptaan Faizal Tahir, Aizat, Yuna, Hujan dan tentunya lagu ciptaan Adnan Abu Hassan.
Selain itu saya juga mahu melihat karier lakonan Misha berkembang dan lebih berkembang. Mungkin ada yang lupa Misha pernah tercalon dalam Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Wanita Harapan suatu ketika dulu, namun tewas di tangan Sharifah Amani.
Ini membuktikan Misha antara pelakon muda yang boleh diketengahkan lagi bakatnya. Harapan saya agar Datuk Yusof Haslam membawa Misha sekali lagi ke layar perak kerana saya yakin Datuk masih mampu menggilap bakatnya.
* Satila Safiyah,
Ampang, Selangor.
*Mingguan Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan