Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Isnin, 4 Mei 2009

KEJAYAAN PERTAMA DI AIM


Paling gembira atas kemenangan diterima penyanyi popular Samiha @ Aisah Omar (Misha) apabila album terbarunya yang mengambil masa empat tahun untuk disudahkan, memenangi semua kategori dicalonkan.

Bagi Misha, kelmarin adalah malam paling bersejarah dalam kerjaya seninya apabila menang besar dengan merangkul empat anugerah termasuk kategori utama, Lagu Terbaik menerusi Nafas Cahaya.Penyanyi berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya dan hampir menitiskan air mata sewaktu memberi ucapan sebaik menerima anugerah bersama pencipta lagu itu, M Nasir.

Misha turut mendedikasikan kemenangan kepada penulis lirik Nafas Cahaya, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq. Sebelum itu, Nafas Cahaya memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menewaskan saingan terdekatnya, Datuk Siti Nurhaliza yang turut dicalonkan menerusi Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.

Bagaimanapun, album Lentera Timur dihasilkan Siti memenangi anugerah utama Album Terbaik dan berjaya mempertahankan kemenangan Persembahan Vokal Terbaik dalam Album/Lagu (Wanita) buat kali ke-10.Namun, Siti tidak ada di majlis yang disiarkan secara langsung menerusi ntv7 itu kerana berada di Makkah menunaikan ibadat umrah.

Sementara lagu Cinta Adam Dan Hawa nyanyian Misha dipilih juri sebagai Lagu Pop Terbaik dan albumnya yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul mengungguli kategori Album Pop Terbaik menewaskan saingan terdekatnya Aizat Amdan (Aizat). Kata Misha, sewaktu ditemui di sidang akhbar sebaik majlis selesai, dia menanti tujuh tahun untuk menang di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan apabila album dan lagu dimuatkan dalam Misha Omar merangkul empat anugerah sekali gus membuatkan dia berasakan penantiannya sudah 'berbayar'.

"Tidak dinafikan pada peringkat awal sewaktu pencalonan diumumkan penganjur iaitu Akademi (Akademi Industri Muzik Malaysia), saya berasa kecewa kerana nama tidak ada dalam kategori utama iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita). Dicalonkan dalam kategori terbabit besar maknanya kerana sebagai penyanyi itu antara sumbangan besar saya kepada kejayaan album dihasilkan."Bagaimanapun, kekecewaan saya itu sudah terubat dan kemenangan ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk bekerja lebih keras agar satu hari nanti nama saya dicalonkan dalam lima persembahan vokal terbaik dan memenanginya. Itu impian saya sekarang yang harus diusahakan," katanya.

Kata Misha lagi, dalam kebanyakan majlis anugerah dianjurkan, memenangi AIM adalah perkara paling besar dalam hidupnya. Apatah lagi album Misha Omar sudah hampir untuk memenangi Album Terbaik."Bohong kalau saya katakan tidak mahu memenangi anugerah besar itu selain Lagu Terbaik, tetapi malam ini sudah tertulis rezeki saya hanya setakat itu. Lagipun, saya sudah menang banyak. Jangan tamak dan rezeki itu lebih baik diagih-agihkan kepada rakan dan penggiat muzik yang lain," katanya.

Tiada ulasan:

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin