Jumaat, 17 April 2009
Sekolahkan anak pada usia 2 tahun
Misha juga turut seronok bercerita mengenai perkembangan anaknya yang kini sudah berusia 27 bulan.
"Mungkin ramai yang anggap saya ini zalim kerana sudah mendaftarkan dia ke sekolah pada usia yang begini. Tapi, apa yang cuba saya lakukan ini adalah untuk kebaikan dirinya sendiri. Memanglah pada 3 bulan pertama dia menempuh pengalaman yang susah tapi, sekarang dia sudah OK. Banyak perubahan yang dapat saya lihat.
"Dia tidak lagi terlalu manja. Dia pun sudah mula faham apa yang kita cakap padanya. Dia juga pandai mengawal diri apabila berada di hadapan orang," katanya.
Kalau hendak diikutkan, Misha memang teringin tambah seorang lagi anak angkat namun ibunya pula meminta dia memikirkan semula cadangan itu.
"Bukan sebab hendak ikut cara Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tapi, saya memang suka dengan budak-budak. Ia memang satu tanggungjawab yang berat tapi mengajar kita erti kedewasaan. Lagipun, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Cuma belum sampai seru saja untuk berkahwin," katanya terus terang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan