Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Ahad, 15 Mac 2009

ULASAN MISHA BERKENAAN KES PENULIS BLOG (petikan dari utusan)

“Janganlah kurang ajar” – Misha


Misha


Misha dah naik angin! Itu yang boleh disimpulkan apabila penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini berang membaca tulisan dalam sebuah blog yang telah mencercanya.

Blog yang dimiliki oleh seorang penulis hiburan itu mendakwa kononnya Misha Omar, 27, sombong, berlagak diva dan sudah lupa asal usul.

Penulis itu juga mendakwa kononnya Misha sudah tidak pandai bercakap loghat Kelantan lagi. Lebih dari itu penulis berkenaan cuba melaga dia dengan penyanyi Siti Sarah dengan mendakwa Misha sengaja mentertawakan Sarah ketika penyanyi genit itu membuat persembahan dalam program akhir My Star LG pada 22 Februari lalu.

Menurut Misha, penulis blog itu sebenarnya berniat jahat dan mahu menjatuhkan maruah dia sebagai penyanyi. Puncanya apabila kakak Misha iaitu Mimi melarang penulis blog itu yang mahu merakamkan gambar Misha mahu memakai baju di belakang pentas dalam sebuah program anjuran stesen radio Hot FM bulan lalu.

Akibat perkara itu, penulis berkenaan turut menyerang secara peribadi dengan mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan di samping cuba melaga-lagakan orang.

“Saya kecewa dengan tuduhan penulis blog yang tak bertanggungjawab itu. Jangan nak cabar kesabaran saya,” katanya ketika dihubungi petang Selasa lalu.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Misha meluahkan rasa kesalnya.

Panas! Tiba-tiba ada penulis blog buat tuduhan yang bukan-bukan kepada Misha. Apa ceritanya?

Penulis blog itu memang tak bertanggungjawab. Dia tak pernah kenal rapat dengan saya. Tiba-tiba dia buat tuduhan sesuka hati. Apa motif dia yang sebenar saya pun tak tahu.

Apa puncanya?

Entahlah! Dia ada masalah peribadi saya rasa. Sebab itulah dia serang saya dalam blog dia dengan tiada perasaan tanggungjawab. Tak silap saya dalam satu konsert anjuran stesen radio Hot FM, penganjur bagi baju mereka untuk saya pakai. Masa di belakang pentas, saya nak pakai baju tu. Yalah kena hormatlah permintaan penganjur. Tiba-tiba dia masuk bawa kamera dan cuba nak rakam gambar saya secara curi. Nasib baik kakak saya, Mimi nampak dan minta dia tidak buat macam tu.

Masa itu keadaan Misha macam mana? Tidak berbaju ke?

Saya pakai baju kemeja. Cuma nak sarungkan baju T yang diberi penganjur saja. Tapi kalau nak ambil gambar pun beritahulah dulu supaya kita boleh bersedia. Saya takut bila gambar tu tersebar dalam Internet, orang buat macam-macam tuduhan yang tak elok. Sedangkan orang tak tahu. Sebab tulah saya takut ini berlaku. Lepas kakak saya melarang penulis blog itu merakamkan gambar, dia cakap sorry dan terus pergi. Tak sangka pula sehari lepas tu dia tulis dalam blog hina saya macam-macam.

Dia kata apa dalam blog dia?

Penulis tu menceritakan pengalaman dia turut serta dalam konsert tu. Ketika nak ulas mengenai persembahan saya, dia memberitahu dalam blog yang dia tak dapat beri komen sebab dia sudah buang gambar saya gara-gara sikap saya yang berlagak di atas pentas. Malah dia tuduh persembahan saya busuk macam budu dan petai. Bagus ke tulisan macam tu? Elok ke buat macam tu?

Bagaimana kes dengan Siti Sarah pula?

Masa konsert akhir My Starz LG saya ada buat persembahan. Siti Sarah pun ada. Ketika duduk menyaksikan artis menyanyi, saya berada berdekatan dengan beberapa wartawan hiburan. Dia orang (wartawan hiburan) memang rapat dengan saya. Jadi kami ketawa dan gelak-gelak la di situ. Kebetulan penulis blog tu datang belakang kami tengok kita orang ketawa. Dia pun tak tahu apa sebab kami ketawa tapi sedihnya dia sanggup tulis saya ketawakan persembahan Siti Sarah. Kenapa dia tulis macam tu? Kenapa tak tulis wartawan pun ketawakan Siti Sarah kalaulah betul apa yang dia fikirkan dalam kepalanya itu? Ini tidak, kaitkan nama saya seorang saja.

Adakan dia bermotifkan sesuatu?

Saya rasa motif dia nak memburukkan saya. Dalam masa yang sama cuba nak melaga-lagakan saya dengan Siti Sarah. Itu sikap yang kurang ajar. Dia tahu suatu ketika dulu saya dengan Sarah pernah ada krisis. Tapi sekarang dah okey. Mungkin dia cuba nak laga-lagakan kami semula.

Siti Sarah ada cakap apa-apa?

Buat masa ni tak! Tapi saya takut la nanti Sarah fikir yang bukan-bukan pula gara-gara tulisan berniat jahat penulis dia tu. Saya fikir selain nak aibkan saya, sekali gus cuba melaga-lagakan orang. Janganlah kurang ajar.

Kononnya Misha berlagak “diva”. Macam mana pula tu?

Kalau nak jadi “diva”, dah lama dah saya buat macam tu. Bukannya hari ni. Sekarang dah tak ada makna nak “diva-diva” lagi. Itu semua orang yang tak senang dengan kita sebab itulah dia buat tuduhan yang tak masuk akal.

Misha pernah bersua muka dengan penulis blog tu selepas kejadian berkenaan?

Belum lagi. Tapi saya harap sangat nak jumpa dengan dia. Bukan nak serang tapi saya nak tanya apa yang dia tak puas hati sangat dengan saya. Kalau saya pernah buat silap dengan dia, tolong jelaskan supaya saya tahu dan saya boleh minta maaf.

Apa nasihat Misha kepada penulis blog tu?

Nak tulis sesuatu biarlah profesional sikit. Buat kerja biar ada etika. Jangan sampai saya ambil tindakan lain yang boleh menyusahkan dia. Saya cuma nak bagi amaran, lepas ini jangan buat macam tu lagi. Kesabaran saya ada batasnya. Harap dia faham maksud saya ni.



Pada saya kata-kata misha berasas..Sikap membelagakan orang x patut ada..Sebagai manusia,, kita harus mempunyai akal yang waras kerana kata-kata,, banyak perkara yang buruk mungkin berlaku..Tetapi orang mungkin kata, ya la, ko minat misha mesti ko sokong misha..Nonsense..Kalau benda sebegini terjadi kepada orang lain pun,, kita semestinya boleh fikir..Elok ke sikap menghina orang??Sedangkan orang itu langsung kita tak kenal rapat dan dia hanya menegur kesilapan kita..Ya,, sebagai insan Misha pasti pernah membuat kesilapan..Namun jangan menghukum beliau dengan kesilapan yang tidak dilakukannya..Jalan yang terbaik ialah bawa berbincang..

Jumaat, 6 Mac 2009

jom banned budiey.com

Blog budiey.com inilah yg memburukkan nama Misha omar..Antara kata-kata penulis blog ini ialah:

(({gambar selebriti yang DIVA ini telah pun di delete sebab kena banned ! Huhu, haram jejak nama dia kat sini dah!]

Tibo-tibo pentas bertukar jadi kurang menyenangkan dengan bau budu dan petai. Ooo lupa ada orang tu tok make budu dan entah-entah tok tahu budu tu masin ke manis. Memey betul la oghe kato, bilo oghe kelate jadi artis nih, eksyen jek lebih, berlagak diva seolah aku ni paling popular. Shock culture… tak tahu la kawe nok goyak gapo bilo ore kelate ni naik glamer sikit, mulo la demo ni nok jadi amerika. Tinggal kat mano, demo? Mesti dio kata, kawe stay kat USA nuh…Hilir la demo lo nih… kawe tak po belako la, demo ni kalu nok goyak demo jadi oghe sohor gak buat feel busuk. Busuk mace BUDU!!! Kepado pengurus artis yang berlagak macam artis tapi mung tu tak artis… tak payoh nok perasan ko bagus! Kalu mung nok artis mung lebih lama hidup dale industri, jangan sombong dan berlagak sangat! Aku dengar ramai dah tak suko peel perangai mung! Harap beruboh la weh! Bluweeeek nok mutoh!)))

Selalunya orang yang macam penulis blog nie memang tak berfikiran rasional..Nak tau yang die je betul..Kalau betul Misha berlagak Diva,, buktikan..Jangan tuduh melulu..Macam orang bodoh ja..Orang yang mengata orang lain membabi buta macam penulis blog tu,, boleh dikategorikan sebagai orang yang cepat melatah..Saya cabar penulis blog tu,, cuba kata macam tu depan-depan peminat Misha Omar malah depan Misha dan Mimi sendiri..ade brani ke???Jika anda rase anda betul,, tak perlu takut..Buktikan yang Misha berlagak diva..Setakat ini, saya tengok Misha ok je bila buat persembahan malah dia satu-satunya artis yang terus berinteraksi dengan peminatnya ketika menyanyi..Kalau belakang tabir 2 ALLAHUAALAM laa..Namun kalau nak kate kat sesiapa pun,, bukti 2 perlu ada..Lu pikir laa sendiri..

MISHA DIKATAKAN BERLAGAK DIVA???


ENTAH di mana silap Misha Omar, tiba-tiba dirinya menjadi bahan penulisan yang kurang baik. Ini gara-gara hasil tajam tulisan penulis tidak bernama di laman blog yang barangkali tidak berpuas hati dengan sikap penyanyi itu.

Penulisan yang dicoretkan menunjukkan seolah-olah Misha hari ini adalah seorang artis yang semakin 'angkuh' setelah merantau ke Kuala Lumpur. Barangkali coretan itu tidak menyebut nama Misha secara langsung, tetapi apabila ada yang membacanya, akan terus faham bahawa segala kutukan itu dihamburkan kepada Misha.

Misha juga turut dikaitkan sebagai artis yang cuba 'mengutuk' artis lain, iaitu Siti Sarah dalam satu pertandingan nyanyian tidak lama dulu. Misha dikatakan hari ini sudah berlagak 'macam bagus' atau istilah biasa dalam industri hiburan ' berlagak Diva'.

Apa kata Misha mengenai kritikan terbaru tentang dirinya itu? Apakah Misha seperti biasa akan menganggap segala kata-kata itu tidak lebih hanya sekadar hamburan kosong atau kata-kata orang yang tidak boleh melihat kejayaan pihak lain?

Ketika menemui Misha di majlis pelancaran drama Julia Juli, Matahari dan Upik Abu dan Laura di Restoran Kunang-Kunang, Gombak, Kuala Lumpur, Misha menunjukkan reaksinya.

Meskipun dia cuba bertenang ketika menjelaskan perkara itu, riak mukanya kelihatan bahawa dia cukup terkesan dengan tuduhan itu. Misha menyifatkan dirinya menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tak faham, apa yang membuatkan dia terfikir untuk menulis sedemikian rupa terhadap diri saya. Berkenaan dengan saya ketawakan pemakaian Sarah, itu semua salah sangka.

"Waktu itu saya duduk di barisan hadapan sekali bersama wartawan-wartawan yang duduk di belakang saya. Biasalah kalau berjumpa, kami akan bergurau senda, ketawa dan berbual tentang macam-macam perkara. Tetapi saya tidak sentuh langsung pasal artis lain apatah lagi untuk memburukkan mereka.

"Takkan saya nak memalukan diri saya dengan mentertawakan penyanyi itu? Salah ke kalau saya sekadar menikmati persembahan pada waktu itu? Takkan saya tidak boleh buat apa-apa dan perlu 'kontrol cun' memanjang?" soalnya.

Tambahnya lagi, dia langsung tidak terniat di hati untuk memburukkan sesiapa pun dalam industri termasuklah Siti Sarah.

Menurut Misha dia perlu membuat penjelasan ini supaya tidak ada pihak yang bersangka buruk terhadap dirinya. Secara jujurnya, kata Misha dia cukup rungsing memikirkan apa yang telah dilakukan terhadap dirinya oleh individu berkenaan yang sama sekali tidak dikenalinya itu.

"Bagaimanapun, penulis itu ada di dalam senarai rakan laman web Facebook saya. Sebelum ini, sesiapa yang mahu menjadi kawan dalam laman Facebook, saya akan terima. Dan penulis itu juga salah seorang dalam senarai rakan-rakan saya.

"Itu pun saya sedar selepas gambar saya berambut pendek yang diletakkan telah diambil untuk diletakkan pada blog penulis berkenaan," ujar Misha.


MISHA melebarkan sayap ke dunia lakonan.


Bukan sahaja kesal dengan tuduhan itu, Misha juga merasakan dirinya telah 'diceroboh' secara salah oleh penulis blog tersebut dalam satu insiden di Konsert Hot FM Big Jam di Johor Bharu baru-baru ini. Waktu itu, dia benar-benar kesal apabila penulis tersebut telah mengambil gambarnya ketika sedang menyarungkan baju, tanpa kebenaran.

Kejadian itu membuatkan pengurusnya, Mimie Omar, menegur perbuatan penulis itu kerana Misha kurang senang diperlakukan demikian.

"Memang ketika saya menyarungkan baju, saya sememangnya sudah berbaju. Cuma apabila dia mengambil gambar tanpa memberitahu saya, entah macam mana rupa saya bila gambar itu dikeluarkan nanti.

"Maklumlah, melalui gambar, orang boleh berkata macam-macam dan saya tak mahu perkara sebegitu berlaku. Lepas itu, terus dia luahkan rasa tidak berpuas hatinya dalam blog dan menuduh saya berlagak Diva. Seolah-olah segala tindak-tanduk saya menjadi negatif.

"Saya faham, sebagai seorang penulis blog, mereka bebas untuk menulis apa sahaja yang diinginkan tetapi jangan terlanjur ikut perasaan," tegasnya.

Biarpun dia tidak terlalu mengambil pusing dengan isu tersebut, jangan terkejut apabila kes sebegini akan dibawa ke pihak undang-undang jika ia berlaku lagi dan mampu menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi.

"Awas, saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya bawa individu tersebut ke 'sekolah undang-undang' memang terkena padahnya.

"Setakat ini saya masih lagi mampu untuk menutup telinga biarpun hati ini berbekas. Jangan terlalu mudah memberi persepsi terhadap seseorang.

"Saya tahu, penulis blog mereka mempunyai pengikut dan saya puji dengan hasil kerja yang dilakukannya sebelum ini kerana menulis tentang industri hiburan kita. Tetapi janganlah menulis mengikut hati biarpun blog itu kepunyaannya," kata Misha.

Cubaan pertama berlakon drama

Pernah membintangi filem Gerah Khas 3 (2005) dan Main-Main Cinta (2006), Misha kini mahu mencuba 'angin' baru pula dengan berlakon drama.


SENANG dengan imej ringkas dan kemas.


Kata Misha, menjadi seorang pelakon juga adalah impiannya dahulu. Cuma dengan kesibukannya sebagai seorang penyanyi membuatkan keinginan untuk berlakon terbatas.

Namun, setelah mendapat tawaran daripada Tenview Sdn. Bhd. untuk memegang watak Julu dalam drama Julia Juli, Misha terus mengambil saja peluang yang ada di depan mata.

Drama pertamanya ini membuatkan sedikit perubahan dalam diri Misha tanpa disedari.

"Kalau nak tahu, saya seorang yang cepat marah. Tapi berlakon dalam drama ini membuatkan diri saya menjadi seorang penyabar ketika proses penggambaran.

"Selain itu, pengalaman penggambaran telah memperlihatkan sesuatu yang baru dalam saya, yang mungkin saya tidak perasan sebelum ini.

"Apa pun, saya tak nak terlalu gopoh untuk menerima tawaran lain sehinggalah mendapat maklum balas daripada penonton tentang lakonan saya dalam Julia Juli walaupun saya dah mula seronok untuk berlakon," katanya yang akan menemui penonton melalui drama tersebut setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, kerjaya nyanyian masih lagi bergerak seperti biasa biarpun jadualnya kini semakin padat dengan membawa dua karier yang berbeza.

"Nyanyi, tetap nyanyi. Berlakon pula, saya masih baru belajar. Jika semua tawaran saya terima, memang susah saya nak fokus. Yang penting, saya seimbangkan dua kerjaya ini," akhir katanya.

Khamis, 5 Mac 2009

Rambut baru

Misha Omar telah tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek..Walaubagaimanapun imej tersebut dilihat kurang bersesuaian dengan Misha..Potongannya terlalu pendek hingga membuatkan Misha tidak sesuai mengenakan pakaian seperti gaun..Beliau lebih manis berambut panjang ataupun rambit pendek yang tidak terlalu pendek..Namun okay laa..tetap nampak manis dan still comel..Rambut ja yang berubah dan hope Misha tidak berubah seperti yang dikhabarkan baru-baru ini..Saya sebagai peminat Misha akan terus mempertahankan Misha selagi beliau tidak melakukan kesalahan atau kesilapan yang boleh menjatuhkan diri sendiri..Misha lebih mengenali diri berbanding kita..

era.fm

layari www.era.fm.com.my untuk mendengar sedutan rakaman drama sebabak Din Ramboi dan Misha Omar..dengar jangan x dengar..

Rabu, 4 Mac 2009

IBU

Semua peminat Misha pasti sudah tahu tentang pengarang jantung Misha iaitu Adam Emir yang semakin hari semakin membesar..Misha cukup menyayangi heronya kecil itu dan pastinya Misha sanggup berkorban apa saja demi anaknya yang tercinta..Menurut Misha, tiada bezanya hidup beliau setelah bergelar ibu walaupun masih bujang..Cuma hidupnya kini ada matlamat iaitu mahu membesarkan Adam dengan cara yang terbaik..Beliau juga merasakan yang beliau makin matang dan dewasa kerana perlu menjaga orang lain selain diri sendiri..Menurut Misha lagi, beliau amat menyenangi tugasnya sebagai ibu..Rutin hariannya juga banyak melibatkan anak kesayangannya itu..Setiap hari beliau merindui dan menghantar Adam ke sekolah..Bercerita soal menjaga anak,, Misha berkata bahawa dia tidak terlalu memanjakan Adam..Jika Adam merajuk atau moody,, beliau tidak membeli permainan untuk memujuk Adam tetapi Misha cuba bersembang dengannya untuk mengetahui apa masalahnya..Bagi Misha,, permainan hanya diberi pada hari istimewa seperti hari lahir..Dalam pada masa itu katanya,, bergelar ibu bukanlah satu perkara yang membebankan..Masa dan wang yang dikeluarkan untuk anaknya itu tidak sesekali dianggap sesuatu yang merugikan..Baginya ini merupakan perkara betul yang dilakukanya dan beliau redha dengan apa yang telah ditentukan..

Pada pendapat saya,, Misha merupakan seorang yang berhati mulia..Jarang gadis muda sekarang yang sanggup mengambil anak angkat di usia muda,, tambahan jika belum berkahwin..Semoga Misha terus berbahagia dengan kehadiran Adam Emir..

MISHA DAN NASRIN MY STAR LG..

Memang power persembahan Misha Omar masa konsert akhir My Star LG..Boleh dikatakan Misha banyak membantu Nashrin meraih undian untuk mendapat tempat kedua..Pujian diberikan oleh juri..Namun berita yang agak kurang menyenangkan adalah nashrin dikatakan terpegang payudara Misha..Sama ada hal ini betul atau tidak,, hanya mereka yang tahu..Namun pada pendapat saya sendiri,, Nashrin terlampau sangat memegang Misha..Memang ianya perlu untuk penghayatan sesebuah lagu tetapi tidak perlulah terlebih sangat..Buktinya, telah tersebar berita mengenainya dan mungkin ramai peminat Misha Omar yang diluar sana terkilan dengan berita sebegitu kerana boleh mengaibkan Misha sendiri..Apapun yang dikatakan, saya tetap menyokong Misha Omar dan harap anda juga begitu..

JULIA JULI

Misha pernah menyatakan hasratnya untuk berlakon drama baru-baru ini di media..Akhirnya impian beliau tercapai apabila beliau ditawarkan untuk menbintangi drama Julia Juli yang merupakan drama slot Lagenda di TV3..Misha memegang watak sebagai Julu, adik bongsu kepada Juli ( Dynas) dan Jula ( Nik Sayyidah)..Drama ini merupakan drama yang diilhamkan dari filem Jula Juli Bintang Tujuh yang ditayangkan pada hari selasa hingga khamis jam 4.30 petang dan ulangannya pada sebelah malam di TV9 pada pukul 8.35mlm..Menurut Misha, beliau akan menerima tawaran untuk berlakon drama jika penerimaan penonton terhadap lakonannya dalam drama itu adalah baik..jadi kepada peminat Misha Omar, beri sokongan kepada beliau jika anda mahu melihat beliau terus beraksi dalam drama..

ALBUM KETIGA

Misha yang kebelakang ini agak menyepikan diri dari media telah pun muncul dengan album ketiganya yang berjudul "MISHA OMAR" dan juga single terbarunya iaitu 'CINTA ADAM DAN HAWA'..Ini merupakan hadiah yang paling bermakna buat peminat yang setia bersamanya setelah hampir 4 tahun beliau sepi tanpa album terbaru..Album ini memuatkan semua lagu singlenya seperti Sembunyi, Nafas Cahaya, Ku Seru dan banyak lagi..Lagu yang terbaru yang terdapat dalam album ini selain daripada Cinta Adam dan Hawa ialah Sampai Disini dan Cinta Suci..bagi peminat Misha yang masih belum membeli album ini, sila dapatkannya di pasaran sekarang..Beli yang original tanda sokongan anda kepada beliau..

Biadota

Samiha @ Aisah Binti Omar (born 6 January 1982), commonly known as Misha, is a Malaysian singer and actress. She was first discovered by Adnan Abu Hassan when she became a finalist of the "Bintang RTM" competition in 2001 alongside fellow singers Azharina and Siti Sarah. Misha did not win the competition but her subsequent career has been successful. In 2002, Misha released her debut album "Misha", from which four singles were released including the hit single “Bunga-Bunga Cinta”. In 2003, Misha won the Choice Newcomer ("Artis Baru Pilihan") at the "Anugerah Era" (Era Awards). She has frequently been compared to malaysian singer superstar Datin Sri Siti Nurhaliza. In 2004, she released her 2nd album “Aksara” with the hit single “Pulangkan”. Her third album, Misha Omar was released in 2009 with her new single, "cinta adam dan hawa".

Singles

  • 2002 - Bunga-Bunga Cinta#
  • 2002 - Halaman Cinta
  • 2002 - Lilitan Asmara
  • 2003 - Semoga Abadi
  • 2004 - Pulangkan#
  • 2004 - Dedebu Cinta
  • 2005 - Tak Ingin Lagi
  • 2005 - Takku Duga
  • 2005 - Riwayat Cinta
  • 2005 - Ku Seru#
  • 2006 - Nafas Cahaya
  • 2007 - Sembunyi feat Andy Flop Poppy
  • 2008 - Jawapanmu
  1. - no.1 singles

Achievements

Awards

  • 2003 Bintang RTM 1st Runner-up
  • 2003 Anugerah ERA Choice New Comer
  • 2003 SHANGHAI MUSIC FESTIVAL (Gold Award)
  • 2003 AJL Best Vocal Performance
  • 2003 AJL Balad Song Champion (Bunga-Bunga Cinta)
  • 2003 AJL Song Champion (Bunga-Bunga Cinta)
  • 2004 ABP Choice New Comer
  • 2004 2003 Media Hiburan Song Of The Year
  • 2004 Media Hiburan Choice New Comer
  • 2004 Anugerah ERA Choice Female Vocal Performance
  • 2004 AJL Balad Song Champion (Pulangkan)
  • 2004 AJL Best Vocal Performance
  • 2004 Hitz 1 Champion
  • 2005 Hitz 1 Song Champion
  • 2006 Hitz 1 Best Performer
  • 2006 Hitz 1 1st Runner-up
  • 2007 Hitz 1 2nd Place
  • 2007 Anugerah Era Irama Global Pilihan

Films & Telemovie

  • 2005 Gerak Khas The Movie 3
  • 2005 Jo-Om Balik Raya 1
  • 2006 Jo-On Balik Raya 2
  • 2006 Main-Main Cinta
  • 2009 Julai Juli

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin