Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Sabtu, 27 Februari 2010

Ikut jejak Amy Mastura berlakon teater





SEPERTI wanita solo lain, penyanyi Misha Omar punya keinginan untuk berumah tangga dan membina keluarga bahagia. Apatah lagi melihat rakan artis sebayanya sudah berumah tangga, niat itu juga terpendam di hatinya.

Pun begitu, pengalaman pahit putus cinta sebelum ini banyak mengajar Misha, 28, untuk lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dengan insan bernama lelaki.


"Bukan mudah untuk mencari lelaki yang memahami dunia seorang artis. Maklumlah, kerja saya tidak tentu masa dan dunia hiburan penuh dengan gosip.


"Lebih penting, lelaki yang ingin berkahwin dengan saya mesti menerima kehadiran anak angkat saya, Adam (yang kini berusia empat tahun)," katanya.


Kekosongan hati Misha yang popular dengan lagu Cinta Adam Dan Hawa ini sudah terisi dengan kehadiran jejaka yang berjaya menambat hatinya lebih setahun lalu.


"Si dia itu hanyalah orang biasa saja dan terbabit dalam bidang perkhidmatan awam. Saya selesa berkawan dengannya kerana dia cukup memahami dan menerima saya seadanya. "Setakat ini, keluarga merestui hubungan kami. Sebenarnya, keluarga saya memang tidak pernah letak sebarang kriteria mengenai calon suami saya sejak dulu," katanya. Bagaimanapun, Misha akui dia belum bersedia menguar-uarkan hubungannya dengan si dia kepada pihak media serta peminat buat masa ini. "Maaflah, saya tidak boleh cerita lebih-lebih mengenai diri si dia kerana nanti timbul spekulasi lain. Lagipun, bimbang pula untuk mengesahkan hubungan yang belum tentu ke jenjang pelamin. Sebagai wanita, kalau tidak menjadi kenyataan, saya yang akan malu nanti. Sebelum ini, pernah heboh cerita saya sibuk buat persiapan kahwin sedangkan ia majlis perkahwinan sepupu saya. "Tapi saya memang seorang yang setia pada yang satu dalam menjalinkan hubungan dengan lelaki dan setakat ini, saya memang berkawan rapat dengan lelaki itu saja," katanya. Misha berkata, dia juga perlu membuat persiapan diri untuk menempuh cabaran melangkah ke alam perkahwinan. "Saya juga perlu pastikan si dia dapat menyesuaikan diri dengan karier seni," katanya yang turut mempertaruhkan lagu Riwayat Cinta. Misha sedar kehidupannya akan lebih teratur apabila mendirikan rumah tangga kelak. "Apapun, saya sudah matang menjalani kehidupan sebagai orang bujang. Saya juga sedar perkahwinan dan percintaan dua perkara berbeza. Selain itu, saya juga sudah ada anak angkat dan tidak berasa sunyi kalau di rumah. Insya-Allah, saya akan berkahwin apabila sampai seru nanti," katanya. Misha ditemui Rap pada sidang media pementasan teater muzikal Gamat 2 terbitan CTRA Production Saloma Bistro, Jalan Ampang, di sini, baru-baru ini. Teater ini dihasilkan dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Aswara dan Istana Budaya (IB) . Dalam Gamat 2, Misha memegang watak Ketua Buntal. Dia berminat untuk terbabit dalam Gamat 2 selepas mendengar cerita daripada Amy Mastura yang berlakon dalam pementasan berkenaan. "Saya memang rapat dengan Kak Amy dan teruja sangat selepas mendengar cerita Kak Amy berlakon dalam pementasan musim pertama dulu.

"Maklumlah, teater ini membabitkan ramai pelakon kanak-kanak. Sebelum ini, saya sibuk dan tidak berpeluang untuk menonton musim pertama teater ini. "Saya juga ingin mencuba berlakon teater muzikal pula. Watak Ketua Buntal yang juga polis laut ini memang menarik dan saya tidak ada masalah untuk memakai kostum khas yang disediakan," katanya.


Muzikal gamat 2 arahan Zaifri Husin ini akan dipentaskan di IB pada 12 hingga 22 Mac ini di Auditorium pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Menyusul selepas itu, Misha bakal beraksi dalam pementasan teater muzikal Uda Dan Dara arahan Datuk Rahim Razali di Istana Budaya sekitar Julai nanti.


"Sebelum ini banyak kali saya dapat tawaran berlakon di IB tapi saya tidak berani buat. Saya akui teater ini boleh buat lutut saya menggigil kerana kita tidak boleh 'cut' kalau membuat silap. "Saya dapat tawaran watak Dara selepas melalui uji bakat. Antara panel yang mengadili saya ialah Datuk Rahim sendiri. Pihak mereka juga belum umumkan siapa yang bakal memegang watak Uda bergandingan dengan saya nanti. Watak Dara itu memang hebat buat orang baru macam saya," katanya.


Dari segi pengacaraan pula, Misha juga menjadi pengacara program Sehati Sejiwa terbitan RTM tahun ini. Ditanya perancangan masa depan pula, Misha berkata, dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sebagai jaminan masa depan.


"Sebelum ini, saya menjadi rakan kongsi dengan pusat salun di The Mall. Selain itu, saya juga merancang untuk menceburi bisnes makanan atau pakaian pada masa depan. Sekalipun menceburi bidang perniagaan, minat utama saya tetap nyanyian," katanya.


>Profil

NAMA PENUH: Samihah @ Aisah Omar

NAMA KOMERSIAL: Misha Omar

TARIKH LAHIR: 6 Januari 1982

ASAL: Kota Bharu, Kelantan

KERJAYA: Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengacara

STATUS: Bujang

ANAK : Anak angkat, Muhammad Adam Emir, 4

ALBUM: Misha (2002), Aksara (2004) dan Misha Omar (2008)

FILEM: Gerak Khas The Movie 3 dan Main-Main Cinta

TELEMOVIE: Telefilem khas raya, Jo-Om Balik Raya I dan II

PROGRAM TV: Skrin Video, Sehati Sejiwa

ANTARA ALBUM: Cinta Adam dan Hawa

PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM (Bintang RTM 2001), Anugerah Artis Harapan (Anugerah Era 2003), Anugerah Emas Festival Muzik Shanghai (Festival Muzik Shanghai 2003), Anugerah Vokal Terbaik (Anugerah Juara Lagu 2003), Juara Lagu (Anugerah Juara Lagu 2003), Anugerah Artis Wanita Baru Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Artis Wanita Baru Pilihan (Anugerah Media Hiburan 2003), Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Media Hiburan 2003), Anugerah Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Era 2004), Juara Lagu Balada (Pulangkan - Anugerah Juara Lagu 2004), Anugerah Vokal Terbaik (Anugerah Juara Lagu 2004), Juara Hitz 1 (Anugerah Hitz 1 RTM 2004) & Juara Lagu Hitz 1 (Anugerah Hitz 1 RTM 2006), Persembahan Terbaik (Anugerah Hitz 1 RTM 2006), Persembahan Terbaik (Anugerah Hitz 1 RTM 2007).




* Harian Metro

Jumaat, 19 Februari 2010

KONSERT KARNIVAL WOW!

saksikan ELLA, M Nasir, Misha Omar, Aizat, Jamal Abdillah, Aishah dan Qhaud AF di Konsert Karnival Wow! Putrajaya di Pentas utama, Tapak Pasar Tani,
Presint 2, Putrajaya, jam 8 malam esok (Sabtu 20.2.2010).

Sabtu, 13 Februari 2010

Anak-anak artis gamatkan Gamat 2


PENYANYI popular Ziana Zain dan Misha Omar antara dua pelakon utama yang bakal menyemarakkan pementasan Muzikal Gamat musim kedua yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22 Mac ini.
Teater berkenaan dipentaskan CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Matic, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Istana Budaya (IB). Selain terbabit dengan program Mentor musim baru terbitan stesen TV3, Muzikal Gamat adalah 'comeback' buat Ziana di persada seni selepas bercuti hampir setahun kerana bersalin. Lebih menarik, ia juga julung kalinya kemunculan Ziana dan Misha di pentas teater tempatan. Produser teater berkenaan, Siti Rohayah Attan, berkata Ziana dan Misha sudah pun memberikan persetujuan untuk beraksi di pentas teater itu minggu lalu.


"Ziana juga akan membawa watak Ketua Obor-Obor yang juga watak jahat dalam pementasan teater berkonsep kanak-kanak ini.


"Misha pula akan membawa watak Ketua Ikan Buntal untuk menggantikan tempat Datin Natasha Hudson yang membawa watak itu pada musim pertama. Kami tampilkan Misha kerana ingin mencuba sesuatu yang baru pada musim ini," katanya. Jika nak diikutkan, kata Rohayah, pihaknya pernah berbincang dengan Ziana untuk menawarkan berlakon dalam teater Bukan Dejavu 2, tetapi Ziana pula disahkan mengandung ketika itu dan perancangan berkenaan terpaksa dibatalkan.


"Apabila saya pentaskan Muzikal Gamat di IB, saya juga menawarkan dia berlakon, tapi pada waktu itu Ziana masih dalam tempoh berpantang. Justeru, kali ini pihak kami sangat berharap Ziana akan menerima tawaran berlakon," katanya.


Selaku produser, Rohayah mengakui Ziana dan Misha mempunyai daya tarikan kuat untuk menarik penonton ke pentas teater. Rohayah berkata, apa yang menarik teater berkenaan menggabungkan pelakon dewasa dan kanak-kanak semuda usia dua tahun. "Pelakon yang paling muda ialah anak kepada pelakon Juhara Ayob yang berusia dua tahun. Begitu juga dengan anak Amy Mastura yang masih terbabit dalam musim kedua ini. "Mereka juga menjadi kanak-kanak berani dan aktif apabila menjayakan sesi latihan dan pementasan. Pada masa sama, pihak kami bercadang melamar anak Ziana dan Misha sendiri untuk beraksi nanti," katanya.

Tambah Rohayah lagi, pihaknya terpanggil untuk mementaskan semula teater Muzikal Gamat berdasarkan sambutan memberangsangkan Oktober lalu.


"Ia dipentaskan atas kesedaran bumi dan laut semakin nazak kerana perbuatan keji manusia sedangkan jangka hayatnya boleh dipanjangkan jika sikap jahat itu boleh dihindari.


"Kami menghasilkan teater muzikal ini dengan hasrat untuk semua masyarakat berfikir bagaimana menjadi makhluk bersopan kepada alam ini," katanya.


Cerita ini mengisahkan suka duka kehidupan makhluk laut seperti Gamat, Ketam, Kurita, Obor-Obor, Umang-Umang, Landak Laut, Belut, Barracuda, Kuda Laut dan Tapak Sulaiman. Kehidupan mereka akhirnya dicemari sisa toksid sehingga Kurita mahu menculik Ibu Gamat untuk menjadikannya sebagai penawar. Namun Kurita tersalah culik iaitu Anak Gamat menyebabkan suasana di lautan menjadi kucar-kacir.


Selain Ziana dan Misha, barisan pelakon lain termasuk Amy Mastura, Zuhairi Ibrahim, Nur Syahida Marzuki, Anith Aqila Sulaiman (OIAM), Aidil Solehin Marhalim, Eewen Teoh serta seramai 40 pelakon pembantu.


Teater karya dan arahan Zaifri Husin ini ditaja Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd iaitu syarikat yang popular dengan pengeluaran gamat milik Datuk Prof Hassan Yaakub.


Tiket bagi menyaksikan pementasan Muzikal Gamat musim kedua ini dengan berharga RM50 (jam 8.30 malam) dan RM22 (jam 3 petang). Untuk keterangan lanjut hubungi 03-6186 6592/ 017-8716 060/ 012-2977 220 atau layari www.muzikalgamat.blogspot.com.

*Harian Metro

DRAMA TIADA LAGI


Semalam 13.2.2010 telah ditayangkan drama Tiada Lagi yang dibintangi oleh Misha Omar dan Fahrin Ahmad di TV2.. Sebuah cerita yang cukup menarik dan menyentuh perasaan.. Buat pertama kalinya Kak Misha melakonkan watak yang berlainan daripada lakonannya sebelum ini.. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana beliau dapat membawakan watak tersebut dengan agak baik sekali.. Lakonan beliau sebagai Liza membuatkan penonton dapat merasakan pelbagai perasaan contohnya di awal cerita ini beliau dilihat sebagai seorang sahabat yang baik, dipertengahan cerita beliau telah membuatkan penonton berasa marah dan kecewa dengan sikapnya yang tidak dapat menerima kekurangan diri Fahrin dan di akhir cerita,titisan air mata beliau menyesali kesalahan yang telah dilakukan membuatkan penonton turut berasa sedih.. Tahniah diucapkan kepada Kak Misha.. Diharapkan Kak Misha terus mempertingkatkan prestasi dan bergiat aktif dalam bidang lakonan..(^_^)

video misha omar



*THANX 2 NURL 4 SHARING THIS VIDEO..(^_^)

Jumaat, 5 Februari 2010

Penghormatan buat Misha




Turut mendapat sorakan Misha Omar yang berpadu suara bersama vokalis Boys Like Girls, Martin Johnson menyampaikan lagu Two Is Better Than One. Misha yang mengambil alih tempat penyanyi asalnya, Taylor Swift berpuas hati dengan persembahan itu walaupun muncul di pertengahan konsert. "Sememangnya penampilan di konsert itu satu penghormatan besar buat saya sebagai artis tempatan. Biarpun tampil di tengah-tengah slot persembahan dengan hanya menyanyikan lagu duet berkenaan. "Ditambah pula dengan latihan yang tidak mencukupi. Namun saya tetap berpuas hati kerana dapat berkongsi pentas di samping artis antarabangsa itu.

"Dari segi latihan pula saya terpaksa berpandukan cakera padat (CD) dan menyanyi secara karaoke hanya beberapa hari lalu. Memang ia satu pengalaman yang cukup menarik buat saya," kata Misha yang popular dengan lagu Cinta Adam dan Hawa.

*Harian Metro

Selasa, 2 Februari 2010

Misha Omar hebat!




TAHNIAH diucapkan kepada Misha Omar kerana berjaya membuat persembahan yang memukau semasa persembahan AJL 24 yang lalu. Tak menang pun tak jadi hal, asalkan kami bangga dengan persembahan anda. Saya melihat perkembangan Misha Omar semakin mantap dari semasa ke semasa dan begitu mengkagumkan saya.
Saya juga mengharapkan agar karier Misha kembali mekar pada 2010 ini. Diharapkn Misha akan menghasilkan album baru secepat mungkin. Teringin juga melihat Misha menyanyikan lagu-lagu ciptaan Faizal Tahir, Aizat, Yuna, Hujan dan tentunya lagu ciptaan Adnan Abu Hassan.
Selain itu saya juga mahu melihat karier lakonan Misha berkembang dan lebih berkembang. Mungkin ada yang lupa Misha pernah tercalon dalam Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Wanita Harapan suatu ketika dulu, namun tewas di tangan Sharifah Amani.
Ini membuktikan Misha antara pelakon muda yang boleh diketengahkan lagi bakatnya. Harapan saya agar Datuk Yusof Haslam membawa Misha sekali lagi ke layar perak kerana saya yakin Datuk masih mampu menggilap bakatnya.
* Satila Safiyah,
Ampang, Selangor.
*Mingguan Utusan

Heboh Misha Omar nikah


Oleh NIEZAM
niezam@utusan.com.my

MISHA Omar dah kahwin. Kenapa tak keluar surat khabar cerita kahwin dia? Takkan wartawan nak sorok kut?” Begitulah pertanyaan seorang peminat Pancaindera yang naik radang kerana dia menganggap wartawan sengaja nak menyembunyikan berita perkahwinan Misha.

Sumpah dik... Abang Niezam pun tak tahu ni. Kalau dia kahwin, memang kami keluar cerita dia muka depan. Nak suruh hantar surat khabar depan pintu rumah pun boleh.

Jangan nak mengamuk ya dik... Cukuplah industri hiburan kita ada kumpulan Amuk seorang.

Senang cerita macam nilah. Sebenarnya Niezam pun tak tahu sama ada Misha benar-benar kahwin ataupun tidak sebab sehingga hari ini dia tak mengaku pun perkara itu.

Yalah... Misha bukannya kecil-kecil anak. Kalau dia kahwin mesti dia tak akan sorok punya, sebab satu Malaysia kenal dia.

Kata peminat tu, di Kelantan sudah heboh kisah kahwin Misha. Cuma yang jadi tanda tanya kenapa berita itu tidak dilaporkan?

Niezam pun tanyalah kalau betul dakwaan itu, siapai suami Misha?

Kata peminat tersebut, lelaki berkenaan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru. Beruntung Misha bertemu jodoh dengan lelaki tersebut.

“Cukuplah saya beritahu lelaki yang dimaksudkan bernama “Kiss”. Dia orang memang dah kahwin. Hadiah perkahwinan Misha ialah sebuah kereta mewah.

“Kalau nak tahu, masa final Juara Lagu hari tu, si dia pun datang temankan Misha tau,” kata pembaca berkenaan.

Wah... betul ke? Sedap nama Kiss. Mesti Misha kena cium 24 jam dengan ‘suaminya’ itu kalau betul dia dah kahwin.

Petang Khamis lalu Niezam telefon Misha dan terus bertanyakan perkara berkenaan.

Misha sedikit pun tak terkejut sebab selama ini macam-macam spekulasi orang bercakap tentangnya.

Cuma Misha tak menafikan dia dan kakaknya Mimi memang ada meninjau beberapa butik pengantin sebagai persediaan untuk majlis nikah nanti.

Tapi berita yang mengatakan dia sudah bernikah dalam diam tu disangkal sepenuhnya.

“Kalau betul saya nak kahwin, saya tak akan sorok. Selama ini pun saya dah beritahu peminat yang saya sudah ada kekasih istimewa.

“Nikah kahwin perkara yang baik. Lebih baik orang tahu. Ini janji saya. Selagi kisah sebenar tidak keluar daripada mulut saya, anggaplah ia sekadar khabar angin,” tegas Misha.

Kita orang percaya dengan kata-kata Misha itu kerana selama ni dia tak pernah nak sorok perkara yang baik. Tak gitu adik?

*Mingguan Utusan

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin