Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Jumaat, 31 Disember 2010

Wajah baru memantapkan persembahan Muzikal Tun Mahathir edisi kedua


TARIKH pementasannya memang dianggap singkat tetapi CTRA Productions yakin dengan kemampuan Elly Mazlein, Misha Omar dan Ezany Nizariff sebagai pengganti Erra Fazira serta Zizan Nin dalam Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua di Istana Budaya mulai 21 hingga 30 Januari depan.

Penerbitnya, Siti Rohayah Attan, berkata kemasukan wajah baru serta penambahan watak dianggap penyeri untuk musim kali ini namun bersandarkan maklum balas, mereka yakin peminat juga tidak sabar menantikan suntikan kelainan MTM 2.

“Pemilihan pelakon yang dibuat teliti sekali pun dalam tempoh singkat. Kami sepakat memilih Elly dan Misha bagi watak Tun Hasmah muda dan remaja, serta Ezany sebagai Tun Mahathir remaja manakala Esma Daniel kekal dengan watak Tun Mahathir yang berusia.

“Kami sudah berjumpa waris terdekat beliau, Datuk Mukhriz yang mengatakan segala yang kita sajikan pada khalayak tidak salah dan dia sangat berpuas hati dengan pementasan lalu. Begitu juga dengan barisan baru yang bakal menerajui MTM2,” katanya pada sidang media selepas pengumuman barisan pelakon di Istana Budaya.

Misha yang sebelum ini sekadar membawakan watak wartawan mengakui masih terkejut apabila CTRA mewujudkan watak baru seterusnya melamar penyanyi itu sebagai Tun Hasmah ketika remaja yang tentu saja disambut dengan tangan terbuka.

“Biar kecil atau besar watak kita di dalam teater, setiap orang mempunyai kekuatan. Inilah pentas yang saya gunakan untuk memantapkan lagi ilmu lakonan apatah lagi di bawah pementasan mengenai negarawan kesayangan ramai,” katanya.

Tiket bagi teater muzikal yang turut mendapat kerjasama Istana Budaya, Persatuan Penulis Wanita Malaysia dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dijual pada kadar RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302 atau layari www.ticket2u.biz untuk tempahan tempat.

*BERITA HARIAN

Misha harap tiada lagi gosip kahwin


KEMUNCULAN tahun baru 2011 esok, Misha mengharapkan ia membawa sinar baru dalam karier dan kehidupan peribadinya.

Tanpa berselindung, penyanyi Bunga-bunga Cinta ini mengakui, dia berharap langkahnya dalam seni makin kukuh.

Bahkan, dia turut menyimpan impian semoga semuanya lebih baik untuknya dalam proses ‘perubahan status diri’.

Katanya, diharapkan tiada lagi gosip liar yang menghiris hati dan perasaannya.

“Saya tetap berpegang pada janji saya takkan menyorokkan perkara baik seperti perkahwinan kepada peminat. Saya sedia berkongsi detik indah itu bersama mereka apabila ‘seru’ itu sudah tiba.

“Jadi, kita sama-sama menunggunya dan tak perlulah cerita tidak benar dan gosip mengenai perkahwinan saya diperkatakan lagi. Saya janji akan memberitahu kepada anda semua apabila tiba masanya.

“Sekarang, tumpuan hanya pada karier kerana diam tak diam sudah sembilan tahun saya bergelar artis. Jujurnya, saya tak pernah menyangka hingga sampai ke tahap ini seperti sekarang.

“Saya ingatkan karier seni hanya bertahan selama tiga tahun saja. Namun, sebaliknya dan saya sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Saya harap peminat masih setia memberikan sokongan,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan selanjutnya, Misha berkata selain berlakon teater, dia sebenarnya mengintai peluang untuk lebih serius dalam bidang pengacaraan. Pengacara program Sehati Sejiwa itu berkata, dia mahu jadi artis serba boleh.

“Saya menyimpan impian untuk menjadi orang seni serba boleh suatu hari nanti. Bagi memastikan ia menjadi kenyataan, saya harus sedia mencari peluang dan cuba sedaya upaya selagi mampu.

“Bukan mudah untuk berjaya dan saya harus rajin berusaha. Maka, untuk itu saya harus menonjolkan kepada masyarakat kemampuan diri. Saya harus membuktikannya lebih dulu sebelum raih kejayaan,” katanya.

Dijangka muncul dengan album keempat sekitar pertengahan 2011, Misha berkata dia sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan komposer dan penyanyi terkenal M Nasir sebagai penerbit eksekutif.

“Album ini begitu istimewa bagi diri saya kerana turut merakamkan dua single baru untuk peminat iaitu Detik Antara Waktu dan Berlalu. Malah, saya juga merakamkan semula sebuah lagu popular Alleycats,” katanya.

*HARIAN METRO

Sabtu, 25 Disember 2010

Elly Mazlein, Ezany, Misha dan Sarimah Serikan Muzikal Tun Mahathir 2



Nampaknya segala persoalan tentang siapa yang bakal menggantikan tempat pelakon asal Erra Fazira dan Zizan Nin dalam Teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua (TMTM2) di IB sudah pun terungkai.

Warga baru produksi TMTM2 tersebut adalah pelakon teater Sri Mersing, Elly Mazlein dan aktor Ezany Nazarif. Di mana Elly Mazlein akan memegang watak Tun Dr Siti Hasmah ketika usia muda manakala watak Tun Dr Mahathir ketika usia remaja yang disandang oleh Zizan Nin pada musim lalu pula akan digantikan dengan Ezany Nizariff.



Watak Misha Omar juga ditukarkan dan diberi watak lebih besar sebagai isteri mantan perdana menteri pada zaman beliau remaja yang mana watak zaman remaja dan dewasa itu sebelum ini pernah dipegang oleh Erra Fazira.

Pengarahnya, Rosminah Tahir, berkata hasil perbincangan dengan rakan-rakan dan team produksi, dia merasakan sedikit perubahan dan penambahan cerita diperlukan bagi membaiki kelemahan TMTM yang pertama.

"Sedikit kelainan kami tampilkan kali ini apabila menambah dua lagi watak baru iaitu Sarimah Ibrahim sebagai susur atau pencerita sementara Datuk AC Mizal sebagai Aziz iaitu rakan Mahathir. Mengenai pemilihan pelakon seperti Elly Mazlein dan Ezany, semuanya diserahkan kepada penerbit, Siti Rohayah Atan.

"Bagaimanapun, kami melihat kualiti lakonan mereka. Mungkin orang tak nampak bakat bintang ini dalam teater tetapi hanya gah di layar. Jadi, apa salahnya kita mengambil mereka terlibat dalam TMTM2," katanya ketika sidang media petang di Istana Budaya, petang semalam.

Khamis, 18 November 2010

Cinta Si Sukun

Jangan lupa menyaksikan cerita lakonan Misha Omar, di saluran Astro Prima..Cerita ini pernah ditayangkan dan sekarang ulang tayangnya boleh anda saksikan di Astro Prima pada 21/11/2010 bersamaan hari Ahad pada jam 10malam..

P/S : Maaf..Ini tayangan pertama drama ini..Maaf atas kesilapan maklumat dan terima kasih atas teguran..(^_^)

Misha Omar & Haziq - Bila Larut Malam

Misha Omar - Jeritan Batinku

Ahad, 10 Oktober 2010

Feedback Spekulasi Pertukaran Pelakon MUDD


Ulasan penonton Muzikal Uda dan Dara

Effa Cruise uish,pulak dah..nak misha jugakkkk

Niera Mohamed sama...i like lisa & misha...tp kalau nk kt misha keras, lisa pun xdelah lembut mana..but i still want misha..at least dh ada chemistry dgn uda..& suara dia time nyanyi mmg meremang bulu roma smpai buat i gi tgk 3x..hahak..

Iemah Rofecoxib tah...byk yg g tgk teater 2 coz ade misha...niera : btl2...bleh ke lisa nyanyi mcm misha??pe2 pun misha de best...mmg ramai yg jauh sggup g tgk teater 2 coz misha..mmg xptt nk ketepikan die mcm 2 je..

Nurl Amnn Nk misha gak!
Xnk yg laen!!

Niera Mohamed iemah: i dun think lisa blh nyanyi sebagus misha..kalau MUDD nk suh org dtg tgk skali je, blh la amik lisa..tp kalau nk suh tgk berkali2, maintain the same cast..juz try to polish & touch up here & there...infact kalau maintain misha, dh ada org brunei yg nk dtg since susah nk tgk misha @ istana budaya...so, production kena fikirlah semua tu..hehe

Adhina Kumala What? But Misha was still too new in this theatre world back then,so her acting might looked awkward.... come to think of it, she still did quite well for a beginner.. I think u guys should give misha a chance for another season, i'm very sure that she's gonna be much better the next time she performs... trust me,this girl has alot of potential in her... Don't u guys think so?

Heroevc Volumex janganlah ketepikan misha, time muzikal tun mahathir , ramai terpesona dengan suara misha, saya pergi tengok pun semata mata misha.

Jamilah Bidin
♫ Hamba dengar segala kita berubah rupa..
Panas membakar jantung membakar telinga..
Semua bergema adakah besi akan berlaga...
Hamba bimbang hamba bimbang nasib bang Uda...♫

...Hnya MISHA yg selayaknya menjadi DARA....

Rabu, 6 Oktober 2010

Dengarnya: Lisa ketepikan Misha sebagai Dara?

CIK NORMAH tengok murah sungguh rezeki pelakon cantik Lisa Surihani sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini wajahnya yang jelita dipilih sebagai duta untuk sebuah produk penjagaan diri dan yang terbaru dia kini bergelar hos pula untuk program Mari Menari bersama-sama Awal Ashaari.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu Cik Normah dapat satu lagi maklumat yang panas dan hangat, ibarat baru keluar dari ketuhar gelombang mikro. Lisa khabarnya akan dilamar untuk memegang watak Dara dalam muzikal Uda dan Dara bagi musim akan datang.

Jika benar berita yang sampai ke telinga Cik Normah ini, maknanya pelakon yang makin popular itu mengetepikan pelakon asalnya, Misha Omar.
Cik Normah tak berpeluang menonton Uda dan Dara tempoh hari, tetapi ada pelbagai maklum balas yang Cik Normah dengar. Ada yang suka dengan lakonan Misha, tapi tak kurang yang mengatakan Misha kelihatan kaku membawakan lakonan Dara. Kata sebahagiannya, watak Dara yang umpama wanita Melayu terakhir tidak berapa kena dengan karakter Misha yang agak ‘kasar’. Begitupun, semuanya terserah pada telahan masing-masing.

Cik Normah dapat tahu ciri-ciri wanita Melayu terakhir yang ada dalam diri Lisa menyebabkan pihak produksi tertarik untuk melamar wanita cantik itu. Cik Normah tak kisah siapa pun yang bakal membawakan watak itu. Bagi Cik Normah, dua-dua pelakon berkenaan punya kesesuaiannya. Misha punya tarikannya tersendiri. Bukan saja cantik, malah wanita berbakat dari Kelantan ini punya suara yang boleh membuatkan bulu roma kita berdiri.

Cuma Cik Normah tengok Lisa sekarang ini memang mempunyai banyak peningkatan dari sudut lakonan. Jika tidak takkanlah lakonannya dalam Lagenda Budak Setan mendapat pujian ramai.

Pada masa yang sama kita tak boleh nak menyalahkan Misha, sebab dia pun masih baru dalam dunia lakonan teater. Maklum sajalah, karier utamanya tetap dalam dunia nyanyian. Lakonan pula hanyalah kerjaya sampingan. Bagaimanapun Cik Normah tetap memuji kesungguhan Misha sewaktu menjayakan teater terbabit. Kalau tak silap, si Misha tak tidur malam kerana nak menghayati watak Dara.

Kepada Lisa pula, andai betullah berita ini, Cik Normah nak mengucapkan tahniah. Bertuahnya bergelar orang cantik macam Lisa, sana sini orang nak sambar. Tengoklah betapa murah rezeki Lisa sekarang ini.

*BERITA HARIAN

Selasa, 5 Oktober 2010

Misha gian lakon teater

SEKALIPUN kisah percintaannya jarang diperkatakan, siapa sangka penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar sudah dua kali putus cinta. Pun begitu, penyanyi lagu Cinta Adam Dan Hawa ini turut dikait­kan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya secara senyap dan tertutup.

CANTIK...keayuan wajah Misha semakin terserlah kini.
CANTIK...keayuan wajah Misha semakin terserlah kini.
MISHA...janji undang media jika berkahwin.
MISHA...janji undang media jika berkahwin.

Misha yang tidak terkejut apabila media bertanyakan perihal perkahwinannya itu menjelaskan dia masih berstatus bujang. Katanya, berita yang tersebar gosip semata-mata. Hingga kini, Misha belum menerima sebarang lamaran.

“Saya tidak tahu macam mana berita mengenai perkahwinan ini boleh timbul. Ini kerana saya sendiri tidak pernah me­ngeluarkan sebarang kenyataan atau pengumuman mengenai­nya. Saya tidak menafikan ada mengenali seseorang, tetapi sejauh mana perkembangan hubungan kami biarlah menjadi rahsia.

“Ini kerana, saya tidak mahu lagi bersikap terlalu terbuka membicarakan soal cinta dan peribadi kepada media. Dalam soal ini, saya perlu mengambil kira hati banyak pihak terutama keluarga. Apa yang pasti, pada usia 28 tahun sekarang perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi bukan sekarang.

“Sebagai seorang wanita normal, pada peringkat usia sekarang siapa yang tidak me­nyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga? Begitu juga dengan saya, namun bilakah tarikh bersejarah itu, biarlah Tuhan menentukannya. Apabila sampai masa ditetapkan, saya takkan sesekali menyembunyikannya.

“Saya berjanji akan berkongsi detik bahagia ini dengan media yang banyak membantu perjalanan karier selama ini. Cuma, mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, saya fikir lebih baik tidak membuka cerita mengenai percintaan. Bagi saya, berkongsi kisah karier paling bagus berbanding soal peribadi,” katanya.

Ditanya bagaimana pandangan keluarga terhadap dirinya yang masih solo, Misha berkata, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Yang Maha Esa. Oleh itu, dia bersyukur kerana dianugerahkan ibu bapanya yang sangat memahami dan sedikit pun tidak memberi tekanan.

Kata Misha, orang tuanya tak pernah mendesak dia berkahwin.

Bertemu Misha di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Astro di Pusat Persida­ngan Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, gadis ini sedikit pun tidak melatah dengan khabar angin itu, apatah lagi mengelak untuk menjawab pertanyaan media. Namun, Misha mengharapkan pendiriannya tidak bercerita mengenai kisah cinta dihormati.

Menyentuh per­kembangan k­ariernya, Misha kini semakin aktif berlakon teater muzikal. Selepas terbabit dengan pementasan teater muzikal Gamat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) tahun lalu, Misha dilamar pula menjadi teraju utama teater muzikal Uda & Dara yang diarahkan seniman tersohor, Datuk Rahim Razali.

Kini bermula 24 September lalu hingga 9 Oktober ini, Misha sibuk menjayakan pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir di IB dengan watak Datuk Rosnah Majid yang pernah mewawancara bekas pemimpin unggul negara itu selepas 100 hari pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

Diterbitkan produksi teater, CRTA Production Sdn Bhd milik penggiat teater prolifik, Siti Rohayah Attan atau Roy, penyanyi, pelakon dan pengacara kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, sekarang dia mempunyai minat mendalam terhadap pementasan teater. Justeru, bakat seninya sudah diperkembangkan.

“Selain menyanyi dan pernah menjadi pengacara, saya sangat teruja berlakon teater. Tiada lagi perasaan gementar beraksi di pentas teater, sebaliknya saya semakin bersedia. Pengalaman berlakon teater sangat menyeronokkan saya dan ia juga membantu memantapkan lagi bakat lakonan seseorang pelakon.

“Saya akui, mula-mula berteater dulu memang dihambat perasaan takut, gementar dan bimbang jika lakonan kaku. Tetapi, selepas terbabit dalam beberapa pementasan, saya dapati perasaan gementar semakin hilang, malah saya kini sangat seronok dan tak sabar untuk beraksi dalam teater muzikal lagi.

“Jujurnya, saya mengaku gian berlakon teater dan berharap pementasan Tun Mahathitr bukan yang terakhir. Demi kecintaan mendalam terhadap bidang teater tanah air, selepas ini mungkin saya akan cuba menghadiri sebarang uji bakat berkaitan teater. Ia sekadar mencari peluang dan dapat atau tidak, itu rezeki.

“Apapun, hati saya terpaut pada teater selepas melihat sikap semua penggiat teater tanah air yang boleh dikatakan sangat jujur dalam karya mereka.
“Ini kerana saya mendapati kebanyakan mereka melakukannya dengan ikhlas walaupun tidak meraih sebarang publisiti seperti pelakon filem dan drama,” katanya.

Jelas Misha lagi, biarpun hanya menjayakan satu babak saja dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir, dia cukup berbang­ga. Katanya, peluang diraih itu sudah dianggap penghargaan yang besar baginya asalkan dapat bersama menjayakannya. Ini ­adalah penghormatan peribadi buat mengenang jasa Tun Dr Mahathir.

“Berlakon watak pembantu tidak menjadi masalah bagi saya kerana rasa kecintaan yang sangat mendalam terhadap tokoh negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamed. Ini satu sumbangan bermakna daripada saya untuk beliau yang selama ini banyak menabur bakti dan keringat pada pembangunan negara,” katanya.

Teater muzikal yang mengisahkan kehidupan Tun Dr Mahathir dari kecil, remaja, memegang jawatan Perdana Menteri hinggalah kepada kehidupan sekarang turut membariskan pelakon lain seperti Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).

Mengenai karier utamanya iaitu nyanyian pula, Misha berkata, dia baru selesai merakamkan tiga single yang baru untuk dimuatkan dalam album kom­pilasi terkininya.

Ujarnya, kesibukan berteater menyebabkan dia belum dapat memastikan lagi bilakah tarikh sesuai untuk pelancaran album berkenaan diadakan.


*HARIAN METRO

Isnin, 27 September 2010

Review Teater Muzikal Tun Mahathir


ULASAN PENONTON (about Misha Omar only)

• “cuma 1 jer problem mlm pertama ni, sound system...syg sgt problem berlaku di saat2 kemuncak semasa misha omar menyanyikan lagu terakhir, klimaks utk teater ni, tetibe mikrofon problem, 2, 3 kali gak tukar2 mik...syg sgt sebab lagu ni best sgt...suara misha pon sgt bestttttt....rs mcm nk dgr ulang2 lagu2 dia, hrp diorang kluarkan cd ost....”

• “erra n misha omar mmg cantik”

• “Misha Omar sgtttt superbbbbbbbb! Suara dia sgt sedap. In a way bagus jugak ada mic/audio problem masa misha tu sbb penonton dpt dengar life suara misha. Meremang dgr.”

• “kan...terpukau skjp dgr suara misha, x pernah dgr misha nyanyi live sbelum ni...baru terasa yg sdpnyeeee suara org2 yg jd penyanyi ni, nk compare dgn org2 biasa yg nyanyi kt karoke tu mmg jauh beza...terasa yg 'kelebihan' tu mmg telah dikurniakan Allah s.w.t”

• “lagu last yg misha nyanyi tu mmg best, hrp misha rakam masuk dlm album dia, nt bleh dgr ulang2”

• “ Musical ws dull.script shallow.songs ntahapantah.trying 2 hard.main 'mahathir' ws mediocre.bt misha omar = 5 star”

• “.tp yang menyentuh hati dilla mada misha nyanyi...best lagu tue...mmg menyentuh perasaan tue..”

• “terdapat beberapa kelemahan, prop jatuh, n pecah, sound system yang kurang baik..kesian gak masa misha nak nyanyi. mic dia xworking,muzik hilang dtg...and last skali, misha pun nyanyi live...dah mmg terbukti suara misha sedap...best pun best...”

MALAY MAIL
• “There was no boo-ing when a prop broke while being lowered onto the stage, and neither did the audience laugh or heckle when the CD playing the song for Misha Omar to sing to skipped and stopped.Credit goes to Misha as she continued singing without the background music.This made the crowd cheer her on even more, before the technical crew finally fixed the glitch and she was able to sing the finale song perfectly.”

Ahad, 5 September 2010

Adam, Kyra dunia Misha

TIADA yang lebih indah bagi penyanyi ini selain menyambut lebaran di sisi dua cahaya mata tercinta. Melihat wajah ceria anak kecil itu sudah cukup untuk membuatkan hatinya berbunga riang.

pix_middle



Muhammad Adam Emir Abdullah, 4 tahun 3 bulan dan Kyra Arissa Abdullah, 3 tahun 10 bulan, anugerah terindah buat Misha Omar dan kakak­nya, Mimie Omar. Tiada kesalan memikul tanggungjawab sebagai ibu pada usia muda, bahkan dia bahagia memilih jalan ini biarpun belum berumah tangga.

Itulah luahan ikhlas anak jati Kota Bharu, Kelantan ini ketika sesi fotografi bersama SELEBRITI baru-baru ini.


Menurut Misha yang anggun berkurung moden merah, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya dia apabila me­nyediakan persiapan lebaran untuk anak manjanya.

“Setiap kali menjelangnya lebaran, perkara yang saya utamakan adalah persiapan anak, ibu bapa dan adik beradik. Sebelum puasa, saya beli baju untuk Adam dan Kyra. Untuk diri sendiri saya tak kisah sangat, boleh pakai balik baju yang digunakan ketika sesi fotografi bersama media.

“Paling saya suka di Hari Raya adalah melihat keletah anak. Bukan main seronok lagi mereka bila balik kampung, dapat bermain di luar rumah bersama saudara mara. Saya kena sediakan baju lebih untuk mereka sebab cuaca di kampung panas. Bila berpeluh, kena cepat-cepat salin.

“Kali ini saya sediakan mereka dua pasang baju Melayu dan dua baju kurung. Selebihnya baju kasual.

“Saya bersyukur kerana ibu dan ayah masih sihat. Mereka sangat suka bila dapat menghabiskan masa dengan cucu, apatah lagi sekarang Adam dan Kyra pandai berta­nya itu ini. Mereka faham apa yang kita cakap dan pasti raya ini lebih terasa daripada tahun sebelumnya,” katanya yang me­nyifatkan Aidilfitri sebagai momen paling istimewa apabila dapat berkumpul dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Berbicara soal juadah, jadi kelaziman setiap kali raya, ibunya menyediakan nasi minyak berlaukkan kuzi ayam atau daging tiga hari berturut-turut yang turut dihidangkan bersama roti jala, nasi dagang dan beraneka kuih muih.

Usai solat sunat Aidilfitri, keluarganya berkumpul untuk bermaaf-maafan dan menikmati juadah yang tersaji indah di atas meja. Berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai juga menjadi kemestian kerana ketika inilah dapat bersua muka serta bertanya khabar sambil mengimbas kembali kenangan lalu.

“Lebih menarik, pada Hari Raya ketiga saya akan menghadiri kenduri kahwin seorang teman. Tidak sabar rasanya bertemu kawan sekampung, maklumlah bukan selalu dapat berkumpul, pasti banyak cerita menarik mengenai diri masing-masing dapat dikongsi.

“Seminggu sebelum raya, saya akan hantar anak pulang ke kampung dan kembali semula ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan rakaman program Sehati Sejiwa hingga 8 September. Lepas berbuka, baru saya bertolak pulang ke Kelantan.

“Risau juga memikirkan kea­daan jalan raya nanti. Masih ingat lagi, saya pernah terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama 13 jam. Harap-harap kali ini OK tetapi apapun saya tetap sediakan makanan untuk bersahur dalam kereta. Manalah tahu perkara serupa berulang,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Adam dan Kyra, ibu penyayang ini berkata, kehadiran dua anak cilik itu menjadikannya insan lebih bertanggungjawab dan bermatlamat. Sesungguhnya zuriat itu menjadi keutamaan dalam hirarki hidupnya.

“Seronok melihat mereka membesar depan mata. Apa yang dilalui ibu bapa lain, saya juga melaluinya. Terus-terang, saya tidak sedikitpun menyesal memilih jalan ini, malah gerak hati diberi Allah adalah keputusan tepat buat saya. Setidak-tidaknya pada usia muda, saya belajar erti tanggungjawab.

“Kalau ikutkan hati, saya mahu tambah anak lagi tetapi hasrat itu tidak dipersetujui ibu. Dia risau memikirkan saya belum berkahwin dan meragui kemampuan saya untuk besarkan ramai anak. Sejak ambil Adam, ramai nak bagi saya anak. Disebabkan ibu tidak bagi lampu hijau, saya serahkan kepada rakan yang mahukan anak.

“Adam dan Kyra anak manja. Walaupun lima bulan muda dari Adam, Kyra cepat matang dan suka mengusik abangnya. Adam pula sejak kecil dididik supaya beralah dengan adik. Dia kena jaga adik sebab dia anak sulung saya.

“Kedua-dua mereka membesar seperti mana yang saya mahukan. Mereka sudah bersekolah dan insya-Allah apabila genap usia lima tahun, saya akan hantar Adam dan Kryra mengikuti kelas agama pula sebagai persediaan menjadi umat Islam yang baik,” katanya.

Diusik mengenai jodoh, dalam nada serius Misha berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada Ilahi. Memang terdetik di hatinya mahu berumah tangga, namun hingga kini belum bertemu insan sesuai.

Dua kali putus cinta sebelum ini tidak membuatkannya berputus asa, sebaliknya dia percaya satu hari nanti akan bertemu jodoh kerana lumrah manusia dicipta untuk hidup berpasang-pasangan.

“Saya kena positifkan minda. Mungkin Allah mahu saya fokuskan perhatian terhadap Adam. Bila berkahwin, saya kena uruskan suami dan pasti mahu anak lagi. Jadi ada hikmahnya bila lambat bertemu jodoh. Setidak-tidaknya bila berkeluarga nanti, tidaklah Adam rasa tersisih sebab saya sudah puas manjakan dia,” katanya.

Beralih ke topik kerjaya, ulas Misha, Ramadan ini dia terikat dengan latihan teater muzikal Tun Mahathir. Biarpun muncul dalam satu babak sebagai Datuk Rosnah Majid yang mewawancara Tun Mahathir selepas 100 hari bergelar Perdana Menteri Malaysia, dia komited menghadiri sesi latihan bersama barisan pelakon lain.

“Saya terharu terpilih menjayakan pementasan ini. Biarpun hanya satu babak, ia sangat bermakna. Saya mengagumi Tun Mahathir dan bersetuju untuk terbabit dalam teater ini kerana kecintaan terhadapnya.

“Besar kemungkinan selepas raya saya akan masuk studio untuk merakam album The Best of Misha Omar terbitan Sony Music. Selain memuatkan lagu yang pernah menaikkan nama saya, ada tiga lagu baru dalam album ini.

“Dalam masa sama saya mencari material untuk album baru. Insya-Allah hujung tahun saya akan muncul dengan single baru,” katanya.

Misha bersama Mimie juga rancak merealisasikan impian terbabit dengan perniagaan pakaian berasaskan kain kapas menggunakan jenama Benang.

“Setakat ini kami menghasilkan beberapa koleksi kurung moden yang diperincikan dengan manik dan batu hiasan berkualiti tinggi.

“Selain baju kurung, kami akan hasilkan kaftan di bawah jenama Benang. Jadi hasrat kami mewujudkan satu pusat hentian di mana orang ramai dapat membeli koleksi ciptaan kami dan mendapatkan khidmat solekan jurusolek kegemaran saya, Chomel.

“Tahun ini saya ada banyak projek yang sudah dan masih berjalan dan dengan adanya rezeki ini insya-Allah bisnes Benang akan jadi kenyataan. Buat masa ini kami perkenalkan koleksi Benang kepada rakan, tetapi jika ada yang berminat boleh menghubungi Mimie,” katanya sambil memeluk mesra Adam dan Kyra.


*HARIAN METRO

Jumaat, 3 September 2010

Lagu Baru

Nantikan lagu baru Misha Omar...
Misha Baru saja selesai merakamlan lagu yang terbaru...
Kepada peminat2 Misha Omar...
Teruskan menyokong kerjaya seni Misha Omar...
Doakan yang terbaik untuk beliau...

Khamis, 15 Julai 2010

Misha Omar Dah Kahwin, Isteri Ketiga?




Sejak awal tahun ini, GUA sering saja terdengar cakap-cakap nakal kononnya Misha Omar sudahpun menamatkan zaman bujangnya. Meskipun setiap kali pelantun lagu popular "Cinta Adam & Hawa" itu tampil menafikan khabar angin tersebut, selepas seketika, cerita itu timbul semula.

Seakan mengiyakan kebenaran berita tersebut, pernah seorang pembaca Pancaindera, akhbar sisipan Utusan Malaysia, meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila melihat akhbar itu sebagai sengaja tidak menyiarkan berita perkahwinan Misha. Padahal, menurut pembaca berkenaan, cerita perkahwinan Misha dengan seorang ahli perniagaan terkenal di Kota Bahru yang digelarnya sebagai Kiss, sudah rancak diperbualkan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Terbaru, cerita kahwin Misha mendapat satu 'twist' yang menarik. Kononnya, bukan saja Misha sudah sah berkahwin tetapi dia merupakan isteri ketiga kepada seorang jutawan.

Nampaknya, semakin menjadi-jadi kisah kahwin Misha ini. Tetapi sehingga cerita itu dikeluarkan dari mulut tuan punya badan, sukar untuk mempercayai semua khabar angin yang berterbangan ini. Kebetulan membuat liputan sidang media 'Muzikal Uda dan Dara' petang tadi, GUA beserta para media lain tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan komen daripada ibu angkat Muhammad Adam Emie, tiga tahun, ini.

"Terpulanglah. Kalau nak percaya cerita itu, percayalah. Tapi ia sama sekali tidak benar," katanya terus-terang. "Tapi saya pun pelik. Walau macam mana saya nafikan, cerita tu asyik diungkitkan. Saya pun tak reti nak jawab dah. Dari awal saya jadi penyanyi, saya dituduh kononnya janda.

"Sebagai seorang perempuan, saya tahu hak saya sebagai seorang isteri dan wanita. Jika ada yang masih tak percaya, pergi saja ke pejabat agama dan periksa sama ada betul ke tidak saya ni dah kahwin. Saya taklah bodoh untuk berkahwin dan sorokkan benda yang baik."

Jadi setakat ini, bagaimana perhubungan Misha dengan Uda pilihannya? Jika ada yang masih ingat, sebelum ini Misha pernah berkongsi perancangannya untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Tetapi hasratnya itu terpaksa ditundakan kerana kesibukan kerja.

Jawab pemilik nama penuh Samiha @ Aisah bt Omar itu, "Saya taknak cerita pasal ni (kisah peribadi). Azam baru saya sejak mula bergiat di dalam teater, sejak saya mula mengenali diri saya dengan lebih mendalam, lebih indah bila sesuatu berita itu disertakan dengan bukti dan cukup syarat. Sebenarnya, saya tak mahu bercakap banyak tentang perkara peribadi saya. Sebab bila tak jadi, siapa yang akan terasa nanti?"

Ingin jadi seorang seniman
Semua sedia maklum, Dato' Rahim Razali akan mementaskan semula karya terkenal Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' (Dr) Usman Awang, 'Uda dan Dara'. Kali ini di Istana Budaya. Ramai juga mengetahui Misha serta Razali Hussain telah diberi mandat untuk menghidupkan dua watak utama karya ulung allahyarham ini.

Buat anak jati Kelantan yang berusia 28 tahun itu, penglibatannya di dalam 'Muzikal Uda dan Dara' - percubaan keduanya dalam pementasan teater selepas 'Gamat' - membuatkannya terjatuh cinta dengan dunia teater. Jelasnya, teater merupakan medan untuk seseorang itu mengenali dirinya serta dunia sebenar.

"Memang saya jatuh cinta (dengan teater). Di sini saya dapat meneroka dunia yang berbeza dan nyata. InsyaAllah, saya melihatnya sebagai satu medan yang baik untuk kita sedarkan diri kita.

"Sebelum ini sebagai seorang penyanyi, hidup saya mewah tetapi seperti yang kita dengar ketika sidang media tadi, sukar bagi produksi teater untuk mencari penaja. Di dalam teater juga, kita harus lepaskan ego kita, diri kita dan kesemuanya, dan tumpukan pada latihan."

Tambahnya, sepertimana penonton dipersembahkan kepada satu sisi Misha Omar yang tidak pernah mereka jangkakan di dalam 'Gamat', begitulah yang diharapkan Misha untuk wataknya sebagai Dara.

"Di dalam 'Muzikal Uda dan Dara', mereka tidak akan nampak 'brand' Misha Omar. Jika penonton setia teater boleh menerima Vanidah Imran, Umie Aida dan Maya Karin, saya ingin buktikan yang mereka juga boleh terima saya. Saya tidak hanya mempunyai satu sisi saja tetapi banyak cabang.

"Saya ingin menjadi seorang seniman. Baik buruk saya, saya tunjukkan. Dalam lapan tahun penglibatan saya di dalam bidang hiburan, saya tak pernah sembunyikan siapa diri saya yang sebenarnya," ujarnya.

*GUA.COM

Misha menggeletar apabila dipeluk, mata ditenung oleh Uda




KALI pertama berlatih bersama Razali Hussein untuk teater muzikal Uda dan Dara, Misha Omar yang memainkan watak Dara berkata, ada getar di pipinya. Dia kaku, seram dan takut melihat renungan nakal si Uda dan malu apabila tubuh kecilnya didakap penuh mesra.

Setiap kali Razali cuba mendakapnya, Misha mengelak. Apabila Razali merenung tajam ke matanya, Misha mengalih pandangan ke objek lain hingga mengundang teguran pengarah Datuk Rahim Razali. Puas Misha melawan rasa malu, namun gagal.

Dia hampir jadi ‘gila’ gara-gara Dara. Apa tidaknya, Dara yang digambarkan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr Usman Awang, sebagai seorang wanita yang lemah lembut, baik pada perlakuan mahupun tutur katanya.

“Sifat itu jauh beza dengan diri saya. Saya ni keras dan selamba saja orangnya,” kata Misha.

Tertekan kerana berasakan dia sudah mengecewakan orang lain, terdetik di hati kecilnya kekesalan menerima tawaran itu. Bagaimanapun, Misha tidak mahu cepat beralah. Kesungguhan Razali dijadikan motivasi kepada dirinya. Dua minggu menjalani latihan sebelum pementasan bermula pada 10 Julai depan, Misha berkata, roh Dara kini sudah pun meresap dalam dirinya.

“Air mata saya sudah pun tumpah kerana tertekan dengan Dara, hingga saya bertanya kepada diri sendiri adakah saya sudah tersilap tempat. Saya menerima tawaran menjadi Dara kerana minat mahu mencuba, tetapi tak pernah terlintas di fikiran yang ia akan sesukar begini. Saya fikirkan cabaran untuk muzikal ini tidaklah susah mana, sekadar lakonan biasa saja.
“Pada sesi latihan, barulah saya tahu betapa besarnya cabaran membawakan watak Dara. Lenggok percakapan perlu lembut, bukan macam gaya pertuturan kita sehari-hari. Selain kena belajar cara orang dulu-dulu bercakap, saya juga kena belajar lenggok tari dan menghafal lagu baru setiap hari.

“Selain itu, sikap dedikasi Razali juga membuatkan saya menggelabah. Pada minggu pertama latihan, dia bukan saja sudah menghafal ke skrip. Tapi Razali turut menghafal skrip saya. Kesungguhannya itu memberi motivasi kepada saya.

“Setiap kali bertemu, kami juga tak pernah bercakap seperti biasa, tetapi kami bercakap sebagai Uda dan Dara. Kami sengaja berbual begitu kerana kami mahu mendapatkan ‘feel’ watak yang kami bawakan,” katanya lagi.

Menjadi Dara juga menuntut komitmen yang lebih daripada Misha. Sejak sibuk dengan latihan, masa untuk anaknya Adam juga amat terbatas. Selalunya latihan akan berlarutan hingga ke pagi, setiap kali pulang ke rumah, anaknya Adam sudah tidur. Katanya, memang terdetik rasa simpati pada si kecil itu tetapi buat seketika, dia terpaksa berkorban demi muzikal Uda dan Dara.

Katanya lagi, buat seketika dia tidak boleh terlalu memikirkan mengenai Adam, bimbang ‘roh’ Dara dalam dirinya boleh pudar. Malah, dia juga terpaksa memandu sendirian ke sesi latihan tanpa ditemani kakaknya, Mimi kerana tidak mahu tumpuannya terganggu.

Bagi Razali Hussein yang mendapat kepercayaan Datuk Rahim untuk membawakan watak Uda, mengakui bertuah diberi peluang membintangi teater muzikal yang menjadi sebutan ramai. Tidak berharap Uda akan melonjakkan popularitinya kerana apa yang diharapkan anak muda ini hanyalah kerana keinginan untuk mencuba.

Katanya, dia tidak berasa gementar seperti Misha dan memahami wanita itu mempunyai banyak komitmen. Sementara fokusnya pula hanya tertumpu kepada muzikal Uda dan Dara saja. Justeru, dia mempunyai lebih banyak masa jika dibandingkan dengan Misha.

Razali berkata, dia akan sentiasa melunaskan semua tanggungjawab diberikan dengan cepat kerana tidak gemar melengah-lengahkan kerja. Sebaik saja menerima skrip, dia terus saja mentelaah.

“Saya lihat tindakan ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada Misha. Dia juga lebih gigih berusaha selepas berlatih bersama-sama,” kata Razali yang mengalami kecederaan pada kaki dan tangan akibat perlu mempelajari ilmu persilatan.

Jelas Razali, mungkin ada yang berpendapat betapa bangganya dia kerana diberi peluang memainkan peranan yang bakal menjadi tumpuan. Tetapi bagi jejaka yang dilahirkan daripada program Audition ini, perasaan yang dirasakan lebih kepada rasa tanggungjawab.

“Harapan orang tinggi, jadi saya perlu memberikan sebuah persembahan yang terbaik. Perasaan bimbang saya sebenarnya lebih mengatasi perasaan seronok di pilih sebagai Uda,” katanya yang bakal mendendangkan tiga lagu secara duet bersama Misha dan sebuah lagu solo.

*BERITA HARIAN

Rabu, 7 Julai 2010

Misha temui cinta si Uda


LENGGOK bahasa tubuh diatur sopan, butir bicaranya juga penuh kelembutan. Itu sudah jelas memaparkan ciri-ciri ketimuran seorang gadis Melayu yang ada pada Dara hingga mampu meruntun hati mana-mana jejaka.

Sungguhpun begitu, hati si Dara bukanlah mudah dirampas sebarangan lelaki kerana kasih dan cintanya hanya pada sang kekasih, si tampan bergelar Uda.

Menyelami peranan sebagai Dara rupanya sukar ditelan oleh pemilik nama Misha Omar yang terpilih membawakan watak dambaan ramai pelakon teater itu.

Masakan tidak, membawakan watak yang lahirnya dari sebuah naskah agung karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang pastinya mencetuskan emosi gementar bukan sahaja terhadap dirinya tetapi semua tenaga produksi yang terlibat.

Setelah penat berteka-teki mengenai watak Uda, Misha kini boleh menarik nafas lega apabila teruna yang bakal ditemukan menjadi kekasih hatinya menerusi pementasan teater muzikal itu adalah Razali Hussain, 34.

Bercerita mengenai penantian Dara sebelum ditemukan dengan ‘Udanya’, Misha mengakui dia mengalami kesukaran dari aspek latihan.

Ini kerana, untuk mendapatkan momentum yang baik dalam menjiwai dan menghidupkan suasana romantis, dia dan ‘kekasihnya’ itu perlu disatukan.

“Tuntutan watak ini bagi saya amat berat lebih-lebih lagi apabila produksi masih belum menemui calon tepat untuk watak Uda. Misha terpaksa berlatih sendiri selain dibantu tenaga produksi yang lain.

“Namun selepas pengarah teater, Datuk Rahim Razali mengumumkan pemilihan Razali sebagai Uda, saya terima dengan hati yang terbuka.

“Pun begitu, saya terpaksa mengaku, untuk minggu pertama penglibatan Razali semasa sesi latihan, saya banyak menyusahkan dia terutama saat latihan menyulam rasa cinta antara Uda dan Dara itu sendiri,” katanya.

Sambil menyifatkan dirinya masih baru dalam dunia pementasan teater, Misha yang tidak lokek dengan senyuman turut berkongsi ‘penderitaannya’ ketika menggalas tanggungjawab menjadi Dara mengikut perspektif Rahim Razali.

Kata wanita berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang ini, selain bertungkus-lumus menghafal dialog, menyanyi dan menari, aspek penghayatan merupakan bahagian yang paling sukar dilakukan.

“Sesuatu yang aneh apabila kita terpaksa menjadi orang lain meskipun seketika. Seolah-olah saya meminjamkan jasad ini untuk Dara. Saya harus pastikan cara berjalan, bercakap, berlari, lenggok tubuh pendek kata semuanya perlu menepati ciri-ciri kelembutan seorang wanita.

“Semua ini bertentangan dengan sifat sebenar saya yang agak kasar. Sehinggakan Jatuh cinta? Ya.. Saya memang harus jatuh cinta dengannya dan getarnya juga dapat dirasakan. Tetapi sebagai Dara bukannya sebagai Misha Omar. pernah satu ketika saya hampir putus asa dan berkata ‘Aku tidak patut berada di sini’. Menangis? Ya.. pernah juga tertumpah air mata ini demi Dara.

“Tetapi, semua itu saya terima sebagai satu cabaran kerana saya yang memilih tugas ini. Jadi saya perlu teruskan sehingga ke akhirnya,” katanya komited.

Pernah menjayakan watak ketua ikan buntal dalam pementasan teater Muzikal Gamat bersama Amy Mastura pada Mac lalu, Misha ternyata semakin bijak membiasakan diri dengan dunia teater meskipun sedar masih banyak yang harus diterokainya.

Getar cinta Razali

Berbicara mengenai Razali, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini sempat tersipu malu tatkala diasak pertanyaan jika dia dan Razali ditakdirkan bercinta sementelah sentiasa ‘berkepit’ demi menjayakan teater ini.

Ketampanan yang dimiliki oleh pemuda kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu memang diperakui oleh Misha. Bahkan tanpa segan silu, dia turut mengaku dapat merasai getaran ‘cinta’ saat menatap wajah Razali.

“Jatuh cinta? Ya..Saya memang harus jatuh cinta dengannya dan getarnya juga dapat dirasakan. Tetapi sebagai Dara bukannya sebagai Misha Omar.

“Pun begitu, timbul juga kerisauan di hati jika ia benar-benar terjadi. Tetapi rasanya emosi masih lagi dalam keadaan terkawal dan minda saya hanya difokuskan untuk watak ini, ”katanya.

Jelas ibu angkat kepada Muhammad Adam Emie, 4, ini lagi, dalam soal kerja, Razali dinilai sebagai seorang yang sangat berdedikasi. Malah, pemuda itu juga banyak membantunya dari segi mutu lakonan.

Uda & Dara naskah indah

Tegas menolak andaian kolot sesetengah pihak yang mendakwa karya Usman Awang ini sebagai sesuatu yang membosankan, Misha menyimpulkan Uda & Dara sebagai sebuah naskah yang indah untuk ditonton.

Katanya, walaupun sudah dipentaskan sejak 38 tahun lalu, naskah ini masih berbalut segar dengan keindahan secara holistik.

“Siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa naskah ini sarat dengan jati diri Melayu yang sangat tebal. Pada Misha, baik dari segi gambaran fantasi, bahasa, budaya, semua mengandungi keindahannya yang tersendiri,” jelasnya.

Muzikal Uda & Dara akan dipentaskan di Istana Budaya pada 10 hingga 20 Julai ini dengan dibarisi bintang-bintang ternama seperti Umi Kalsom (ibu Uda), Rosdeen Suboh (Uteh), Radhi Khalid (Pak Long) dan Mazlan Tahir (Alang Bakhil).

Orang ramai yang berminat untuk menonton dan membuat tempahan tiket boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.tiket2u.biz atau 03-41498600.

Tiket dijual pada harga RM35, RM70, RM105, RM140, RM170 dan RM190.

Zally cinta Dara

NAMA Razali Hussein (Zally) belum sebesar mana walaupun sering tampil dengan watak yang hidup, baik untuk drama televisyen mahupun layar perak.

Malah karier nyanyiannya pun belum boleh diangkat gagah untuk diletakkan sebaris mereka yang popular atau punya tumpuan publisiti. Sebaliknya lelaki ini mencatur perjalanan kerjayanya dengan cara tersendiri.


Pun begitu, serpihan kontroversi pernah dilaluinya tetapi Zally tahu menanganinya supaya tidak berpanjangan.


Enggan mengulas lanjut perihal kontroversi, Zally lebih selesa bercerita mengenai peranannya sebagai Uda dalam teater pertama yang menampilkan dirinya sebagai watak utama.


Malah penampilannya di pentas Istana Budaya bukan kali pertama berikutan pernah beraksi dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang edisi pertama sebelum ini dengan membawa watak utusan Majapahit.


Lebih menarik, Zally bukan saja bercinta dengan ‘Dara’ di dalam pementasan itu, malah ada desas-desus mengatakan cinta ‘Uda’ juga berputik hingga keintimannya dengan Misha Omar sebagai pelaku Dara juga dilihat hingga ke luar lokasi.


“Sebagai Uda, saya perlu bercinta dengan Dara, itu saja. Bertanya khabar selepas latihan dan lepak minum bersama adalah perkara biasa kerana masing-masing perlu mengenali hati budi pasangan mereka,” katanya sambil ketawa.


Zally mengakui sifatnya yang suka mengambil berat dan rasa tanggungjawab terhadap rakan pelakon mungkin disalah anggap seolah-olah mereka dilihat benar-benar bercinta.


Katanya, jika latihan teater habis lewat, dia memastikan ‘Dara’ selamat tiba di rumah dengan menghubungi Misha melalui pesanan SMS atau telefon.


Dengan tarikh pementasan yang semakin hampir, Zally dan Misha kini semakin sibuk ‘bersama’ untuk memastikan hubungan antara Uda dan Dara terjalin lebih selesa.


Teruja dengan peluang diberi, juara program realiti Audition musim kedua ini berjanji akan memberi persembahan terbaik dengan sokongan rakan produksi lain walaupun sedar dengan masalah penerbit untuk mendapatkan tajaan membiayai pementasan bernilai RM1.5 juta itu.

Pementasan teater yang diarahkan pengarah prolifik yang juga mantan pelakon asal Teater Uda dan Dara, Datuk Rahim Razali ini akan menemui peminat teater tempatan bermula 10 hingga 20 Julai depan.


Selepas kali pertama dipentaskan pada 1972, Zally akui ia tanggungjawab berat yang perlu dipikul demi memastikan teater ini mampu melakar sejarah baru dalam mementaskan naskhah ulung Sasterawan Negara itu.


Selain Zally dan Misha, teater ini menampilkan Radhi Khalid, Betty Benafe, Umi Kalsom, Mazlan Tahir dan Aris Kadir.


Tiket RM35 hingga RM190 kini boleh didapati di kaunter jualan tiket2u atau layari laman web www.ticket2u.biz atau hubungi terus talian hotline 03-4149 8600.


*Harian Metro

Jumaat, 18 Jun 2010

Dengarnya: Sehati Sejiwa semakin hambar

BARU-baru ini Cik Normah menonton program Sehati Sejiwa di TV1 yang menampilkan pasangan Sasha Saidin dan suami Salyo Priyanto Notosoemarsono. Program itu dibuat untuk berkongsi cerita bagaimana setiap pasangan itu boleh sealiran dan bersefahaman dalam kebanyakan perkara demi kebahagiaan bersama. Cik Normah sebenarnya menonton program ini secara kebetulan saja. Sebelum ini, adalah sekali dua tengok rancangan Sehati Sejiwa ini. Maklumlah kebanyakan program RTM ini selalu saja berubah-ubah dengan sesuka hati dan sekelip mata. Itu sebab penonton pun cepat keliru dan bingung kerana tarikh dan waktu program yang cepat sangat ditukar oleh RTM.

Ada program yang sudah elok dan penonton sudah selesa pada tarikh dan waktu siarannya, ada saja pegawai RTM yang mula terfikir untuk ditukar pada waktu lain pula. Maka program itu pun dilupakan penonton.

Dalam program Sehati Sejiwa ini yang dikendalikan oleh Misha Omar sebagai pengacara, Cik Normah rasa macam hambar saja. Ada kawan Cik Normah yang kebetulan menonton program ini secara tak sengaja, pernah bertanya kenapa tetamu yang diundang adalah dari kalangan artis saja? Program Sehati Sejiwa ini sebenarnya bercorak hiburan atau kekeluargaan? Entahlah. Cik Normah memang tak ambil peduli pun dengan program ini. Tapi betul juga pandangan kawan Cik Normah itu. Bukan sahaja artis yang boleh hidup sehati sejiwa, tetapi dikalangan orang biasa macam ahli sukan, personaliti TV dan mungkin juga beberapa orang selebriti popular tetapi bukan dari kalangan artis, rasanya boleh diundang untuk menjadi tetamu program ini. Dan, bagi Cik Normah, program Sehati Sejiwa ini sepatutnya mengundang mereka yang sudah lama hidup bersama, sekurang-kurangnya 10 atau 15 tahun. Baru menarik ceritanya. Barulah orang hendak tahu rahsia dan petua mereka mengekalkan kebahagiaan hidup bersama selama lebih satu dekad. Kalau setakat baru dua tiga tahun mendirikan rumah tangga, bagi Cik Normah tiada apa yang menarik sangat pun. Orang kata cabarannya belum kuat berbanding mereka yang sudah berkahwin lebih 10 tahun.

*BERITA HARIAN

Uda dan Dara

APABILA bercakap mengenai kisah percintaan yang asyik mahsyuk sehingga sanggup berkorban nyawa pasti kita akan teringatkan cerita Laila dengan Majnunnya, Shah Jahan dengan Mumtaz Mahal, Romeo dan Juliet serta Uda dan Dara. Sang kekasih sanggup berganti nyawa asalkan si buah hati selamat dan bahagia. Oleh kerana cinta yang terus membara walaupun selepas Mumtaz meninggal dunia, Shah Jahan sanggup membina makam yang begitu indah dinamakan Taj Mahal. Disebabkan cinta yang terlalu mendalam, Romeo dan Juliet sanggup minum racun asalkan dapat mati bersama. Uda dan dara pula mengisahkan seorang anak petani iaitu Uda yang dilamun cinta dengan gadis berada bernama Dara. Namun, cinta mereka terhalang kerana masalah dua darjat. Untuk menghayati semula kisah dua jiwa yang sengsara itu, naskhah itu akan dipentaskan semula di Panggung Sari, Istana Budaya, mulai 10 hingga 20 Julai ini.

Naskhah teater muzikal itu karya ulung yang dihasilkan Sasterawan Negara, Datuk Dr Usman Awang pada 1972. Ia juga adalah karya muzikal pertama dipentaskan di negara ini pada waktu itu. Kini, selepas 38 tahun teater itu dipentaskan, sekali lagi Uda dan Dara akan berkongsi suka duka mereka dengan penonton apabila ia dipersembahkan semula di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), mulai 10 hingga 20 Julai ini.

Pementasan kali ini akan ditangani pengarah prolifik dan berpengalaman, Datuk Rahim Razali. Watak Uda akan dibawakan Razali Hussain dan Dara pula dipegang Misha Omar.
Razali yang datang ke Balai Berita, kelmarin, menyuarakan perasaannya yang gembira dan terharu kerana diberi tanggungjawab besar itu. Dapat pula berlakon dengan Misha, diibaratkannya seperti bulan jatuh ke riba.

“Bulan lalu baru saja berlakon dalam pementasan Teater Muzikal Teratak Minang, namun ia bukanlah watak utama. Namun begitu, ia satu pengalaman yang amat menarik kerana ia dipentaskan di IB. Bagaimanapun, peluang melakonkan Uda membuatkan saya lebih teruja kerana ia adalah teraju utama. “Pembabitan saya dalam teater ini bermula apabila Datuk Rahim menyebut nama saya kepada produser pementasan ini. Alhamdulillah, cadangan Datuk Rahim untuk mengambil saya pegang watak Uda diterima. Bagaimanapun, saya tetap perlu menjalani uji bakat untuk memuaskan hati semua pihak.

“Watak Uda menjadi idaman ramai pelakon dan tentu sekali saya gembira menggalas tanggungjawab ini. Watak itu sangat menguji kemampuan saya kerana sebagai Uda, saya perlu berlakon, menari, menyanyi dan bersilat. “Dalam kisah Uda dan Dara, Uda berusia 21 tahun manakala Dara pula 17 tahun. Jadi terpaksalah saya dan Misha sesuaikan diri untuk menjadi remaja yang baru mengenal erti cinta. Kini, semua pelakon yang terbabit dalam pementasan ini sedang menjalani latihan dan nampaknya untuk mewujudian keserasian saya dengan Misha, saya sedang belajar untuk mencintainya,” katanya.

Jelas Razali, tiada masalah baginya berlakon dengan Misha yang lebih senior dan popular berbanding dirinya kerana Misha senang diajak berbincang.
“Kami bekerja secara profesional. Jadi jika sifat itu dalam diri kita, tiada masalah untuk bekerja dengan siapa pun. Memanglah kedudukan Misha dalam persada seni tanah air sudah setaraf diva namun dia mudah memberikan kerjasama. “Apa yang penting, kami berdua akan menghidupkan watak itu dengan sebaik mungkin kerana ia bukan calang-calang naskhah. Ia karya Datuk Usman yang sangat kita hormati ketokohannya dalam bidang penulisan.
“Pementasan ini juga dibawakan syarikat diasaskan beliau sendiri ( (UA Enterprises Sdn Bhd) yang kini diteruskan perjuangannya oleh anaknya, Haslina, selepas beliau kembali ke rahmatullah pada November, 2001. Waktu hayatnya masih ada, Datuk Usman juga dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant,” katanya.

Muzikal terulung ini turut dilakonkan Betty Banafe (Ibu Dara), Mazlan Tahir (Alang Bakhil) dan Radhi Khalid (Pak Long). Untuk tempahan tiket, layari laman web, www.ticket2u.biz.

*HARIAN METRO

Jumaat, 28 Mei 2010

Sembilan lagu bersaing

SEMBILAN lagu bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir musim ke-7 yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 30 Mei ini bermula daripada jam 8.30 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV2 serta saluran ASTRO 180 Muzik Aktif.

Lagu itu ialah Rawan ciptaan Hazami dan lirik juga Hazami, dinyanyikan Azharina Azhar, Cinta Adam dan Hawa (Azmeer/Loloq, penyanyi: Misha Omar), Cinta Gila (EJL GSM & Yatt/Ejal GSM, penyanyi: Grey Sky Morning), Tak Mungkin Kerna Sayang (Ajai/Habsah Hassan, penyanyi: Alyah) dan Rindu Terhenti (Aubrey Suwito/Tintas, penyanyi: Tomok).

Lagu lain Bencinta (Audi Mok/Audi Mok & Faizal Tahir, penyanyi: Faizal Tahir), Pakai Buang (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim, penyanyi: Stacy), Khatimah Cinta (6ixth Sense, penyanyi: Sixth Sense) dan Menggegar Dunia (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim, penyanyi: Stacy & Adam).

Pas percuma untuk menyaksikan acara muzik ini boleh didapati di Balai Pengawal RTM Angkasapuri selain turut diedarkan di kaunter tiket di Sunway Lagoon.

Selain sembilan finalis yang bertanding, beberapa artis jemputan yang turut menghiburkan penonton pada antaranya Siti Sarah, Nubhan, One Nation Emcees, Kumpulan Kristal dan Kumpulan Aisunam.

Pertaruhan ini menyediakan Anugerah Lagu Terbaik selain Anugerah Lagu Tempat Kedua, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS dengan jumlah wang kemenangan keseluruhannya mencecah RM 100,000.
Saluran radio MUZIKfm yang bertindak selaku Saluran Radio Rasmi Gah 1akan berlintas langsung di sepanjang malam bersejarah itu secara terus menerus dari Sunway Lagoon.

Ketiga-tiga saluran media rasmi Gah 1 ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama berkongsi kemeriahan acara malam kemuncak tersebut yang bermula seawal jam 7.30 malam.

Bingkisan yang akan dipaparkan bermula dengan Acara Karpet Jingga pada 7.30 malam di saluran ASTRO 180 Muzik Aktif dan berakhir dengan pengumuman pemenang bagi empat kategori yang habuannya hampir mencecah RM100 ribu ringgit. Empat kategori tersebut adalah Lagu Terbaik Gah 1, Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

Menyorot kenangan enam musim Hits1 yang lalu, pada tahun pertama menyaksikan penyanyi Misha Omar dengan lagu Pulangkan ciptaan Ajai dan lirik gabungan Habsah Hassan dan Shuhaimi Baba berjaya mengaut Anugerah Lagu Terbaik. Penyampaian Misha dengan gaya tersendiri membawakan Pulangkan ketika itu sememangnya layak mendapat gelaran Lagu Terbaik pada musim pertama itu.

Pada musim kedua, Jaclyn Victor berjaya memikat juri profesional dengan vokal mantap menerusi lagu penuh bersemangat berjudul Gemilang. Lagu ciptaan Aubrey Suwito dan sentuhan liriknya Asmin Mudin menambahkan lagi mata untuk memberi kemenangan kepada lagu berjiwa besar di acara muzik terbesar anjuran RTM itu.

Gandingan suara Yazer dan Hazama yang mewakili M.Nasir dan protegenya Mawi menerusi Lagu Jiwa Lagu Cinta berjaya mengangkatnya sebagai Lagu Terbaik pada tahun 2006. Lagu itu adalah ciptaan M Nasir dengan lirik karya Rosli Khamis atau Loloq. Vokal rock kedua-dua penyanyi muda ini menarik hati juri dan penonton untuk membawa pulang hadiah Lagu Paling Popular Pilihan SMS Penonton.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa iaitu Adibah Nor yang juga bertindak sebagai penulis lirik berjaya dipilih sebagai Lagu Terbaik pada tahun 2007. Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan turut dipilih sebagai Persembahan Terbaik pada musim itu.

Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan berjudul Ketentuan yang liriknya ditulis oleh Ad Samad serta dinyanyikan Ramlah Ram dianugerahkan Lagu Terbaik pada tahun 2008.

Hadirnya gagasan muzik Indie turut memberi kesan kepada rancangan Hits 1 apabila Meet Uncle Hussain menggondol dua anugerah pada Malam Kemuncak Hits 1 pada tahun 2009. Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass dan Lan turut memikat hati juri untuk terpilih sebagai Persembahan Terbaik.

Tiket percuma ke Malam Kemuncak Gah 1 Akhir boleh didapati di di balai pengawal RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur atau di kaunter tiket Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

INFO: Senarai lagu yang bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1

1. Lagu: Rawan - Penyanyi: Azharina Azhar, Komposer: Hazami, Lirik: Hazami
2. Lagu: Cinta Adam dan Hawa - Penyanyi: Misha Omar, Komposer: Azmeer, Lirik: Loloq
3. Lagu: Cinta Gila - Penyanyi: Grey Sky Morning, Komposer: Ejal GSM & Yatt, Lirik: Ejal GSM
4. Lagu: Tak Mungkin Kerna Sayang - Penyanyi: Alyah, Komposer: Ajai, Lirik: Habsah Hassan
5. Lagu: Rindu Terhenti - Penyanyi : Tomok, Komposer: Aubrey Suwito, Lirik : Tintas
6. Lagu: Bencinta - Penyanyi: Faizal Tahir, Komposer: Audi Mok, Lirik: Audi Mok & Faizal Tahir
7. Lagu: Pakai Buang - Penyanyi: Stacy, Komposer: Edry Abdul Halim, Lirik : Edry Abdul Halim
8. Lagu: Khatimah Cinta - Penyanyi: Sixth Sense, komposer: 6ixth Sense, Lirik: 6ixth Sense
9. Lagu: Menggegar Dunia - Penyanyi: Stacy & Adam, komposer: Edry Abdul Halim, Lirik: Edry Abdul Halim.

*BERITA HARIAN

Ahad, 23 Mei 2010

Sedia tanggal pendakap gigi

KEJELITAAN dan sifat kemelayuan yang dimiliki Misha membuatkan dia layak memegang watak Dara. Gambar kecil, Rahim Razali.
KEJELITAAN dan sifat kemelayuan yang dimiliki Misha membuatkan dia layak memegang watak Dara. Gambar kecil, Rahim Razali.


LAGU keroncong Sayang Di Sayang yang pernah dipopularkan Kartina Dahari nyata membawa tuah kepada Misha apabila dipilih untuk membawakan watak, Dara.

“Sewaktu sesi uji bakat, saya memang gementar. Apabila disuruh menyanyi, saya membawakan lagu Sayang Di Sayang. Kemudian, saya diminta menari, satu aspek yang memang tak pandai. Tiba bab berlakon, saya secara spontan berkata yang saya perlukan pasangan untuk menghidupkan watak itu. Tak sangka pula Datuk Rahim sendiri yang datang dan menjadi Uda ketika sesi uji bakat itu.

“Dalam masa seminggu, saya dihubungi pihak produksi dan mereka memberitahu yang saya dapat watak itu,” katanya.

Menurutnya, dia sanggup menanggalkan pendakap gigi yang dipakainya sejak empat tahun lalu demi wanita bernama Dara.

“Pengarah meletakkan syarat itu kepada saya. Sepatutnya saya hanya boleh menanggalkan pendakap gigi itu tahun depan. Untuk menanggalkan lebih awal dari yang ditetapkan, saya sebenarnya menanggung risiko.

“Tapi tak apalah, demi watak Dara dan juga peluang untuk berlakon di bawah arahan Datuk Rahim, saya sanggup berdepan dengan semua itu,” kata penyanyi ini.
Misha memberitahu, dia perlu melakonkan satu karakter yang amat bertentangan dengan dirinya yang sebenar.

“Saya kena ada ciri-ciri gadis Melayu yang sopan santun dan kelembutan. Susah juga saya ini agak kasar orangnya. Tapi saya akan beri yang terbaik,” jelas Misha.

*BERITA HARIAN

TEATER UDA DAN DARA

Kalau ada yang mengatakan kisah Uda dan Dara sudah ketinggalan, sila betulkan persepsi itu kerana hakikatnya, ia masih lagi relevan sehingga ke hari ini.

Konvensional atau tidak, ia bukan satu masalah kerana itulah keunikan Uda dan Dara yang barangkali tidak terdapat dalam mana-mana kisah cinta pasangan yang lain.

Justeru, menyedari cinta Uda dan Dara masih lagi mekar dan membara dalam jiwa orang Melayu hari ini, sekali lagi kisah cinta agung itu akan dipentaskan.

Kali ini, bukan di pentas kecil seperti mana di awal kemunculannya hampir empat dekad lalu tetapi kisah Uda dan Dara akan dihidupkan kembali di pentas bertaraf dunia, Istana Budaya (IB).

Bakal dipentaskan selama 11 hari berturut-turut bermula 10 Julai ini, pastinya kisah Uda dan Dara yang diterbitkan dalam bentuk teater muzikal kali ini mampu menarik perhatian penonton untuk menontonnya.

Sewaktu mula dicanangkan Uda dan Dara akan dipentaskan kembali, ramai yang mula bertanya-tanya siapakah yang akan memegang watak pasangan itu.

Sesudah Misha terpilih, masalah yang timbul kini, siapakah aktor yang layak untuk bermain watak Uda?


*UTUSAN

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Selamat hari ibu diucapkan kepada Misha Omar, Mimie Omar dan semua insan yang bergelar ibu.

Semoga hidup kalian akan sentiasa diberkati..

Pengorbanan yang kalian lakukan tidak akan mampu dibalas..

Wajah seorang ibu adalah ketenangan hati..

Kedukaan seorang ibu adalah kegusaran jiwa..

Moga senyuman akan sentiasa terukir di wajah kalian..

Kerana ia keindahan dunia..

Moga terhapus air mata yang membasahi raut kalian..

Kerana kalian tak layak untuk dilukai..

Kepada insan yang bergelar anak..

Ucapan rasa kasih dan cinta kalian kepada ibu kalian..

Sebelum kalian kehilangannya..

Kepada yang telah kehilangan..

Doakan kesejahteraan ibu kalian..

Pahatkan wajah dan kasih ibu di dalam hati.

Buat selamanya..


P/S : Dedikasikan lagu ‘Kekasihku’ dari Azzam idola kecil untuk semua ibu..


8 Mei 2010/ 6.55pm

SARIMAH IEMAH aka DARKBLEEDING

ima_staz@yahoo.com.my

www.darkbleeding.blogspot.com

www.mishaomarlover.blogspot.com

Ahad, 21 Mac 2010

Misha benarkan anak berlakon

Lumrah bagi seorang ibu, tidak sah jika mereka tidak mengaitkan anak-anak dalam apa saja perbualan mereka.

Kalau Ziana dengan perihal empat anaknya, Misha Omar yang masih bujang juga ada cerita mengenai anaknya.

Seperti yang semua orang sedia maklum, Misha yang memiliki seorang anak angkat turut tidak ketinggalan teruja untuk menjayakan pementasan muzikal Gamat ini.

Bagi Misha atau nama sebenarnya Samiha Omar, dia sudah tidak sabar-sabar untuk menjayakan watak Ketua Buntal.

Pada masa yang sama, Misha juga bercadang untuk cuba membawa anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang berusia empat tahun untuk berlakon sama.

"Pihak penerbit ada menawarkan anak saya, untuk turut sama berlakon dalam teater ini. Saya tidak akan menghalang jika anak saya berminat untuk turut sama.

"Lagipun Adam agak aktif di taska dan sering terlibat dengan persembahan pentas ketika di taska," kata si dara kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini lagi.

Menurut penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini, apa yang membuatkan dia tertarik untuk menyertai teater ini ialah membantu menyalurkan mesej kepada khalayak.

Muzikal Gamat disifatkannya mempunyai mesej yang berguna dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

*UTUSAN

Misha & Ziana Gamat 2


Sekalung tahniah harus diberikan kepada Misha Omar dan Ziana Zain yang memegang watak sebagai Ketua Ikan Buntal serta Ketua Obor-Obor kerana lakonan bersahaja mereka telah mengundang hilai tawa penonton di dalam dewan.

Watak Ketua Ikan Buntal di tangan Misha amat menjadi sekali dan kelucuan itu timbul apabila Misha menggunakan dialek Kelantan sepanjang pementasan teater.

Biarpun pertama kali berlakon teater, Misha membuktikan dia mampu untuk terus bergelar seorang pelakon teater.

Begitu juga dengan Ziana yang hadir dengan karakter tersendiri sebagai watak antagonis dan berjaya mencuri tumpuan audiens pada malam tersebut.

Bagi mereka yang mahu menonton Gamat 2, tiket-tiket berharga RM22 dan RM50 masih lagi dijual.

Khusus bagi mereka yang membeli tiket RM50, anda berpeluang untuk mendapat buku cenderamata dan bertemu serta menikmati jamuan ringan bersama pelakon Gamat 2.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket, boleh menghubungi talian 03-6186 6592 / 012-297 7220 / 017-871 6060 / 03-5569 5569 atau melayari laman web rasmi, muzikalgamat.blogspot.com

*UTUSAN

Muzikal Gamat uji kemampuan Misha



Bagi penyanyi Misha Omar yang membawakan watak Ketua Buntal pula, dia menganggap Muzikal Gamat ini sebagai pemanas badan sebelum beraksi dalam teater Uda dan Dara yang akan dipentaskan di Istana Budaya pertengahan tahun ini.

Jelasnya sebelum ini dia sedikit kaget apabila menerima tawaran berlakon teater memandangkan cabaran yang bukan sedikit yang bakal dihadapinya nanti.

“Berlakon filem dan berlakon teater itu banyak bezanya. Kalau berlakon filem kita boleh ‘cut’ dan sambung balik. Tapi berlakon teater semuanya kena sempurna.

“Segala kesalahan dan cacat cela orang nampak. Saya masih belum bersedia sebelum ini. Tapi dengan adanya Muzikal Gamat ini saya mahu menjadikannya batu loncatan untuk saya lebih maju dalam bidang teater.

“Kalau nak dikira perasaan takut memang saya takut untuk berhadapan dengannya. Tapi sampai bila saya mahu bersikap begitu?

“Bila mula berlatih dengan semua pelakon, saya rasa diri saya sangat teruk. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari terutamanya aspek lakonan.

“Kadangkala rasa malu sendiri apabila kanak-kanak tersebut lebih pandai berlakon dari saya. Ini cabaran yang saya perlu hadapi. Saya juga tak mahu memperlihatkan kekurangan yang ada pada diri saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Zaifri Hussin selaku pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya. Dia sentiasa sabar melayan kerenah saya selama menjalani latihan,” katanya.

Peminat-peminat yang ingin menyaksikan Muzikal Gamat boleh datang ke Pusat Pelancongan Malaysia (Mtc), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dapatkan tiket-tiket berharga RM50 dan RM22 dengan melayari www.muzikalgamat.blogspot.com atau hubungi 03-6186 6592 atau 012-297 7220 untuk maklumat lanjut.

*UTUSAN

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin