Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Isnin, 24 Ogos 2009

Gambar lama

Masa tengah sibuk melayari internet, saya ada terjumpa gambar-gambar lama artis pujaan hati saya ini..Siapa lagi kalau bukan Misha Omar..Gambar beliau diawal kemunculannya dalam dunia seni suara nie..So saya abadikan sedikit gambar beliau dalam blog nie sebagai kenangan dan tatapan anda semua..Teruskan menyokong Misha dalam apa jua bidang yang beliau ceburi..pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapakn Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada anda semua dan juga Misha Omar sekeluarga..Puasa jangan tak puasa ok..(^_^)

Pengacara mana fitnah Misha & Mimie?

PETIKAN DARIPADA MINGGUAN (23/08/09)

PETANG Rabu lepas kebetulan Niezam terbuka laman sembang Facebook dan terbaca keluhan Mimie, kakak kepada penyanyi Misha Omar. Dalam ruangan komen status itu Mime menegur seorang artis supaya jangan membuat fitnah terhadap dia dan juga adiknya itu.

Pagi Khamis lalu ada orang sampaikan cerita sebenar kepada Niezam.

Kata sumber itu, memang elok pun kalau Mimie nak naik angin terhadap pengacara tersebut kerana tergamak melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan mereka dua beradik. Masa dia orang ada tak berani nak buka mulut bila dia orang dah “blah”, terus dia mengomel macam-macam.

Kisahnya macam ni! Dalam satu rakaman sebuah rancangan televisyen, Misha diundang sebagai tetamu bagi menjayakan rancangan itu.

Artis wanita yang dimaksudkan adalah pengacara rancangan berkenaan.

Misha dan Mimie sampai ke studio pada waktu yang ditetapkan tetapi mereka tidak boleh nak tunggu lama. Selepas rakaman selesai mereka mendapatkan izin daripada penerbit untuk beredar kerana ada urusan lain yang perlu dihabiskan. Penerbit pula tak ada masalah dan bagi kebenaran.

Sedihnya selepas dia orang angkat beg, pengacara ni macam tak puas hati. Dia membebel dalam studio sambil perli dan buat cerita yang bukan-bukan.

“Misha tu okey tapi kakaknya pula yang lebih-lebih. Belum apa-apa dah nak balik. Susah la kalau ada artis macam ni.

“Lain kali kita kena tengok dulu latar belakang artis sebelum panggil ke studio. Dah banyak kali dah aku dengar dia orang suka buat perangai. Dahlah tu tak ada disiplin,” lebih kurang macam tu bunyinya si pengacara mengomel di depan orang ramai.

Menurut sumber itu lagi perbuatan pengacara tu pun tidak disenangi oleh beberapa tetamu lain yang datang menyaksikan rakaman tersebut.

Bukan apa dia orang tak tahan dengar suara bingit si pengacara yang dah macam makcik-makcik.

Khabarnya perbuatan pengacara itu disampaikan pula seseorang kepada Misha dan Mimie.

Masa Niezam berborak dengan Mimie, dia tak mahu komen panjang. Alasannya tak nak gaduh-gaduh. Apatah lagi sekarang ni bulan puasa.

Cuma dia terkejut dengan perbuatan pengacara tersebut sedangkan mereka dua beradik tidak pernah buat salah terhadapnya. Mimie sedih dituduh tidak berdisiplin sedangkan mereka datang mengikut segala jadual yang diberi dengan baik.

Mungkin dia cemburu kut sebab sekarang ni Misha dapat banyak projek sebagai pengacara dengan RTM. Apa yang Niezam harapkan si pengacara tu dapatlah jaga sikit mulut dia. Bukan apa, dunia hiburan ni kecil, balik-balik benda yang tak baik tu akan sampai juga kat telinga orang lain.

Ahad, 2 Ogos 2009

Perkahwinan satu kemerdekaan




MISHA OMAR ketawa panjang bila bercakap tentang 'angin lintang' dia akan segera berumah tangga. Katanya, sejak usia melewati 25 tahun, sudah beberapa virus gosip bertebaran. Tetapi tidak satu pun mampu menjangkitinya.

Namun saya kata, kali ini virus tersebut bukan lagi virus yang biasa. Kalau sudah sampai pergi mencari dewan, melihat pakej perkahwinan dan meninjau menu makanan, usaha ke arah alam perkahwinan sudah mencapai fasa tertinggi.

Individu yang memang dalam proses menuju kemuncak itu sahaja yang akan berbuat demikian. Maka jangan mahu menafikan lagi virus yang bertebaran itu.

Gadis Kelantan berusia 27 tahun ini hanya ketawa mengekeh-ngekeh menampakkan barisan gigi yang masih rapi dipeluk pendakap gigi. Dia kemudian mula melontarkan hujah-hujahnya - seperti selalu, bernas dan realistik.

Dia tidak menafikan telah membuat persediaan tersebut. Sebagai seorang dara yang hatinya sudah diikat dengan cinta seorang teruna, apatah lagi memang sudah bercadang untuk menikahi lelaki tersebut, membuat persediaan perkahwinan pasti diutamakannya.

Sementelah majlis perkahwinan memerlukan kos yang tinggi dan melibatkan banyak pihak. Misha pula tidak suka membuat kerja pada saat akhir.

"Saya tak nafikan saya membuat tinjauan tentang majlis perkahwinan. Memang saya nak kahwin, tapi bukan pada tarikh atau bulan Februari seperti yang digembar-gemburkan," katanya serius.


SEORANG yang teratur, justeru Misha membuat persiapan awal untuk majlis perkahwinannya.


Diasak persoalan perkahwinan tersebut akan diadakan pada tahun hadapan, Misha perlahan memberitahu: "Kalau diizinkan Tuhan, memang kami mahu bernikah pada tahun hadapan.

"Sebab itu saya sudah bersedia meninjau semua keperluan agar berada dalam bajet yang betul. Tapi saya tak mahu bercakap lebih itu kerana lambat lagi untuk sampai ke tahun depan. Macam-macam boleh terjadi."

Mengimpikan sebuah majlis sederhana disulam aroma tradisional dan sedikit taman, Misha kala ditanya siapa sebenarnya gerangan arjuna yang berjaya mencuri hatinya, pantas memberitahu dia bukan daripada kalangan teman satu industri.

Katanya, tidak mahu pening kepala kelak berkahwin dengan teman seperjuangan. Kerdipan glamor dan tohmahan yang lebih hebat apabila berkahwin sesama artis selalu membuat Misha berfikir dua kali untuk jatuh cinta dengan lelaki sebegitu.

Cukuplah dia menjalin cinta dengan orang biasa. "Lebih menarik sebab saya dapat mengenal dunia lain daripada industri seni. Jadi boleh berkongsi pengalaman yang berbeza," katanya lagi.

Misha lantas memberi gambaran tipis tentang pemujanya yang telah menjadi pendampingnya sejak beberapa tahun lalu. Dia seusia Misha yang kerjayanya memerlukan dia selalu berada di awan biru. Tetapi di mata gadis ini, dia cukup luar biasa.

Kasih sayang, sifat memahami, toleransi dan menerima dirinya di luar kulit glamor serta paling penting, banyak melengkapkan kekurangan dirinya telah mengunci hatinya untuk cuba bermain cinta dengan lelaki lain.

Stigma hitam anak seni

Tetapi bila saya usik bahawa kebarangkalian dia harus berhadapan dengan stigma keluarga bakal pasangan hidupnya tentang dunia anak seni yang selalunya dianggap penuh sisi hitam, Misha memberi jawapan yang positif.


MISHA jarang mempunyai waktu senggang. Sesekali keluar kota, Misha tidak melepaskan peluang melawat Jonker Walk, Melaka.


Dia optimis mengatakan bahawa stigma itu wujud. "Tapi biasanya persepsi itu datang pada perkenalan pertama. Kita pun tak boleh nak salahkan mereka kerana banyak cerita negatif yang menjadi bahan tatapan.

"Namun, dalam masa yang sama, saya menolak kalau ada yang beranggapan bahawa anak seni ini rosak semuanya atau tidak bijak.

"Setiap manusia, dalam apa juga lapangan kerjaya mereka ada pancaroba dan tidak ada manusia yang sempurna," jawab Misha berhati-hati.

Terlanjur berbicara tentang perkahwinan dan Misha menjadi cover story Sensasi Bintang yang pertama pada bulan Ogos ini, bulan kemerdekaan atau kebebasan, sengaja juga saya 'racun' bahawa ikatan perkahwinan membuat seseorang itu tidak bebas. Terikat dan harus komited.

Tetapi pantas dijawab pemilik suara lunak yang terkenal dengan untaian lagu cinta seperti Cinta Adam Dan Hawa dan Bunga-Bunga Cinta ini dengan jawapan yang kontra tetapi yakin.

Jawab Misha, perkahwinan bukan satu kekangan. Sebaliknya perkahwinan adalah lambang kebebasan. Pada persepsi Misha: "Inilah fasa kita bebas daripada keluarga dan hidup berdikari dengan membina sebuah keluarga sendiri.

"Adakah kita mampu menyelusuri kehidupan berumah tangga atau sebaliknya, itu tanggungjawab kita."

Sehingga mahu menghabiskan temu bual ini, saya amati, bicara Misha kali ini begitu penuh dengan perasaan cinta. Bagai melimpah ruah. Dia angguk yakin bila disoal berkali-kali tentang keputusannya mahu berkahwin tahun hadapan.

Saya bayangkan jika impian berkahwin tahun depan gagal, bagaimana Misha?

Atau tidak terlalu awalkah untuk bercakap tentang isu ini pada saat namanya harum dalam industri selepas dijulang dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), tawaran berlakon yang mencurah selain makin serasi sebagai hos Sehati Sejiwa di RTM1?

Tak akan cuci tangan

Tapi Misha tetap penuh dengan jawapan. Dia jawab, pada usia 27 tahun, perkahwinan itu hampir dekat kepadanya. Itu usia yang boleh dikira matang untuk berkahwin, katanya lagi.




Sementara pada isu impian perkahwinan yang gagal, gadis ini menyimpulkan, setiap manusia harus ada mimpi kerana melalui mimpi ia membakar semangat untuk menjadikannya realiti. Jadi doakan sahaja yang terbaik buat dia menggapai impian tersebut.

Balasnya tentang impian yang barangkali akan membuat kerjayanya tercicir: "Saya kira semua orang mempunyai komitmen untuk hal peribadi. Begitu juga saya. Saya tidak akan cuci tangan hanya kerana mengikat diri dengan komitmen lain. Ini darah daging saya.

"Paling penting, saya tahu, lelaki pilihan saya memahami saya. Dia cinta mati saya." Bicara kami tamat.

Sabtu, 11 Julai 2009

'Saya belum mahu berkahwin...'

Sejauh mana kebenaran cerita ini? Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Adam & Hawa ini tidak terkejut apabila diminta menjelaskan kebenaran gosip yang diperkatakan itu.

Malah, Misha yang kini menjadi pengacara Sehati Sejiwa di RTM tidak menafikan ada membuat tinjauan dan bertanya kawan-kawan mengenai katering untuk majlis kahwin.

"Kebetulan ramai rakan saya sudah berkahwin tahun lepas termasuk teman rapat saya sendiri.

"Ada di kalangan mereka menasihatkan saya, kalau mahu kahwin lebih baik buat kajian dan merancang dari awal. Sebabnya majlis perkahwinan sekarang sudah jadi satu perniagaan dan kosnya mahal.

"Ditambah pula sekarang ini saya mengacarakan program Sehati Sejiwa dan ia membangkitkan rasa ingin tahu. Sebab itulah saya ada buat pertanyaan dengan beberapa pihak katering.

"Salah satunya Kuzi Catering, jurumekap dan pereka fesyen, tetapi semua itu hanya sekadar untuk pengetahuan saja.

"Langsung tiada kena-mengena dengan isu ingin mendirikan rumah tangga sebagaimana di uar-uarkan. Demi Allah, tiada majlis akan dilangsungkan pada Februari ini.

"Lagipun, tiada yang istimewa mengenai Februari yang boleh dikaitkan dengan saya. Kalau benar mahu berkahwin, tentu saja memilih tarikh yang bermakna dalam hidup saya. Misalnya Januari kerana bakal meraikan ulang tahun ke-28," katanya.

Apapun Misha tidak menafikan hatinya sudah dimiliki. Jejaka bertuah seusia dengannya itu adalah sahabat lama yang dikenali melalui teman-teman sekolahnya dulu.




Mereka berkongsi minat dan semangat yang sama dan inilah membuatkan perasaan cinta mudah terjalin.


Malah, teman lelaki Misha turut memahami dan menerima status penyanyi yang melonjak dengan lagu Bunga-Bunga Cinta ini sebagai ibu (angkat) kepada Muhammad Adam Emie, 3, yang dijaganya sejak kecil.

Mengenai panggilan istimewa Adam terhadap teman lelakinya itu, Misha enggan mendedahkannya.

Katanya, apa yang pasti Adam memanggil teman lelakinya itu dengan gelaran yang dihormati.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercerita soal peribadi terlalu banyak kerana enggan membuatkan keluarga teman lelaki berasa tidak selesa.

"Maklumlah, teman lelaki saya yang baru menamatkan pengajiannya dan baru saja hendak memulakan karier.

"Jadi saya tidak mahu apabila perkara sebegini dibangkitkan, seolah-olah saya mendesaknya.

"Sebab itulah saya keberatan hendak bercerita mengenai 'survey' yang saya buat. Saya takut bila artikel ini disiarkan nanti, dikatakan cuba memberi tekanan walhal seperti sudah dimaklumkan, saya lakukan itu hanya sebagai pengetahuan," katanya.

Bersedia melangkah ke alam perkahwinan, namun Misha lebih senang sekiranya pihak lelaki yang memperkatakan hal ini.

Misha juga menafikan isu kononnya dia sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangga.

"Setiap perkahwinan perlu didaftarkan. Kalau saya sudah berkahwin, pasti ada bukti. Isu berkahwin ini, sebenarnya saya dah lali kerana sejak dulu lagi ia diperkatakan.

"Entahlah, mengapa orang selalu ingat saya sudah berkahwin. Malah, ada yang kata dulu saya menyepi kerana melahirkan Adam.

"Mungkin kerana saya nampak matang sehingga mereka membuat pelbagai spekulasi.

"Kalau benar saya kahwin pasti orang kampung dah bercakap. Mungkin emak ayah saya pun dah lama tinggalkan kampung kerana panas dengan cakap-cakap orang. Iyalah, orang tua mana tidak malu kalau anak berkahwin secara rahsia.

"Tapi tidak kisahlah apa orang hendak kata, yang pasti saya belum kahwin dan sebagai wanita normal, tentu saja ingin berkahwin dan mempunyai keluarga. Cuma jodohnya belum tahu bila," katanya.

Mengenai kerjaya seni, Misha yang menang Lagu Terbaik (Nafas Cahaya) ciptaan M Nasir dan Allahyarham Loloq pada Anugerah Industri Muzik ke-16 Mei lalu berkata, ketika ini dia sibuk mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan TV1.

"Seperti biasa, persembahan pentas masih diteruskan sebagaimana sebelumnya. Jika tidak, dunia saya adalah di rumah, bermain dengan anak dan saya menjalani kehidupan sama saja sebagaimana orang lain.

"Mengenai perancangan album, saya hanya menunggu kata putus dari syarikat rakaman," katanya.

Selain itu, dia yang tercalon sebagai finalis Artis Wanita Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dijangka memeriahkan majlis itu di Jakarta, Indonesia pada 18 Julai ini.

Sabtu, 6 Jun 2009

Luahan Hati Misha



Tersentuh hati saya semasa saya membaca luahan hati Misha Omar di ruang sosial miliknya sendiri.. Hasil nukilan ikhlas yang datang dari hati kecilnya.. Saya tumpang gembira dengan kegembiraan yang beliau perolehi.. Menurut Misha, bulan Mei 2009 memberikan seribu erti kepada beliau kerana pada awal bulan Mei, Misha mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak kesayangannya, Adam Emir, setelah sekian lama beliau berusaha untuk mendapatkannya..Antara kata-kata Misha dalam coretan beliau adalah..

" Usaha saya turun naik pejabat pendaftaran dan meredah liku di jalan depan saya akhirnya sudah berbayar apabila 'budak comel' yang saya gelarkan sebagai Adam kini menjadi hak milik saya. Tiada lagi sebarang perasaan gundah-gulana dalam diri seperti yang menerjah dalam kotak fikiran saya sebelum ini. Adam kini boleh berada dekat dengan saya hingga ke titisan akhir hayat saya sebagai insan ordinari. Nekad saya, Adam akan dijaga, dibelai dan dibesarkan hingga menjadi anak yang berguna."

Seterusnya, bulan Mei jgk menyaksikan kejayaan Misha di dalam AIM 16..Kejayaan yang diidamnya setelah sekian lme bergelar anak seni..Walaupun dikritik pelbagai pihak, namun beliau tidak mudah melatah malah menganggapnya sebagai satu cabaran..

" genangan air mata yang pada awalnya dapat ditahan, lekas saja turun bagaikan memahami situasi yang berlaku.. ya, saya mula akui "ini adalah air mata kegembiraan!" lantas saya tidak kisah dengan mata-mata yang memandang di sekeliling pada waktu itu.. Lelah sudah bertarung secara mental dan fizikal, syukur sangat apabila album saya kini diakui punya piawaian yang sepatutnya. yeay!"

Seterusnya Misha bercerita tentang buah hatinya yang turut mendapat kejayaan pada bulan Mei..

"Sebelum si dia yang amat saya sayangi dalam hidup ini memperolehi sayapnya itu, dia terpaksa menempuh pelbagai dugaaan.Alhamdulillah, dia kini sudah mampu tersenyum menjalani kehidupan sebagai seorang yang berkarier..memenuhi rutin yang adakalanya menuntut dia berjauhan daripada saya.ada lagi yang ingin dicapainya selepas ini. saya harap dia akan berjaya."

Terakhir sekali Misha menulis tentang kes yang dibawanya ke mahkamah.. Misha ingin menuntut haknya setelah keringatnya digunakan.. Setelah 3tahun menunggu akhirnya Misha mengambil tindakan..

" ini cerita yang sebenar. hari ini saya baru saja mendapatkan hak ke atas hasil penat lelah saya bekerja. pada mulanya ia menjadi satu kes saman sebaliknya ia dapat disudahkan dengan baik tanpa ada sengketa dengan pihak yang berkenaan. pembetulan; bukan saya yang disaman. saya sebenarnya menyaman sebuah syarikat yang tidak membayar sejumlah wang kepada saya setelah hampir tiga tahun lalu. saya sepatutnya mendapat wang seperti yang dijanjikan dalam kontrak tetapi hingga ke sudah tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan. saya sekadar menuntut hak, bukannya ingin bermegah diri mahu saman orang itu dan ini.. tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap sejauh ini sampai masuk ke mahkamah,menjengah kandang saksi.. tetapi nak buat macam mana, ini juga bukan kemahuan diri.."

Misha Alih Ke Bidang 'Talk Show'


Rabu lalu telah menyaksikan penampilan pertama Misha Omar sebagai hos rancangan ‘Sehati Sejiwa’ untuk musim kedua, mengambil alih tempat Scha. Episod pertama menampilkan pasangan Sharifah Shahirah dan suaminya Ijoy Azahari.

Berpeluang menembualnya selepas siaran, Misha berkongsi pengalaman pertamanya sebagai seorang pengacara ‘talk show’.

Boleh ceritakan perasaan Misha?
Mendebarkan. Saya tidak tidur lena malam sebelum siaran. Untuk menyediakan diri, saya banyak bertanya kepada orang-orang lama dan media. Bagi saya, talk show sebegini perlu ‘spontaneous’ dan bersahaja. Saya juga membuat research tentang pasangan yang hendak ditemubual. Untuk episod pertama, saya beruntung sebab saya kenal Sharifah Shahira secara peribadi.

Bagaimana pula dengan bidang nyanyian?
Tugas saya sebagai seorang pengacara tidak menghadkan penglibatan saya dalam bidang nyanyian. Tujuan saya untuk mengembangkan bakat dan potensi ke bidang penyiaran sebagai satu cabang lain dalam bidang seni. Ia menambahkan lagi pengalaman dan membolehkan saya mengambil iktibar daripada isu-isu semasa. Tugas saya untuk membuat kupasan yang menarik dan ini merupakan cabaran yang berlainan bagi saya.


Bagaimana Misha mendapat tugas hos ‘Sehati Sejiwa?
Scha tak dapat terus menjadi hos kerana penggambaran ‘Awan Dania II’. Saya bersama empat orang lain disenarai pendek. Saya datang ke sesi ujibakat dan diberitahu keputusannya beberapa hari kemudian. Selama mana nak jadi hos ‘Sehati Sejiwa’ tak tentu lagi. Tapi harapan saya agar dapat menerajui rancangan ini selama ia bersiaran. Ini kerana saya tak nak fokus pada bidang nyanyian sahaja. Saya cuba beralih kepada bidang ‘talk show’ pula.

Apa cabaran yang dihadapi Misha?
Banyak. Antaranya, saya kena kawal keadaan di set dan kosongkan minda untuk fokus.


Tapi tadi Misha nampak rileks sahaja.
Dalam tu berdebar sebenarnya tapi cover line lah. Risau juga jika saya buat kesilapan dan satu Malaysia tengok.

Apa perkembangan terbaru Misha?
Terus menyanyi seperti biasa. Pada 31 Julai ini ada tayangan telemovie di RTM ‘Lela Latah’, dimana saya memegang watak utama, menjadi wanita yang melatah. Ia satu pengalaman yang sukar buat saya kerana tidak mudah membawa watak melatah. Saya perlu membuat kajian di YouTube. Saya turut merancang untuk kembali menyanyi, dalam masa sama mencari material baru. Kita perlu mula dari awal untuk mencari material bagi album. Saya teringin nak berkolaborasi dengan Noh Hujan. Saya minat sangat dengan lagu Hujan.

Perkembangan dari segi percintaan? Misha sudah ada teman?
Dah ada tapi tak nampak hala tuju lagi. Dia perlu menerima saya dengan seadanya dan yang paling penting, anak saya, Adam. Saya kagum dengan sifat keprihatinannya dan dia mampu menjadi ‘father figure’ yang baik untuk Adam.

Bagaimana pula dengan kes saman Misha?
Saya tidak disaman tapi saya menyaman Bumi Intan Maju yang mempromosikan jenama Rorine. Saya bersetuju menjadi duta mereka. Semuanya masih dalam perbicaraan. Bukan niat saya nak menunjuk kuasa tapi setelah jalankan amanah dengan baik, tak sangka pula begini jadinya. Saya mengambil ikhtibar dari peristiwa ini supaya ia tidak lagi berulang dimana saya dianiaya pihak yang tidak bertanggungjawab.

Misha makin besar kepala?




BAGAI menjadi satu kesalahan besar apabila menjadi seorang Misha Omar. Ada-ada sahaja pihak yang berperasaan hasad-dengki dan busuk hati mempertikaikan kembara seni yang dirintisnya sejak tujuh tahun lalu.

Terbaru kemenangan Misha, 27, dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16) dikatakan sedikit sebanyak bakal mengubah sikapnya menjadi penyanyi si hidung tinggi.

Umum mengetahui, Misha berjaya menguasai empat kategori utama yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik dalam AIM16 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 2 Mei lalu.

Semuanya muncul dengan pantas setelah Misha memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2004. Sejak itu timbul semula gosip dia mula berubah sikap. Kemenangan Misha pada AIM16 terbaru itu, menambah lagi perisa kepada tuduhan yang sama dan Misha turut dikhabar dihimpit kembali 'badi' yang pernah menimpanya sekitar lima tahun lalu.

Terasa diri hebat, besar kepala dan bersikap selektif. Itu semua dihadapkan terus kepada empunya diri, tanpa ada sedikitpun perasaan ihsan dan belas kasihan.


TUJUH tahun berada dalam industri seni jelas mematangkan diri seorang Misha.


Kelihatan tercengang-cengang mendengar kata-kata tersebut, Misha mula larut dalam pengakuannya, sekali gus memberitahu dia tidak pernah terdengar hamburan tentang dirinya bersikap selektif.

"Ini kali pertama saya dengar," jawabnya ringkas sambil memperlihatkan wajah sedikit kehairanan ketika ditemui pada pelancaran Derrick & Team Hairdressing di The Mall, Kuala Lumpur.

Luah penyanyi yang didaftarkan nama penuh oleh ayahanda dan bonda sebagai Samihah @ Aisah Omar, andai benarlah apa yang dikritik maka tubuh kecilnya tidak mampu untuk memuaskan pandangan semua pihak.

Lebih penting jelas Misha, dia selalu berfikiran positif dan optimis dengan peralihan waktu yang tidak pernah terhenti.

Sekadar beranggapan kenyataan tersebut ibarat aura yang tidak baik untuk dirinya, Misha mencuba memperbetulkan tohmahan pihak tertentu yang ingin 'membenamkan' dirinya.

"Saya menganggap kemenangan dalam satu-satu majlis penganugerahan disebabkan atas kerja keras diri sendiri dan orang-orang yang terlibat di sebalik tabir album.

"Secara peribadi saya merupakan seorang artis yang sederhana. Kemenangan di AIM16 baru-baru ini memang cukup membanggakan kerana saya akhirnya diiktiraf setelah angka tujuh menunjukkan saya berada dalam industri seni.

"Tiada istilah saya akan terkena kejutan budaya. Jika awal pembabitan dalam dunia glamor, barangkali saya akan mengalami perasaan itu, tetapi ia tidak terjadi kepada saya.

"Kalau soal saya berubah sikap selepas ini terus menjadi buah mulut orang ramai maka saya tidak tahu apa lagi yang harus dibuat untuk jelaskan kepada mereka. Tempoh tujuh tahun sudah 'senja' untuk saya besar kepala," jawabnya yang tidak mudah tewas melawan badai.

Menjelaskan pengertian selektif kata Misha, sikap selektif hanya berlaku dalam perkara yang membabitkan hasil kerja terutama penghasilan album.




"Sudah tentulah kalau hendak hasilkan album tidak boleh terburu-buru dan mengamalkan sikap asal boleh sahaja.

"Biarlah sesebuah album ini membuatkan saya rasa bangga walaupun ia sudah menjangkau usia 30 tahun. Bahkan saya tidak malu untuk mengakui bahawa ini adalah album saya.

"Sebab itu, saya kena bikin album dengan sebaik-sebaiknya. Walaupun terpaksa tunggu setahun atau dua tahun untuk mencari material, komposer dan penerbit, saya rela menunggu dengan penuh sabar.

"Cuma tidaklah mengambil masa selama empat tahun," terang ibu segera kepada Muhammad Adam Emir.

Kini bergelar usahawan

Cintanya kepada nyanyian memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Namun untuk menjadi anak seni, tidak bermakna hanya nyanyian yang menjadi jalan hidupnya.

Beritahu Misha, dia harus berani mencuba, berani memberi peluang kepada diri untuk menjalani pengalaman baru dan mengambil risiko untuk berdepan dengan dunia yang lebih global sifatnya.

Misha mula melangkah kaki ke dalam dunia perniagaan yang berkonsepkan salon dandanan dan penjagaan rambut bersama Derrick & Team Hairdressing.

"Ini menjadi permulaan untuk saya melibatkan diri dalam dunia perniagaan bersama rakan karib yang sudah saya kenali sejak tujuh tahun lalu, Derrick Ho.

"Sekurang-kurangnya saya sudah ada perancangan untuk masa depan sendiri yang tidak diketahui bagaimana situasinya.

"Derrick sudah beberapa kali mengajak saya untuk menjadi rakan kongsinya tetapi saya masih belum terfikir pada waktu itu.

"Lama-kelamaan saya rasa tiada salahnya kerana setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan ada sahaja pelanggan yang potong, cuci dan melakukan rawatan rambut.




"Ada orang yang berada dalam tekanan akan pergi merehatkan diri di spa, sebab itu saya percaya ada juga orang yang sanggup berhabisan untuk rambut mereka," terang Misha.

Sambung Misha lagi, dunia seni dan perniagaan masing-masing ada fokusnya yang tersendiri. Oleh itu dia masih dalam proses mempelajari aspek perniagaan.

"Saya tidak mahu orang cakap hanya nampak saya semasa hari pelancaran salon ini tetapi tidak pula hari-hari seterusnya.

"Saya memang berazam untuk jadi rakan kongsi yang bertanggungjawab. Walaupun tidak mengetahui selok-belok dunia bisnes namun saya tidak kisah untuk belajar daripada bawah.

"Cara ini bukan sahaja akan mendekatkan saya dengan bidang ini tetapi juga boleh merapatkan hubungan dengan para peminat.

"Barangkali saya boleh mencuci rambut pelanggan pula selepas ini kerana saya juga pernah belajar daripada Derrick," jawabnya sambil tergelak manja.

Misha menerima penghormatan oleh Derrick bagi merasmikan pembukaan salon tersebut.

Ia menjadi salon kelima milik Derrick & Team dan cawangan di tingkat tiga The Mall menjadi salon pertama yang membabitkan perkongsian perniagaan Misha dan Derrick.

Misha bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah peratusan perkongsian bisnesnya dengan pendandan rambut yang terkenal di kalangan artis dan pelanggannya.


DAKWA Misha, dia tidak sesekali lupa diri walaupun sudah mengecap kejayaan.


Dalam pada itu, Misha juga sedang merencana masa depannya untuk melibatkan diri dalam bisnes makanan.

"Walaupun tidak direalisasikan dalam waktu terdekat namun angan-angan ini sudah lama saya simpan. Semua bergantung kepada rezeki," ujarnya bersungguh-sungguh.

Kolaborasi bersama budak indie

Tempoh empat tahun bertemankan rindu tanpa karya bernama album, anak kelahiran Machang, Kelantan itu mengakui ia memang menjadi jangka masa agak panjang.

"Saya sedar empat tahun bukan masa yang singkat. Sebelum ini graf kerja penghasilan album Misha 2008 dilakukan dalam kadar masa yang perlahan sebelum ia boleh dipasarkan kepada peminat.

"Sekarang saya mula tahu bagaimana untuk mempercepatkan proses pembikinan album seterusnya sebab saya sudah ada keserasian dengan komposer-komposer dan penerbit.

"Sebelum ini saya sering berharap. Tunggu dan tunggu demi mahu bekerjasama dengan nama-nama hebat dalam industri seni di negara ini.

"Untuk album keempat nanti saya teringin untuk melakukan kolaborasi dengan pemuzik indie dan muka-muka baru.

"Saya sudah minta lagu daripada Noh Hujan malah saya juga tertarik dengan bakat baru seperti Yuna. Cuma saya belum berhubung lagi dengan dia. Selebihnya saya juga mahukan M. Nasir, Cat Farish dan Nurfatima.

"Jangan risau kerana saya tetap tidak mahu berubah arah kepada muzik lain, sebaliknya saya tetap akan muncul dengan genre muzik pop komersial," jelasnya yang dilahirkan pada 6 Januari 1982.


MISHA kini bergelar usahawan dalam bidang dandanan rambut.


Ditanya apakah yang cuba untuk dibuktikan dalam album selanjutnya itu, Misha lekas menjawab bahawa dia mahukan lagu-lagu yang terkandung dalam naskhah baru itu diadun dengan bermacam-macam warna.

"Muzik bukanlah agama, tetapi sifatnya menjurus sebagai universal. Kita bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa yang dihajati tanpa mengira baru mahupun lama.

"Kita tidak boleh terus selesa dengan konsep yang sudah dimiliki sekarang sebaliknya perlu menampilkan pembaharuan.

"Saya tidak boleh kekal dengan konsep lagu seperti Bunga-Bunga Cinta kerana orang sekeliling tidak akan melihat kreativiti seseorang penyanyi. Kerana itulah saya ada lagu Pulangkan dan saya cuba menonjolkan irama etnik dengan M. Nasir menerusi Nafas Cahaya.

"Untuk album seterusnya saya hendak 'paksa' M. Nasir buat lagu balada pula. Saya senang bekerja dengan figura berbakat besar sepertinya.

"Dia (M. Nasir) memahami saya dengan mendalam. Contohnya semasa buat rakaman lagu Nafas Cahaya. Kalau rasa tidak enak didengar, dia akan terus cakap kepada saya tanpa berselindung. Senang sekali kalau dapat bekerja lagi dengan M. Nasir selepas ini," akhiri Misha bersungguh-sungguh.


Jumaat, 5 Jun 2009

ANUGERAH PLANET MUZIK

Misha cuma tercalon dalam 1 anugerah sahaja.. Dan peluang untuk menang agak sederhana kerana Siti Nirhaliza turut tercalon dalam kategori tersebut.. Apa-apa pun tahniah buat Misha kerana tercalon.. Berikut adalah senarai pencalonan..

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru lelaki)

Afgan dengan album Terimakasih Cinta, Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Dirly (Sampai Keujung Dunia), Lobow (Kau Cantik Hari Ini) dan Nubhan (Ada Untukmu).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (artis baru wanita)

Aura Kasih dengan album Mari Bercinta, Ayu (Hanya Di Mercu), Cinta Laura (Oh Baby), Nana (Lafaz), Stacy (Aku Stacy) dan Yuna (Dan Sebenarnya).

Persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik)

D'Masiv dengan album Cinta Ini Membunuhku, Hello (Ular Berbisa), Hujan (Pagi Yang Gelap), Kotak (Masih Cinta) dan ST12 (Puspa).

Kolaborasi terbaik dalam lagu

(a) Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq; (b) Bersamamu (Artis: Joe Flizzow feat Joeniar Arief, penggubah lagu (songwriter): Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed, dan penulis lirik: Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed); (c) Hikayat Cintaku (Artis: Glenn feat Dewi Persik, penggubah lagu: Glenn Fredly, dan penulis lirik: Glenn Fredly); (d) Kepadanya (Artis: Taufik Batisah feat Hady Mirza, penggubah lagu: Taufik Batisah, dan penulis lirik: Taufik Batisah); (e) Mantera Beradu (Artis: Malique feat M. Nasir, penggubah lagu: Malique, D'Navigator & M. Nasir, dan penulis lirik: Malique & M. Nasir) dan (e) Sujud (Artis: Mawi & KRU, penggubah lagu: Edry, dan penulis lirik: Edry).

Artis lelaki terbaik

Afgan dengan album, Confession No. 1, Aizat (Percubaan Pertama), Reshmonu (Harapan), Taufik Batisah (Suria Hatiku) dan Tompi (My Happy Life).

Artis wanita terbaik

Bunga Citra Lestari dengan album, Tentang Kamu, Misha Omar (Misha Omar), Mulan Jameela (Mulan Jameela), Nikki (Hawa) dan Siti Nurhaliza (Lentera Timur).

Duo atau kumpulan terbaik

Andra & The Backbone dengan album, Season 2, Hujan (Hujan), Kotak (Kedua), ST12 (Puspa) dan Yovie & Nuno (The Special One).

Lagu terbaik

(a) Dia Milikku dengan album The Special One, artis: Yovie & Nuno, penggubah lagu: Yovie Widianto dan penulis lirik: Yovie Widianto. (b) Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring) (c) Matahariku (Album: - , artis: Agnes Monica, penggubah lagu: Pay & Dede dan penulis lirik: Yuan Passer) (d) Pagi Yang Gelap (Album: Hujan, artis: Hujan, penggubah lagu: Noh Hujan dan penulis lirik: Noh Hujan) (e) Terimakasih Cinta (Album: Confession No 1, artis: Afgan, penggubah lagu: Mario Tobing dan penulis lirik: Mario Tobing) dan (f) Terserah (Album: Private Collection, artis: Glenn Fredly, penggubah lagu: Glenn Fredly dan penulis lirik: Glenn Fredly)

Album terbaik

Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka; Hujan (Artis: Hujan, Produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka); Kedua (Artis: Kotak, Produser: Pay); Percubaan Pertama (Artis: Aizat, Produser: Dato Amdan, Mujahid & Aizat); The Special One (Artis: Yovie & Nuno, Produser: Yovie Widianto & Jan Djuhana).

Artis Singapura paling popular - berdasarkan SMS

Aliff Aziz, Didicazli, Fauzie Laily, Hady Mirza, Hyrul Anuar, Imran Ajmain, Merah, Nurun Nuwarrah, Sleeq, Taufik Batisah, The Sallys dan Zaibaktian.

Artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS

Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.

Artis Indonesia paling popular berdasarkan SMS

Afgan, Agnes Monica, Bunga Citra Lestari, D'Masiv, Gita Gutawa, Hijau Daun, Kotak, Nidji, ST12, The Changcuters, Ungu dan Yovie & Nuno.

Artis serantau paling popular berdasarkan SMS

Singapura: Aliff Aziz, Ahlifiqir, Hady Mirza dan Taufik Batisah.

Malaysia: Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain dan Siti Nurhaliza.

Indonesia: Afgan, Agnes, Nidji dan ST12.

Lagu paling popular (Singapura) berdasarkan SMS

Andai oleh artis Merah, Berserah (Taufik Batisah), Gelora Jiwa (Raven), Impianku (Didicazli), Kau Ingin Ku Miliki (Nurun Nuwarrah), Lafaz (Nana), Lelaki Baru (Zaibaktian), Novela Cinta (Ross Revalina), Pilihan Aku (Sleeq), Rela Setia (Didicazli), Sementara (Cradle) dan Teman Istimewa (Taufik Batisah).

Lagu paling popular (Malaysia) berdasarkan jumlah muat turun

Lagu paling popular (Indonesia) berdasarkan jumlah muat turun.

Anugerah Cinta Planet Muzik - khas untuk artis atau organisasi yang memberikan sumbangan tanggungjawab sosial. Contohnya, artis, Zainal Abidin menjaga alam sekitar.

Anugerah Khas Planet Muzik - ditujukan kepada insan seni yang terus-menerus memberikan sumbangan terhadap industri muzik

SEHATI SEJIWA

Misha merupakan pengacara baru yang mengendalikan rancangan bual bicara sehati sejiwa yang ditayangkan di tv1 pada setiap hari rabu jam 3.05 petang.. Tahniah diucapkan kepada Misha dan semoga Misha akan terus maju dalam bidang pengacaraan.. Kepada peminat-peminat Misha Omar, jangan lupa saksikan Misha di tv1 okay..

Isnin, 18 Mei 2009

Tak mahu tunggu terlalu lama

KEJAYAAN meraih empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 baru-baru ini iaitu untuk kategori Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik walaupun terpaksa menanti sehingga empat tahun menantikan kemunculan album ketiganya sekurang-kurangnya berbaloi dengan anugerah itu.

Semakin lama dalam industri menjadikan Misha semakin matang dan lebih memahami selok belok dunia seni. Selepas penantian selama empat tahun, dia tidak mahu lagi menanti selama itu semata-mata untuk memiliki sebuah album.

“Kini saya belajar bagaimana mahu menggerakkan kerja yang perlahan untuk dipercepatkan. Lagipun ‘chemistry’ antara saya dengan komposer yang saya mahukan sudah ada. Mungkin dulu saya terlalu berharap hingga mengamalkan sikap tunggu dan tunggu tetapi sekarang saya sudah semakin belajar.

“Saya sudah mula bertanya teman-teman yang berminat untuk terbabit dalam album terbaru nanti. Untuk album keempat, saya teringin sekali bekerjasama dengan artis Indie untuk menjana idea yang segar dalam album terbaru nanti. Bagaimanapun itu tidak bermakna saya berkiblatkan mereka.

“Saya masih lagi mahu bekerja dengan M Nasir, Nurfatimah, Azmeer dan ramai lagi tetapi paling penting perlu ada Penerbit Eksekutif yang dapat menyeragamkan pembikinan album itu seperti mana khidmat Ramli MS yang saya gunakan dalam album berjudul Misha Omar,” katanya yang sudah pun meminta lagu daripada Noh Hujan dan ingin sekali bekerja dengan penyanyi dan komposer sedang meningkat, Yuna.

"Setakat ini, Noh sudahpun memberi saya sebuah lagu ciptaannya kepada saya. Ia akan dimuatkan dalam album saya akan datang.

"Walaupun ia sebuah lagu indie, tetapi saya akan menyesuaikannya dengan suara dan konsep lagu-lagu pop," ujarnya lagi.


Bagi Misha, tidak salah dia cuba mempelbagaikan lagu di dalam albumnya kerana muzik adalah universal dan seorang penyanyi itu bebas untuk bekerja dengan sesiapa saja bagi menjamin kualiti lagu yang dipertaruhkan.

“Pada saya rugi jika seorang tidak mempelbagaikan lagu mereka. Jika terlalu bergantung kepada satu genre saja, peminat tidak dapat melihat kreativiti seorang artis itu,” katanya yang menjadikan album Ziana Zain yang mengenengahkan lagu pelbagai rentak sebagai inspirasi.

Misha terokai perniagaan


MISHA bersama Derrick (tengah) dan Stefan Zimmermann melancarkan cawangan kelima Derrick & Team.

Bermula dengan menjadi rakan kongsi salun Derrick & Team

BENIH yang disemai selama tujuh tahun bergelumang dalam dunia nyanyian sudah pun dinikmati hasilnya dan kini, Misha Omar, 27, sedang berjinak-jinak pula untuk bergelar usahawan.

Memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan, Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aishah menjalin usaha sama dengan salun Derrick & Team untuk cawangan kelimanya di The Mall.


Keserasian yang wujud antara pemiliknya, Derrick dan Misha yang terjalin seusia pembabitan penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu menyebabkan Derrick mempelawa penyanyi ini menjadi rakan perniagaan. Namun, penyanyi itu terpaksa menolaknya atas alasan belum bersedia untuk memberikan perhatian kepada bidang lain.

“Tujuh tahun Derrick mendandan saya iaitu sejak kemunculan pertama saya dalam industri ini. Setelah semakin serasi bersama, Derrick mempelawa saya menyertai perniagaannya tetapi saya terpaksa menolak kerana merasakan masanya belum sesuai untuk saya menceburi bidang perniagaan.

“Ketika itu saya masih terlalu baru dan belum mendapat gambaran sebenar kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon, jadi saya bimbang tidak mampu memberikan fokus terhadap perniagaan jika menceburi bidang itu. Kini selepas tujuh tahun, barulah keyakinan itu datang dan apabila sekali lagi Derrick mengundang, saya tidak lagi menolaknya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk saya mencuba bidang lain selain hiburan.

“Buat masa ini saya hanya menjadi rakan kongsi untuk cawangan kelimanya di The Mall. Jika rezeki mengizinkan mungkin saya ingin melebarkan lagi perniagaan ini. Bagaimanapun terlebih dulu saya mahu mempelajari ilmu asas dandanan rambut, paling tidak belajar mencuci rambut kerana saya seorang yang sangat cerewet ketika mendapatkan khidmat cucian rambut” katanya yang turut bergelar Duta Derrick & Team.

Selain salun, penyanyi dan pelakon itu juga menyimpan angan-angan mengintai peluang perniagaan dalam bidang pemakanan untuk menguji sejauh mana keupayaan dan kelebihannya mengendalikan restoran.

“Perniagaan dalam bidang dandanan adalah satu permulaan baik sebelum saya mengintai peluang dalam perniagaan lain. Perniagaan ini juga dapat mendekatkan hubungan saya dengan peminat. Selain ke spa untuk merehatkan pemikiran dan badan, peminat boleh memilih salon untuk melepaskan lelah mereka.

“Selain salun, saya juga menyimpan hasrat membuka perniagaan makanan bagi meluaskan lagi empayar dalam bidang perniagaan,” katanya.

Jumaat, 15 Mei 2009

Misha, Adam tak dapat dipisahkan




BIARPUN sudah seminggu berlalu, masih ramai peminat memperkatakan mengenai Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang berlangsung dalam suasana meriah, dengan banyak keputusan di luar jangkaan.

Ia termasuk kemenangan besar Misha Omar pada malam kemuncak itu apabila menguasai empat kategori utama yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik.

Malah, kemenangan itu turut dianggap sebagai kebangkitan semula penyanyi berkenaan dalam industri muzik tanah air selepas menghasilkan album terakhirnya, Aksara, empat tahun lalu dan hanya cenderung mengeluarkan single sebelum ini.

Misha dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini, menyifatkan kemenangan itu sebagai detik bersejarah dalam perjalanan karier nyanyiannya yang bermula sebagai finalis Bintang RTM 2001.

"Inilah kejayaan terbesar sepanjang bergelar anak seni. Tidak pernah termimpi pun untuk mencatatkan kemenangan terbesar, lebih-lebih lagi membabitkan empat kategori utama dalam sebuah anugerah berprestij, khusus dalam mengiktiraf karya muzik tempatan," katanya.

Katanya, AIM sama sekali berbeza dengan majlis pengiktirafan lain yang dianjurkan dalam industri hiburan tanah air kerana ia lebih cenderung kepada aspek kualiti karya muzik dihasilkan, bukannya bersandarkan kepada populariti, malah penentuan pemenang dibuat oleh juri profesional.

"Sebab itulah, kebanyakan penggiat muzik kita, termasuklah penyanyi cukup berbangga apabila memenangi AIM. Malah, saya sendiri menunggu lama untuk mencatatkan kemenangan ini. Apa yang boleh saya katakan, penantian saya selama ini sudah terbayar.

"Malah, tidak sia-sia masa yang begitu lama diperuntukkan, begitu juga belanja besar yang terpaksa dikeluarkan untuk menyiapkan album ini... semua berbaloi. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kejayaan ini dan memberikan saya semangat untuk menghasilkan karya lebih berkualiti pada masa depan," katanya.

Walaupun mencatatkan kejayaan besar itu, ada sedikit rasa terkilan dalam diri penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini kerana tidak berpeluang memenangi Album Terbaik.

"Laluan memang sudah dekat, cuma tidak berpeluang. Mungkin belum rezeki saya agaknya. Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya apabila Nafas Cinta diangkat sebagai Lagu Terbaik. Itu pun sudah cukup baik," katanya.


Misha mengakui kemenangannya pada malam itu memang di luar jangkaannya, malah tidak meletakkan harapan tinggi apabila dicalonkan bagi setiap kategori berkenaan.

"Maklumlah, Misha 2008 mengambil masa agak lama untuk disiapkan sehingga peminat pun keliru sama ada ia album baru saya atau album kompilasi. Ini disebabkan kecenderungan saya menghasilkan single kemudian disusuli album baru," katanya.

Melalui Misha 2008 juga, impian penyanyi jelita ini menjadi kenyataan apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Ramli MS, yang dikaguminya sejak sekian lama walaupun bayaran dikenakan agak tinggi berbanding penerbit lain.

"Sebenarnya, sudah banyak kali kami bekerjasama tetapi untuk persembahan saja... kalau album, ini yang pertama. Memang ada dengar cerita Abang Ramli mahal (bayarannya) tetapi saya tidak percaya sehinggalah dia 'membuka mulut'. Terlopong juga saya dibuatnya.

"Namun, saya tidak kisah kerana bayaran diminta setimpal dengan hasil kerjanya. Yang pasti, tidak rugi jika anda membeli album ini. Bila anda sudah mendengarnya, barulah anda tahu mengapa bayarannya mahal seperti yang dikhabarkan," katanya.

Kelewatan Misha 2008 disiapkan juga disebabkan mahu menunggu masa terluang Ramli untuk menerbitkan album itu memandangkan jadual hariannya yang dipenuhi pelbagai aktiviti seni di dalam dan luar negara.

"Kebetulan kami terbabit dalam satu persembahan. Saya memberanikan diri sama ada dia berminat menerbitkan album saya namun jawapan yang diberikan agak mengecewakan. Abang Ramli beritahu jadi penerbit album kerja yang buang masa, lebih-lebih lagi beliau sangat sibuk.

"Namun, saya tidak patah semangat dan terus menunggu sehinggalah beliau memberikan persetujuan. Itu yang ambil masa lama, selain mahu mengumpul material. Daripada pengamatan saya, Abang Ramli seorang yang mementingkan kesempurnaan dan ketelitian. Itulah yang 'mahal' sebenarnya," katanya.

Beliau turut mengakui tidak kisah menunggu lama dan terpaksa berbelanja besar untuk Misha 2008 kerana ia memuaskan hatinya, malah menganggap album ketiganya itu sebagai album terbaik pernah dihasilkannya sepanjang sedekad menceburi bidang nyanyian.

"Yang penting, saya tidak akan menyesal kalau tidak lagi berpeluang atau mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan album selepas ini. Misha 2008 bukan sekadar memuatkan lagu, sebaliknya karya hebat yang sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

"Ia juga bukan sekadar album, malah satu lambang transformasi selama 10 tahun bergelar penyanyi, bidang ini, terutama kematangan vokal saya, selain kemampuan menyanyikan pelbagai genre lagu. Tidaklah orang kata saya hanya penyanyi 'lagu sendu' atau balada saja," katanya.

Menyimpan impian untuk berduet dengan Anuar Zain, Amy Search dan Ramli Sarip, Misha secara jujur mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang mula dikenalinya dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh beberapa teman rapatnya.

"Kami memang banyak perbezaan... dia pegawai kerajaan, manakala saya seorang artis tetapi berkongsi minat yang sama. Mungkin inilah yang menyebabkan kami serasi. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan direstui keluarga masing-masing.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membuka isu perkahwinan kerana sebagai wanita, saya tidak mahu mendesak. Bagi saya, perkahwinan masih terlalu jauh walaupun itu yang saya harapkan. Saya seorang wanita, mana mungkin saya mahu melamarnya... takkanlah perigi mencari timba," katanya.

Misha memberitahu B*Pop, teman istimewanya turut serasi dengan Muhammad Adam Emir, malah memenuhi 'piawaian' untuk menjadi 'papa' kepada anak kesayangannya itu.

"Apa yang saya nampak, mereka serasi. Memang nampak dia mudah mesra dengan budak-budak. Dari sudut kewangan, kita boleh sama-sama 'work out'. Jika dilihat dari kemampuannya menjadi seorang ayah, memang nampak dia bertanggungjawab.

"Memang dia mempunyai ciri-ciri yang saya cari. Memanglah saya mengharapkan perhubungan ini berakhir dengan satu ikatan sah tetapi biarlah masa yang menentukan. Tidak perlu terburu-buru... jika ada jodoh takkan ke mana-mana," katanya.

Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU







Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada semua ibu-ibu yang selama ini melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang..Kepada Misha Omar, selamat hari ibu juga saya ucapkan..Walaupun kak Misha belum pernah melahirkan anak, namun kak Misha telah membesarkan, mendidik, dan memberikan kasih sayang yang cukup untuk Adam..

Ternyata kasih kak Misha terhadap Adam tiada bezanya seperti kasih sayang ibu-ibu yang lain kepada anak-anak mereka..Kegembiraan dan rasa teruja setiap kali bercerita tentang Adam sudah cukup mengambarkan betapa kak Misha sayangkan beliau..Semoga kak Misha dan Adam akan terus berbahagia..Cari bakal suami yang boleh menyayangi Adam dengan sepenuh hati dan yang tidak akan membezakan Adam dengan bakal anak-anak kalian nanti ya(^_^)..
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mama yang tersayang..Terima kasih kerana menjaga dan memberikan kasih sayang kepada adik..Adik sayang mama sangat-sangat..Pelbagai dugaan yang mama lalui untuk membesarkan anak-anak tersayang dengan berkecimpung dalam bidang seni selama hampir 10tahun..Walaupun sekarang mama sudah berundur diri namun adik tahu mama masih merinduinya..Segala jasa mama akan adik balas dengan menjaga mama sebagaimana mama menjaga kami 4beradik yang masing-masing mempunyai kerenah yang pelbagai..Terima kasih mama di atas kesabaran dan pengorbanan yang telah mama lakukan(^_^)..
* tinggalkan komen ucapan selamat hari ibu kpd kak Misha dan juga ibu anda..(^_^)

Jumaat, 8 Mei 2009

Tak Layak or Tak Suka??

Selepas kemenangan Misha di AIM 16, banyak respon yang saya lihat di akhbar, majalah, blog dan laman web..Ada yang berpuas hati dengan kesemua keputusan yang diumumkan dan tidak kurang juga yang membantah..

Nafas Cahaya lagu lama, tak patut menang..Ini adalah salah satu komen yang saya baca dalam salah satu blog yang agak popular..Kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh juri..Kata mereka juri tak layak la,juri tangkap muat la dan macam-macam lagi..

Pada pandangan saya yang saya nilai dari komen-komen mereka, mereka nak artis pujaan mereka menang dan tak kurang juga yang tak suka Misha Omar..Macam-macam kata kesat yang mereka hemburkan dan sebagai peminat setia Misha Omar sudah semestinya saya marah dan kecewa apabila membaca komen-komen sebegitu..Tapi secara rasionalnya kita tak dapat memuaskan hati setiap orang..

Pada pendapat saya sebagai peminat, kita kena terima kekalahan ataupun kemenangan artis pujaan kita..Adakalanya memang akan ada rasa tidak puas hati dalam diri setiap individu cuma tidak perlulah kita nak hemburkan kata-kata kesat yang langsung tidak mencerminkan peribadi kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan adab sopan..Luahkan rasa tidak puas hati itu dengan cara yang betul..

Satu perkara lagi, hendaklah diingatkan bahawa AIM mengiktiraf komposer dan penulis lirik juga..Jangan kerana kita tak minat seseorang artis itu, lagu yang disampaikan pun kita kata tak sedap dan tak layak untuk menang sedangkan semua itu hasil usaha penulis lirik, komposer dan artis itu..Senang untuk mengkritik tapi bukan senang untuk untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..Renungkanlah kalau kita di tempat mereka, berusaha untuk memberikan yang terbaik dan setelah mendapat pengiktirafan, kita dimaki dan sebagainya semata-mata kita tidak disukai..Apa perasaan anda??

FAKTA

Tahun ini AIM mempertandingkan 24 kategori yang membabitkan album-album yang diterbitkan dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu oleh syarikat-syarikat rakaman yang bernaung di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Ketua Juri, Ramli M.S bersama 143 lagi juri antaranya penerbit, komposer, penulis lirik, pemuzik, penyampai radio, jurutera studio dan wartawan hiburan telah mengadili kesemua kategori yang dipertandingkan itu.

* 144 JURI YANG ADE BAKAT DALAM INDUSTRI DORG YG BT KPTSN PEMENANG BG SEMUA KATEGORI..ANDA N MEREKA,,, MANA LEBIH LAYAK TENTUKAN PEMENANG???LUU PK LAA SENDIRI..Jangan lupa tinggalkan komen anda..(^_^)

Ilmu Lakonan

HATINYA kini mula berbunga-bunga apabila cinta Misha Omar terhadap dunia lakonan semakin berkembang.

Walaupun pembabitannya dalam bidang ini bukan baru, tetapi apa yang jelas penyanyi ini semakin seronok apabila diminta beraksi di hadapan kamera.

Kalau mahu diimbas, Misha atau Samiha@Aisha Omar sudah berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie 3, yang menjadi percubaan pertamanya bergelar pelakon diikuti dengan Main Main Cinta selain pernah menyertai sitkom.

Wanita dari Kota Bharu, Kelantan ini mengakui melalui lakonan, dia dapat membina keyakinan diri yang tinggi dan boleh diguna pakai di pentas nyanyian.

“Ternyata ilmu lakonan yang saya pelajari mampu mencipta kematangan berbeza sewaktu saya menyanyi. Sebagai contoh, drama yang saya wujudkan sewaktu berduet dengan Nashrin menerusi lagu Perlu Kamu semasa pertandingan akhir My Starz LG 2 baru-baru ini adalah hasil inisiatif sendiri.

“Bagi saya sebagaimana menghafal skrip, saya juga praktikkan sewaktu memahami lirik sesebuah lagu terutama dalam menekankan maksud serta mood sesuatu perkataan. Tak saya nafikan, lakonan banyak memberi saya panduan untuk terus yakin diri semasa di pentas,” katanya.

Tanpa diduga selepas mengacarakan program Skrin Video terbitan Tenview tahun lalu, syarikat yang sama mengajukan tawaran sama kepada Misha untuk berlakon pula.

Atas alasan mencuba dan menguji kebolehannya, penyanyi lagu Semoga Abadi dan Cinta Adam Dan Hawa itu menerima tawaran secara lisan sejak Mac tahun lalu.

Akhirnya selama dua bulan sejak Disember tahun lalu, Misha berada di lokasi penggambaran drama Julia Juli yang disiarkan di sebuah stesen TV sejak awal bulan lalu. Memegang peranan sebagai Julu, Misha bergandingan dengan Dynas (Juli) dan Nik Sayyidah (Jula). Drama itu mendapat sentuhan kreatif dua pengarah Adam Hamid dan Jet Li.

“Pada awalnya memang saya alami masalah jadual lakonan yang ketat kerana pada masa sama, saya masih menyanyi pada hujung minggu. Boleh ‘sakit’ jugalah jadinya berlakon drama ini. Tapi selepas cabaran demi cabaran, saya pun tak sangka boleh menjadi sabar. Iyalah, saya ini orang yang cepat marah.

“Nak cerita penat berlakon memang tak disangkal lagi. Menyanyi pun penat juga. Apabila ditakdirkan menjadi orang seni, saya tidak boleh terus mengeluh dan saya harus akur. Sewaktu berlakon saya melontarkan dialog dengan memakai pendakap gigi.

“Malah, demi untuk kelihatan bersahaja dan tak nampak janggal bercakap dengan memakai pendakap, saya harus berlatih bercakap banyak kali. Kalau menyanyi, saya kena sentiasa berinteraksi dengan kamera. Tapi bila berlakon, saya kena anggap seolah-olah tiada kamera di depan,” katanya yang turut bertanyakan pandangan orang seni mengenai selok belok dunia lakonan.

Rabu, 6 Mei 2009

Misha dan Fahrin????

Hurmmm...apa agaknya yang berlaku antara mereka berdua ya??bercinta??mungkin..ataupun teman baik???hurmm...Apa-apa pun soalan ini akan terjawab tidak lama lagi menerusi drama terbaru lakonan Misha Omar bersama Fahrin Ahmad yang sudah pun memulakan pengambaran cerita ini yang akan ditayangkan di tv2..

Misha bersama saudara-mara tuan rumah(tempat shooting)

Tajuk drama ini still xdapat saya pastikan tapi mungkin diantara 2. Laila latah yang sudah pasti tajuk salah satu drama yang misha akan lakonkan dan dengar kata mungkin tajuk drama ini 'Tiada Lagi' dan mungkin drama ini akan ditayangkan pada hujung bulan Mei ini jam 8.30 or 9.00 mlm..Yang pastinya Misha sudah membaca skrip drama Laila Latah..Apa-apa pun saya akan bawakan perkembangan tentang drama ini khas untuk anda..Segala maklumat dan infomasi terkini akan segera saya terbitkan..

Fahrin jadi budak nerd (^_^)

Tempat Shooting

Selasa, 5 Mei 2009

Obses Untuk Cantik

TUJUH TAHUN KEMBARA BERTEMANKAN RIANG SURIA DAN MENDUNGNYA MEGA. DUGAAN DAN UJIAN MENEGUH KUKUH JIWA DAN PERIBADI, CEKAL BERDIRI DI MEDAN SENI. KALI INI, MISHA INGIN BERKONGSI RAHSIA HATI...


Bermula dengan filem Main-Main Cinta, dia mula melakar satu lagi dunia kerjaya - lakonan! Dan kini, wajahnya semakin dekat, semakin mesra dengan peminat khasnya penonton televisyen. Drama Julia Juli yang bersiaran sebanyak 20 episod di TV3 itu menyaksikan penyanyi bernama Misha Omar mencuba medan dan meneroka lebih jauh gelanggang dunia lakonan.

* selanjutnye tunggu ye..(^_^)

Majalah EH!!Bulan Mei Cover Misha Omar


Dapatkan majalah EH! keluaran Mei 2009 cover Misha Omar..Tajuknya Misha Komited untuk Cantik..Beli jangan tak beli..Dan nantikan majalah-majalah hiburan keluaran pertengahan bln Mei or Jun pasti ada cerita tentang Misha Omar mengenai kejayaannya di AIM dan perkembangan kerjayanya untuk masa depan..

* Thanx a lot 2 D'key sebab bagi info
pasal majalah EH! keluaran Mei(^_^)

Misha: Gabung Indie band??



SELEPAS meraih kemenangan dalam empat kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16, penyanyi Misha Omar menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain dan Hujan."Saya nak bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain atau Hujan kerana mereka banyak menghasilkan lagu yang baik," kata Misha sejurus majlis AIM 16 selesai.



Misha meraih anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Album Pop Terbaik (Misha Omar) dan Lagu Terbaik (Nafas Cahaya).
"Saya rasa gembira tak terhingga kerana sebelum ini saya menjadi penonton dan berada di bawah tapi tahun ini saya cuba sekali lagi dan dapat berada di atas pentas itu (menerima anugerah).

"Selepas tujuh tahun, inilah trofi yang ditunggu-tunggu."Dengan kemenangan ini, saya akan cuba tingkatkan prestasi. Ini merupakan kejutan paling manis seolah-olah merasakan penat lelah dan kesabaran kami terubat selepas empat tahun saya tidak keluarkan album."Kira-kira empat tahun saya ambil masa untuk siapkan album ini kerana lagu tidak mencukupi. Ia juga berkat kesabaran semua. Saya rasa sangat bersyukur," luah Misha
Ditanya tentang kelebihan album dan lagunya sehingga mampu menewaskan yang lain, Misha berkata lagu dalam albumnya lebih banyak bereksperimentasikan vokal lagu etnik.

"Ada banyak rasa dalam album saya. Misalnya lagu Cinta Adam Dan Hawa berbeza dari sentuhan lagu sebelum ini."Selain itu, keseluruhan lagu dalam album saya hanya didengar tanpa perlu 'skip', " ulas Misha dalam nada ceria.Lagu Nafas Cahaya pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 tetapi tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah.Jelas Misha mungkin kemenangan lagu Nafas Cahaya tidak berpihak di AJL tetapi diterima di AIM."Sudah rezeki saya di sini dan tidak menang di situ," tutur Misha

Bagaimanapun, Misha nekad untuk terus bekerja dan tidak berputus asa."Saya akan terus usaha mencari material untuk album akan datang dan belajar membuat pelbagai perkara lagi," akhiri Misha sebelum sempat berseloroh.Katanya, 'Mana tahu dah menang ni lagi ramai produser yang nak bekerja dengan saya..'.

Misha Tetap Orang Biasa



BAGAIKAN mawar merah sedang mengorak kelopak. Indahnya, cantiknya menyegarkan pandangan mata dan jiwa. Tatkala melihat yang empunya diri semakin meranum usia dewasanya, hati tumpang gembira.Tujuh tahun, pantas waktu berlari dan seiring dengan usia pelariannya, dia semakin dewasa di depan mata saya.

Misha Omar yang `jongos' tiada lagi. Juga tiada lagi Misha yang malu-malu yang barangkali sudah dibuang jauh dari hidupnya setelah diri bergelar bintang popular.Tetapi satu yang kekal dalam dirinya. Jenakanya, tawa dan gurau senda masih macam dulu. Seperti dia tidak punya sebarang nama, seperti kami baru saja saling mengenali antara satu sama lain, ketika dia mempromosikan Bunga-Bunga Cinta. Hendak-hendaknya biarlah dia begini selamanya. Misha Omar yang baik, jujur dan mampu menjadi sahabat bercerita.

Semoga itu juga yang dibawa sampai bila-bila selagi nafas jantungnya berdenyut kencang dalam dunia hiburan.Tujuh tahun mungkin hanya jangka masa yang cukup singkat. Tetapi sudah cukup untuk Misha mengenali sejauh mana dunia seni dikaitkan dengan pelbagai kerenah dan hipokrasi insan-insan seni di dalamnya. Tetapi bukan semua, hanya segelintir, katanya.

``Akan sampai masanya seseorang artis berhadapan dengan dilema. Sama ada dia mahu menjadi dirinya sendiri atau memilih menjadi ``artis' yang terlalu artis, terserah.``Tetapi sampai bila-bila pun saya memilih untuk menjadi orang biasa walaupun kerjaya saya sebagai artis dan dikenali,'' janjinya kepada diri sendiri.

Kata Misha, dunia artis sering kali disalah tafsir. Begitupun ia hanya boleh diterjah dan didasari oleh insan-insan yang bergelumang dengan dunianya sahaja. ``Paling penting saya tidak akan menjadikan gelaran artis sebagai tembok yang menyekat kebebasan. Untuk apa?

``Saya juga mahu hidup macam orang lain dan di luar saya bukan lagi Misha Omar. Saya adalah Samihah yang keluarga dan rakan-rakan kenali,'' tegasnya. Kata-kata Misha mengingatkan saya kepada Ramadan yang lalu. Saya bersama beberapa rakan wartawan, Misha dan Mimi (kakak yang juga pengurus) pernah keluar ronda-ronda, makan-makan dan berjalan bersama menikmati pandangan malam.

Kami terkejut apabila melihat Misha dengan selambanya, selesa dengan sepasang selipar sahaja menggalas kaki. Walaupun ada jenama, tetapi layaknya di sini ia boleh dikategorinya sebagai `selipar jepun'.Dan kata-katanya di atas terbukti sudah. Misha tidak pernah merasakan dirinya `besar' dan hebat di pandangan sesama manusia.

Oleh: (wartawan utusan malaysia)

Persembahan ringkas dan berkesan

MELANGKAH ke siri ke-16 penganjuran, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang berlangsung saban tahun dilihat tidak pernah lepas dari dihujani pelbagai kontroversi dan sindiran.

Segala-galanya berkaitan majlis termasuk senarai pemenang, pengacara, persembahan artis mahupun perjalanan majlis diberi perhatian yang bukan sedikit.Biarpun saban tahun disimbahi dengan pelbagai kritikan yang membuka cela AIM itu sendiri, hakikatnya khalayak tidak langsung mengendahkan. Buktinya, pada Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16) yang berlangsung malam Sabtu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hampir keseluruhan dewan dipenuhi penonton yang hadir memberikan sokongan.

Ini memberikan gambaran bahawa sokongan masyarakat terhadap perkembangan industri muzik masih utuh biarpun terpaksa berdepan dengan zaman kejatuhan yang dalam diam identitinya semakin terhakis diasak arus kemasukan muzik luar.


Berbeza dengan tahun lalu, ruang pentas yang besar dengan penataan yang tidak disaratkan dengan barisan pemuzik melancarkan perjalanan persembahan yang rata-rata boleh dikatakan memberi kesan tersendiri biarpun nampak minima.Persembahan Misha Omar misalnya menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa begitu memukau dengan mempamerkan kekuatan vokal mantap penuh bertenaga.Tidak keterlaluan jika dikatakan rata-rata persembahan pada malam kemuncak anugerah tersebut dirasakan begitu terisi dengan alunan lagu-lagu hits terkini yang sarat dijayakan oleh barisan penyanyi yang vokalnya tidak boleh dipandang ringan.


Pujian harus diberikan kepada persembahan yang menggandingkan penyanyi dari dua negara iaitu Faizal Tahir dan Rossa yang berduet menerusi lagu Terlanjur Cinta dan Cuba

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin