Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Isnin, 18 Mei 2009

Tak mahu tunggu terlalu lama

KEJAYAAN meraih empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 baru-baru ini iaitu untuk kategori Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik walaupun terpaksa menanti sehingga empat tahun menantikan kemunculan album ketiganya sekurang-kurangnya berbaloi dengan anugerah itu.

Semakin lama dalam industri menjadikan Misha semakin matang dan lebih memahami selok belok dunia seni. Selepas penantian selama empat tahun, dia tidak mahu lagi menanti selama itu semata-mata untuk memiliki sebuah album.

“Kini saya belajar bagaimana mahu menggerakkan kerja yang perlahan untuk dipercepatkan. Lagipun ‘chemistry’ antara saya dengan komposer yang saya mahukan sudah ada. Mungkin dulu saya terlalu berharap hingga mengamalkan sikap tunggu dan tunggu tetapi sekarang saya sudah semakin belajar.

“Saya sudah mula bertanya teman-teman yang berminat untuk terbabit dalam album terbaru nanti. Untuk album keempat, saya teringin sekali bekerjasama dengan artis Indie untuk menjana idea yang segar dalam album terbaru nanti. Bagaimanapun itu tidak bermakna saya berkiblatkan mereka.

“Saya masih lagi mahu bekerja dengan M Nasir, Nurfatimah, Azmeer dan ramai lagi tetapi paling penting perlu ada Penerbit Eksekutif yang dapat menyeragamkan pembikinan album itu seperti mana khidmat Ramli MS yang saya gunakan dalam album berjudul Misha Omar,” katanya yang sudah pun meminta lagu daripada Noh Hujan dan ingin sekali bekerja dengan penyanyi dan komposer sedang meningkat, Yuna.

"Setakat ini, Noh sudahpun memberi saya sebuah lagu ciptaannya kepada saya. Ia akan dimuatkan dalam album saya akan datang.

"Walaupun ia sebuah lagu indie, tetapi saya akan menyesuaikannya dengan suara dan konsep lagu-lagu pop," ujarnya lagi.


Bagi Misha, tidak salah dia cuba mempelbagaikan lagu di dalam albumnya kerana muzik adalah universal dan seorang penyanyi itu bebas untuk bekerja dengan sesiapa saja bagi menjamin kualiti lagu yang dipertaruhkan.

“Pada saya rugi jika seorang tidak mempelbagaikan lagu mereka. Jika terlalu bergantung kepada satu genre saja, peminat tidak dapat melihat kreativiti seorang artis itu,” katanya yang menjadikan album Ziana Zain yang mengenengahkan lagu pelbagai rentak sebagai inspirasi.

Misha terokai perniagaan


MISHA bersama Derrick (tengah) dan Stefan Zimmermann melancarkan cawangan kelima Derrick & Team.

Bermula dengan menjadi rakan kongsi salun Derrick & Team

BENIH yang disemai selama tujuh tahun bergelumang dalam dunia nyanyian sudah pun dinikmati hasilnya dan kini, Misha Omar, 27, sedang berjinak-jinak pula untuk bergelar usahawan.

Memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan, Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aishah menjalin usaha sama dengan salun Derrick & Team untuk cawangan kelimanya di The Mall.


Keserasian yang wujud antara pemiliknya, Derrick dan Misha yang terjalin seusia pembabitan penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu menyebabkan Derrick mempelawa penyanyi ini menjadi rakan perniagaan. Namun, penyanyi itu terpaksa menolaknya atas alasan belum bersedia untuk memberikan perhatian kepada bidang lain.

“Tujuh tahun Derrick mendandan saya iaitu sejak kemunculan pertama saya dalam industri ini. Setelah semakin serasi bersama, Derrick mempelawa saya menyertai perniagaannya tetapi saya terpaksa menolak kerana merasakan masanya belum sesuai untuk saya menceburi bidang perniagaan.

“Ketika itu saya masih terlalu baru dan belum mendapat gambaran sebenar kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon, jadi saya bimbang tidak mampu memberikan fokus terhadap perniagaan jika menceburi bidang itu. Kini selepas tujuh tahun, barulah keyakinan itu datang dan apabila sekali lagi Derrick mengundang, saya tidak lagi menolaknya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk saya mencuba bidang lain selain hiburan.

“Buat masa ini saya hanya menjadi rakan kongsi untuk cawangan kelimanya di The Mall. Jika rezeki mengizinkan mungkin saya ingin melebarkan lagi perniagaan ini. Bagaimanapun terlebih dulu saya mahu mempelajari ilmu asas dandanan rambut, paling tidak belajar mencuci rambut kerana saya seorang yang sangat cerewet ketika mendapatkan khidmat cucian rambut” katanya yang turut bergelar Duta Derrick & Team.

Selain salun, penyanyi dan pelakon itu juga menyimpan angan-angan mengintai peluang perniagaan dalam bidang pemakanan untuk menguji sejauh mana keupayaan dan kelebihannya mengendalikan restoran.

“Perniagaan dalam bidang dandanan adalah satu permulaan baik sebelum saya mengintai peluang dalam perniagaan lain. Perniagaan ini juga dapat mendekatkan hubungan saya dengan peminat. Selain ke spa untuk merehatkan pemikiran dan badan, peminat boleh memilih salon untuk melepaskan lelah mereka.

“Selain salun, saya juga menyimpan hasrat membuka perniagaan makanan bagi meluaskan lagi empayar dalam bidang perniagaan,” katanya.

Jumaat, 15 Mei 2009

Misha, Adam tak dapat dipisahkan




BIARPUN sudah seminggu berlalu, masih ramai peminat memperkatakan mengenai Anugerah Industri Muzik Malaysia Ke-16 (AIM16) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang berlangsung dalam suasana meriah, dengan banyak keputusan di luar jangkaan.

Ia termasuk kemenangan besar Misha Omar pada malam kemuncak itu apabila menguasai empat kategori utama yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik Sepanjang Tahun, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Pop Terbaik.

Malah, kemenangan itu turut dianggap sebagai kebangkitan semula penyanyi berkenaan dalam industri muzik tanah air selepas menghasilkan album terakhirnya, Aksara, empat tahun lalu dan hanya cenderung mengeluarkan single sebelum ini.

Misha dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini, menyifatkan kemenangan itu sebagai detik bersejarah dalam perjalanan karier nyanyiannya yang bermula sebagai finalis Bintang RTM 2001.

"Inilah kejayaan terbesar sepanjang bergelar anak seni. Tidak pernah termimpi pun untuk mencatatkan kemenangan terbesar, lebih-lebih lagi membabitkan empat kategori utama dalam sebuah anugerah berprestij, khusus dalam mengiktiraf karya muzik tempatan," katanya.

Katanya, AIM sama sekali berbeza dengan majlis pengiktirafan lain yang dianjurkan dalam industri hiburan tanah air kerana ia lebih cenderung kepada aspek kualiti karya muzik dihasilkan, bukannya bersandarkan kepada populariti, malah penentuan pemenang dibuat oleh juri profesional.

"Sebab itulah, kebanyakan penggiat muzik kita, termasuklah penyanyi cukup berbangga apabila memenangi AIM. Malah, saya sendiri menunggu lama untuk mencatatkan kemenangan ini. Apa yang boleh saya katakan, penantian saya selama ini sudah terbayar.

"Malah, tidak sia-sia masa yang begitu lama diperuntukkan, begitu juga belanja besar yang terpaksa dikeluarkan untuk menyiapkan album ini... semua berbaloi. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kejayaan ini dan memberikan saya semangat untuk menghasilkan karya lebih berkualiti pada masa depan," katanya.

Walaupun mencatatkan kejayaan besar itu, ada sedikit rasa terkilan dalam diri penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini kerana tidak berpeluang memenangi Album Terbaik.

"Laluan memang sudah dekat, cuma tidak berpeluang. Mungkin belum rezeki saya agaknya. Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya apabila Nafas Cinta diangkat sebagai Lagu Terbaik. Itu pun sudah cukup baik," katanya.


Misha mengakui kemenangannya pada malam itu memang di luar jangkaannya, malah tidak meletakkan harapan tinggi apabila dicalonkan bagi setiap kategori berkenaan.

"Maklumlah, Misha 2008 mengambil masa agak lama untuk disiapkan sehingga peminat pun keliru sama ada ia album baru saya atau album kompilasi. Ini disebabkan kecenderungan saya menghasilkan single kemudian disusuli album baru," katanya.

Melalui Misha 2008 juga, impian penyanyi jelita ini menjadi kenyataan apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Ramli MS, yang dikaguminya sejak sekian lama walaupun bayaran dikenakan agak tinggi berbanding penerbit lain.

"Sebenarnya, sudah banyak kali kami bekerjasama tetapi untuk persembahan saja... kalau album, ini yang pertama. Memang ada dengar cerita Abang Ramli mahal (bayarannya) tetapi saya tidak percaya sehinggalah dia 'membuka mulut'. Terlopong juga saya dibuatnya.

"Namun, saya tidak kisah kerana bayaran diminta setimpal dengan hasil kerjanya. Yang pasti, tidak rugi jika anda membeli album ini. Bila anda sudah mendengarnya, barulah anda tahu mengapa bayarannya mahal seperti yang dikhabarkan," katanya.

Kelewatan Misha 2008 disiapkan juga disebabkan mahu menunggu masa terluang Ramli untuk menerbitkan album itu memandangkan jadual hariannya yang dipenuhi pelbagai aktiviti seni di dalam dan luar negara.

"Kebetulan kami terbabit dalam satu persembahan. Saya memberanikan diri sama ada dia berminat menerbitkan album saya namun jawapan yang diberikan agak mengecewakan. Abang Ramli beritahu jadi penerbit album kerja yang buang masa, lebih-lebih lagi beliau sangat sibuk.

"Namun, saya tidak patah semangat dan terus menunggu sehinggalah beliau memberikan persetujuan. Itu yang ambil masa lama, selain mahu mengumpul material. Daripada pengamatan saya, Abang Ramli seorang yang mementingkan kesempurnaan dan ketelitian. Itulah yang 'mahal' sebenarnya," katanya.

Beliau turut mengakui tidak kisah menunggu lama dan terpaksa berbelanja besar untuk Misha 2008 kerana ia memuaskan hatinya, malah menganggap album ketiganya itu sebagai album terbaik pernah dihasilkannya sepanjang sedekad menceburi bidang nyanyian.

"Yang penting, saya tidak akan menyesal kalau tidak lagi berpeluang atau mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan album selepas ini. Misha 2008 bukan sekadar memuatkan lagu, sebaliknya karya hebat yang sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

"Ia juga bukan sekadar album, malah satu lambang transformasi selama 10 tahun bergelar penyanyi, bidang ini, terutama kematangan vokal saya, selain kemampuan menyanyikan pelbagai genre lagu. Tidaklah orang kata saya hanya penyanyi 'lagu sendu' atau balada saja," katanya.

Menyimpan impian untuk berduet dengan Anuar Zain, Amy Search dan Ramli Sarip, Misha secara jujur mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang mula dikenalinya dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh beberapa teman rapatnya.

"Kami memang banyak perbezaan... dia pegawai kerajaan, manakala saya seorang artis tetapi berkongsi minat yang sama. Mungkin inilah yang menyebabkan kami serasi. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan direstui keluarga masing-masing.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membuka isu perkahwinan kerana sebagai wanita, saya tidak mahu mendesak. Bagi saya, perkahwinan masih terlalu jauh walaupun itu yang saya harapkan. Saya seorang wanita, mana mungkin saya mahu melamarnya... takkanlah perigi mencari timba," katanya.

Misha memberitahu B*Pop, teman istimewanya turut serasi dengan Muhammad Adam Emir, malah memenuhi 'piawaian' untuk menjadi 'papa' kepada anak kesayangannya itu.

"Apa yang saya nampak, mereka serasi. Memang nampak dia mudah mesra dengan budak-budak. Dari sudut kewangan, kita boleh sama-sama 'work out'. Jika dilihat dari kemampuannya menjadi seorang ayah, memang nampak dia bertanggungjawab.

"Memang dia mempunyai ciri-ciri yang saya cari. Memanglah saya mengharapkan perhubungan ini berakhir dengan satu ikatan sah tetapi biarlah masa yang menentukan. Tidak perlu terburu-buru... jika ada jodoh takkan ke mana-mana," katanya.

Sabtu, 9 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU







Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada semua ibu-ibu yang selama ini melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang..Kepada Misha Omar, selamat hari ibu juga saya ucapkan..Walaupun kak Misha belum pernah melahirkan anak, namun kak Misha telah membesarkan, mendidik, dan memberikan kasih sayang yang cukup untuk Adam..

Ternyata kasih kak Misha terhadap Adam tiada bezanya seperti kasih sayang ibu-ibu yang lain kepada anak-anak mereka..Kegembiraan dan rasa teruja setiap kali bercerita tentang Adam sudah cukup mengambarkan betapa kak Misha sayangkan beliau..Semoga kak Misha dan Adam akan terus berbahagia..Cari bakal suami yang boleh menyayangi Adam dengan sepenuh hati dan yang tidak akan membezakan Adam dengan bakal anak-anak kalian nanti ya(^_^)..
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mama yang tersayang..Terima kasih kerana menjaga dan memberikan kasih sayang kepada adik..Adik sayang mama sangat-sangat..Pelbagai dugaan yang mama lalui untuk membesarkan anak-anak tersayang dengan berkecimpung dalam bidang seni selama hampir 10tahun..Walaupun sekarang mama sudah berundur diri namun adik tahu mama masih merinduinya..Segala jasa mama akan adik balas dengan menjaga mama sebagaimana mama menjaga kami 4beradik yang masing-masing mempunyai kerenah yang pelbagai..Terima kasih mama di atas kesabaran dan pengorbanan yang telah mama lakukan(^_^)..
* tinggalkan komen ucapan selamat hari ibu kpd kak Misha dan juga ibu anda..(^_^)

Jumaat, 8 Mei 2009

Tak Layak or Tak Suka??

Selepas kemenangan Misha di AIM 16, banyak respon yang saya lihat di akhbar, majalah, blog dan laman web..Ada yang berpuas hati dengan kesemua keputusan yang diumumkan dan tidak kurang juga yang membantah..

Nafas Cahaya lagu lama, tak patut menang..Ini adalah salah satu komen yang saya baca dalam salah satu blog yang agak popular..Kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh juri..Kata mereka juri tak layak la,juri tangkap muat la dan macam-macam lagi..

Pada pandangan saya yang saya nilai dari komen-komen mereka, mereka nak artis pujaan mereka menang dan tak kurang juga yang tak suka Misha Omar..Macam-macam kata kesat yang mereka hemburkan dan sebagai peminat setia Misha Omar sudah semestinya saya marah dan kecewa apabila membaca komen-komen sebegitu..Tapi secara rasionalnya kita tak dapat memuaskan hati setiap orang..

Pada pendapat saya sebagai peminat, kita kena terima kekalahan ataupun kemenangan artis pujaan kita..Adakalanya memang akan ada rasa tidak puas hati dalam diri setiap individu cuma tidak perlulah kita nak hemburkan kata-kata kesat yang langsung tidak mencerminkan peribadi kita sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan adab sopan..Luahkan rasa tidak puas hati itu dengan cara yang betul..

Satu perkara lagi, hendaklah diingatkan bahawa AIM mengiktiraf komposer dan penulis lirik juga..Jangan kerana kita tak minat seseorang artis itu, lagu yang disampaikan pun kita kata tak sedap dan tak layak untuk menang sedangkan semua itu hasil usaha penulis lirik, komposer dan artis itu..Senang untuk mengkritik tapi bukan senang untuk untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..Renungkanlah kalau kita di tempat mereka, berusaha untuk memberikan yang terbaik dan setelah mendapat pengiktirafan, kita dimaki dan sebagainya semata-mata kita tidak disukai..Apa perasaan anda??

FAKTA

Tahun ini AIM mempertandingkan 24 kategori yang membabitkan album-album yang diterbitkan dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu oleh syarikat-syarikat rakaman yang bernaung di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Ketua Juri, Ramli M.S bersama 143 lagi juri antaranya penerbit, komposer, penulis lirik, pemuzik, penyampai radio, jurutera studio dan wartawan hiburan telah mengadili kesemua kategori yang dipertandingkan itu.

* 144 JURI YANG ADE BAKAT DALAM INDUSTRI DORG YG BT KPTSN PEMENANG BG SEMUA KATEGORI..ANDA N MEREKA,,, MANA LEBIH LAYAK TENTUKAN PEMENANG???LUU PK LAA SENDIRI..Jangan lupa tinggalkan komen anda..(^_^)

Ilmu Lakonan

HATINYA kini mula berbunga-bunga apabila cinta Misha Omar terhadap dunia lakonan semakin berkembang.

Walaupun pembabitannya dalam bidang ini bukan baru, tetapi apa yang jelas penyanyi ini semakin seronok apabila diminta beraksi di hadapan kamera.

Kalau mahu diimbas, Misha atau Samiha@Aisha Omar sudah berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie 3, yang menjadi percubaan pertamanya bergelar pelakon diikuti dengan Main Main Cinta selain pernah menyertai sitkom.

Wanita dari Kota Bharu, Kelantan ini mengakui melalui lakonan, dia dapat membina keyakinan diri yang tinggi dan boleh diguna pakai di pentas nyanyian.

“Ternyata ilmu lakonan yang saya pelajari mampu mencipta kematangan berbeza sewaktu saya menyanyi. Sebagai contoh, drama yang saya wujudkan sewaktu berduet dengan Nashrin menerusi lagu Perlu Kamu semasa pertandingan akhir My Starz LG 2 baru-baru ini adalah hasil inisiatif sendiri.

“Bagi saya sebagaimana menghafal skrip, saya juga praktikkan sewaktu memahami lirik sesebuah lagu terutama dalam menekankan maksud serta mood sesuatu perkataan. Tak saya nafikan, lakonan banyak memberi saya panduan untuk terus yakin diri semasa di pentas,” katanya.

Tanpa diduga selepas mengacarakan program Skrin Video terbitan Tenview tahun lalu, syarikat yang sama mengajukan tawaran sama kepada Misha untuk berlakon pula.

Atas alasan mencuba dan menguji kebolehannya, penyanyi lagu Semoga Abadi dan Cinta Adam Dan Hawa itu menerima tawaran secara lisan sejak Mac tahun lalu.

Akhirnya selama dua bulan sejak Disember tahun lalu, Misha berada di lokasi penggambaran drama Julia Juli yang disiarkan di sebuah stesen TV sejak awal bulan lalu. Memegang peranan sebagai Julu, Misha bergandingan dengan Dynas (Juli) dan Nik Sayyidah (Jula). Drama itu mendapat sentuhan kreatif dua pengarah Adam Hamid dan Jet Li.

“Pada awalnya memang saya alami masalah jadual lakonan yang ketat kerana pada masa sama, saya masih menyanyi pada hujung minggu. Boleh ‘sakit’ jugalah jadinya berlakon drama ini. Tapi selepas cabaran demi cabaran, saya pun tak sangka boleh menjadi sabar. Iyalah, saya ini orang yang cepat marah.

“Nak cerita penat berlakon memang tak disangkal lagi. Menyanyi pun penat juga. Apabila ditakdirkan menjadi orang seni, saya tidak boleh terus mengeluh dan saya harus akur. Sewaktu berlakon saya melontarkan dialog dengan memakai pendakap gigi.

“Malah, demi untuk kelihatan bersahaja dan tak nampak janggal bercakap dengan memakai pendakap, saya harus berlatih bercakap banyak kali. Kalau menyanyi, saya kena sentiasa berinteraksi dengan kamera. Tapi bila berlakon, saya kena anggap seolah-olah tiada kamera di depan,” katanya yang turut bertanyakan pandangan orang seni mengenai selok belok dunia lakonan.

Rabu, 6 Mei 2009

Misha dan Fahrin????

Hurmmm...apa agaknya yang berlaku antara mereka berdua ya??bercinta??mungkin..ataupun teman baik???hurmm...Apa-apa pun soalan ini akan terjawab tidak lama lagi menerusi drama terbaru lakonan Misha Omar bersama Fahrin Ahmad yang sudah pun memulakan pengambaran cerita ini yang akan ditayangkan di tv2..

Misha bersama saudara-mara tuan rumah(tempat shooting)

Tajuk drama ini still xdapat saya pastikan tapi mungkin diantara 2. Laila latah yang sudah pasti tajuk salah satu drama yang misha akan lakonkan dan dengar kata mungkin tajuk drama ini 'Tiada Lagi' dan mungkin drama ini akan ditayangkan pada hujung bulan Mei ini jam 8.30 or 9.00 mlm..Yang pastinya Misha sudah membaca skrip drama Laila Latah..Apa-apa pun saya akan bawakan perkembangan tentang drama ini khas untuk anda..Segala maklumat dan infomasi terkini akan segera saya terbitkan..

Fahrin jadi budak nerd (^_^)

Tempat Shooting

Selasa, 5 Mei 2009

Obses Untuk Cantik

TUJUH TAHUN KEMBARA BERTEMANKAN RIANG SURIA DAN MENDUNGNYA MEGA. DUGAAN DAN UJIAN MENEGUH KUKUH JIWA DAN PERIBADI, CEKAL BERDIRI DI MEDAN SENI. KALI INI, MISHA INGIN BERKONGSI RAHSIA HATI...


Bermula dengan filem Main-Main Cinta, dia mula melakar satu lagi dunia kerjaya - lakonan! Dan kini, wajahnya semakin dekat, semakin mesra dengan peminat khasnya penonton televisyen. Drama Julia Juli yang bersiaran sebanyak 20 episod di TV3 itu menyaksikan penyanyi bernama Misha Omar mencuba medan dan meneroka lebih jauh gelanggang dunia lakonan.

* selanjutnye tunggu ye..(^_^)

Majalah EH!!Bulan Mei Cover Misha Omar


Dapatkan majalah EH! keluaran Mei 2009 cover Misha Omar..Tajuknya Misha Komited untuk Cantik..Beli jangan tak beli..Dan nantikan majalah-majalah hiburan keluaran pertengahan bln Mei or Jun pasti ada cerita tentang Misha Omar mengenai kejayaannya di AIM dan perkembangan kerjayanya untuk masa depan..

* Thanx a lot 2 D'key sebab bagi info
pasal majalah EH! keluaran Mei(^_^)

Misha: Gabung Indie band??



SELEPAS meraih kemenangan dalam empat kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16, penyanyi Misha Omar menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain dan Hujan."Saya nak bekerjasama dengan band indie seperti Meet Uncle Hussain atau Hujan kerana mereka banyak menghasilkan lagu yang baik," kata Misha sejurus majlis AIM 16 selesai.



Misha meraih anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya), Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam & Hawa), Album Pop Terbaik (Misha Omar) dan Lagu Terbaik (Nafas Cahaya).
"Saya rasa gembira tak terhingga kerana sebelum ini saya menjadi penonton dan berada di bawah tapi tahun ini saya cuba sekali lagi dan dapat berada di atas pentas itu (menerima anugerah).

"Selepas tujuh tahun, inilah trofi yang ditunggu-tunggu."Dengan kemenangan ini, saya akan cuba tingkatkan prestasi. Ini merupakan kejutan paling manis seolah-olah merasakan penat lelah dan kesabaran kami terubat selepas empat tahun saya tidak keluarkan album."Kira-kira empat tahun saya ambil masa untuk siapkan album ini kerana lagu tidak mencukupi. Ia juga berkat kesabaran semua. Saya rasa sangat bersyukur," luah Misha
Ditanya tentang kelebihan album dan lagunya sehingga mampu menewaskan yang lain, Misha berkata lagu dalam albumnya lebih banyak bereksperimentasikan vokal lagu etnik.

"Ada banyak rasa dalam album saya. Misalnya lagu Cinta Adam Dan Hawa berbeza dari sentuhan lagu sebelum ini."Selain itu, keseluruhan lagu dalam album saya hanya didengar tanpa perlu 'skip', " ulas Misha dalam nada ceria.Lagu Nafas Cahaya pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 tetapi tidak berjaya memenangi apa-apa anugerah.Jelas Misha mungkin kemenangan lagu Nafas Cahaya tidak berpihak di AJL tetapi diterima di AIM."Sudah rezeki saya di sini dan tidak menang di situ," tutur Misha

Bagaimanapun, Misha nekad untuk terus bekerja dan tidak berputus asa."Saya akan terus usaha mencari material untuk album akan datang dan belajar membuat pelbagai perkara lagi," akhiri Misha sebelum sempat berseloroh.Katanya, 'Mana tahu dah menang ni lagi ramai produser yang nak bekerja dengan saya..'.

Misha Tetap Orang Biasa



BAGAIKAN mawar merah sedang mengorak kelopak. Indahnya, cantiknya menyegarkan pandangan mata dan jiwa. Tatkala melihat yang empunya diri semakin meranum usia dewasanya, hati tumpang gembira.Tujuh tahun, pantas waktu berlari dan seiring dengan usia pelariannya, dia semakin dewasa di depan mata saya.

Misha Omar yang `jongos' tiada lagi. Juga tiada lagi Misha yang malu-malu yang barangkali sudah dibuang jauh dari hidupnya setelah diri bergelar bintang popular.Tetapi satu yang kekal dalam dirinya. Jenakanya, tawa dan gurau senda masih macam dulu. Seperti dia tidak punya sebarang nama, seperti kami baru saja saling mengenali antara satu sama lain, ketika dia mempromosikan Bunga-Bunga Cinta. Hendak-hendaknya biarlah dia begini selamanya. Misha Omar yang baik, jujur dan mampu menjadi sahabat bercerita.

Semoga itu juga yang dibawa sampai bila-bila selagi nafas jantungnya berdenyut kencang dalam dunia hiburan.Tujuh tahun mungkin hanya jangka masa yang cukup singkat. Tetapi sudah cukup untuk Misha mengenali sejauh mana dunia seni dikaitkan dengan pelbagai kerenah dan hipokrasi insan-insan seni di dalamnya. Tetapi bukan semua, hanya segelintir, katanya.

``Akan sampai masanya seseorang artis berhadapan dengan dilema. Sama ada dia mahu menjadi dirinya sendiri atau memilih menjadi ``artis' yang terlalu artis, terserah.``Tetapi sampai bila-bila pun saya memilih untuk menjadi orang biasa walaupun kerjaya saya sebagai artis dan dikenali,'' janjinya kepada diri sendiri.

Kata Misha, dunia artis sering kali disalah tafsir. Begitupun ia hanya boleh diterjah dan didasari oleh insan-insan yang bergelumang dengan dunianya sahaja. ``Paling penting saya tidak akan menjadikan gelaran artis sebagai tembok yang menyekat kebebasan. Untuk apa?

``Saya juga mahu hidup macam orang lain dan di luar saya bukan lagi Misha Omar. Saya adalah Samihah yang keluarga dan rakan-rakan kenali,'' tegasnya. Kata-kata Misha mengingatkan saya kepada Ramadan yang lalu. Saya bersama beberapa rakan wartawan, Misha dan Mimi (kakak yang juga pengurus) pernah keluar ronda-ronda, makan-makan dan berjalan bersama menikmati pandangan malam.

Kami terkejut apabila melihat Misha dengan selambanya, selesa dengan sepasang selipar sahaja menggalas kaki. Walaupun ada jenama, tetapi layaknya di sini ia boleh dikategorinya sebagai `selipar jepun'.Dan kata-katanya di atas terbukti sudah. Misha tidak pernah merasakan dirinya `besar' dan hebat di pandangan sesama manusia.

Oleh: (wartawan utusan malaysia)

Persembahan ringkas dan berkesan

MELANGKAH ke siri ke-16 penganjuran, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang berlangsung saban tahun dilihat tidak pernah lepas dari dihujani pelbagai kontroversi dan sindiran.

Segala-galanya berkaitan majlis termasuk senarai pemenang, pengacara, persembahan artis mahupun perjalanan majlis diberi perhatian yang bukan sedikit.Biarpun saban tahun disimbahi dengan pelbagai kritikan yang membuka cela AIM itu sendiri, hakikatnya khalayak tidak langsung mengendahkan. Buktinya, pada Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM 16) yang berlangsung malam Sabtu lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hampir keseluruhan dewan dipenuhi penonton yang hadir memberikan sokongan.

Ini memberikan gambaran bahawa sokongan masyarakat terhadap perkembangan industri muzik masih utuh biarpun terpaksa berdepan dengan zaman kejatuhan yang dalam diam identitinya semakin terhakis diasak arus kemasukan muzik luar.


Berbeza dengan tahun lalu, ruang pentas yang besar dengan penataan yang tidak disaratkan dengan barisan pemuzik melancarkan perjalanan persembahan yang rata-rata boleh dikatakan memberi kesan tersendiri biarpun nampak minima.Persembahan Misha Omar misalnya menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa begitu memukau dengan mempamerkan kekuatan vokal mantap penuh bertenaga.Tidak keterlaluan jika dikatakan rata-rata persembahan pada malam kemuncak anugerah tersebut dirasakan begitu terisi dengan alunan lagu-lagu hits terkini yang sarat dijayakan oleh barisan penyanyi yang vokalnya tidak boleh dipandang ringan.


Pujian harus diberikan kepada persembahan yang menggandingkan penyanyi dari dua negara iaitu Faizal Tahir dan Rossa yang berduet menerusi lagu Terlanjur Cinta dan Cuba

Isnin, 4 Mei 2009

Misha Omar bernafas semula



Meraih jumlah trofi yang selesa menerusi album ketiga yang mengangkat namanya sebagai judul, AIM16 menjawab penantian Misha Omar sepanjang tujuh tahun bergelar artis.

Penghasilan album yang memakan masa hampir empat tahun untuk disempurnakan, malah turut mengheret Misha ke kancah perdebatan apabila kelayakan penyertaan beberapa lagu dimuatkan dalam produksi itu dipersoalkan. Bagaimanapun, AIM memberi keadilan kepada penyanyi berusia 27 tahun itu apabila produksi berkenaan menerima empat pengiktirafan terbaik.

Misha menjulang trofi Album Pop Terbaik, manakala Nafas Cahaya diangkat sebagai Lagu Terbaik AIM16. Sentuhan M Nasir bersama lirik nukilan Allahyarham Loloq turut menerima trofi Lagu Pop Etnik Terbaik. Sebuah lagi nyanyian Misha, Cinta Adam & Hawa sentuhan Azmeer juga lirik karya Loloq menghadiahkan penyanyi yang turut memberi persembahan pada malam AIM16 trofi Lagu Pop Terbaik. AIM16 turut memperlihatkan keampuhan vokal Misha Omar mengalunkan lagu Cinta Adam & Hawa penuh bertenaga dan ekspresif.

Cuma mungkin rezeki tidak berpihak kepadanya untuk tercalon dan membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) namun dia antara nama yang akan terus memberi saingan kepada industri

KEJAYAAN PERTAMA DI AIM


Paling gembira atas kemenangan diterima penyanyi popular Samiha @ Aisah Omar (Misha) apabila album terbarunya yang mengambil masa empat tahun untuk disudahkan, memenangi semua kategori dicalonkan.

Bagi Misha, kelmarin adalah malam paling bersejarah dalam kerjaya seninya apabila menang besar dengan merangkul empat anugerah termasuk kategori utama, Lagu Terbaik menerusi Nafas Cahaya.Penyanyi berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya dan hampir menitiskan air mata sewaktu memberi ucapan sebaik menerima anugerah bersama pencipta lagu itu, M Nasir.

Misha turut mendedikasikan kemenangan kepada penulis lirik Nafas Cahaya, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq. Sebelum itu, Nafas Cahaya memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menewaskan saingan terdekatnya, Datuk Siti Nurhaliza yang turut dicalonkan menerusi Di Kayangan Kita dan Di Taman Teman.

Bagaimanapun, album Lentera Timur dihasilkan Siti memenangi anugerah utama Album Terbaik dan berjaya mempertahankan kemenangan Persembahan Vokal Terbaik dalam Album/Lagu (Wanita) buat kali ke-10.Namun, Siti tidak ada di majlis yang disiarkan secara langsung menerusi ntv7 itu kerana berada di Makkah menunaikan ibadat umrah.

Sementara lagu Cinta Adam Dan Hawa nyanyian Misha dipilih juri sebagai Lagu Pop Terbaik dan albumnya yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul mengungguli kategori Album Pop Terbaik menewaskan saingan terdekatnya Aizat Amdan (Aizat). Kata Misha, sewaktu ditemui di sidang akhbar sebaik majlis selesai, dia menanti tujuh tahun untuk menang di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan apabila album dan lagu dimuatkan dalam Misha Omar merangkul empat anugerah sekali gus membuatkan dia berasakan penantiannya sudah 'berbayar'.

"Tidak dinafikan pada peringkat awal sewaktu pencalonan diumumkan penganjur iaitu Akademi (Akademi Industri Muzik Malaysia), saya berasa kecewa kerana nama tidak ada dalam kategori utama iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita). Dicalonkan dalam kategori terbabit besar maknanya kerana sebagai penyanyi itu antara sumbangan besar saya kepada kejayaan album dihasilkan."Bagaimanapun, kekecewaan saya itu sudah terubat dan kemenangan ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk bekerja lebih keras agar satu hari nanti nama saya dicalonkan dalam lima persembahan vokal terbaik dan memenanginya. Itu impian saya sekarang yang harus diusahakan," katanya.

Kata Misha lagi, dalam kebanyakan majlis anugerah dianjurkan, memenangi AIM adalah perkara paling besar dalam hidupnya. Apatah lagi album Misha Omar sudah hampir untuk memenangi Album Terbaik."Bohong kalau saya katakan tidak mahu memenangi anugerah besar itu selain Lagu Terbaik, tetapi malam ini sudah tertulis rezeki saya hanya setakat itu. Lagipun, saya sudah menang banyak. Jangan tamak dan rezeki itu lebih baik diagih-agihkan kepada rakan dan penggiat muzik yang lain," katanya.

Misha Guna Telefon Lama



Misha yang pernah kehilangan sebuah telefon bimbit tidak kisah menggunakan telefon bimbit model lama, Sony Ericsson K810i.

ADA sesetengah individu memiliki ‘kegilaan’ terhadap gajet berteknologi tinggi. Biarpun harga satu-satu gajet menelan perbelanjaan yang besar, namun disebabkan minat, ia tidak menjadi halangan.

Bagi penyanyi dan pelakon terkenal, Misha Omar, 27, dia bukanlah dikategorikan sebagai individu yang memuja alat elektronik berteknologi tinggi. Biarpun begitu, pemilik nama sebenar Samiha@Aisah Omar itu tidak menafikan gajet elektronik memiliki signifikan tersendiri dalam melengkapkan perjalanan dunia serba moden. Misha beranggapan kemudahan teknologi tinggi cukup berguna dalam kehidupan, apatah lagi dalam keadaan manusia yang selalu dibayangi komitmen kerja yang banyak.

“Gajet canggih dan manusia dalam kehidupan sekarang bagai tidak boleh dipisahkan. Rata-rata menggunakan peralatan berteknologi canggih hampir setiap hari, tanpa menghiraukan tahap kerjaya mereka. “Baik individu kelas pertengahan mahupun pekerja profesional, masing-masing menggunakan khidmat barangan elektronik demi memudahkan urusan kerja.

“Kalau sebelum ini gajet ditafsirkan sebagai kemahuan manusia untuk hidup lebih selesa, kini berlaku transisi ketara apabila gajet menjadi satu keperluan dalam situasi berkaitan. “Gajet memang penting, cuma kita tidak boleh terlampau ‘bertuhankan’ teknologi ini setiap masa dan keadaan.

“Disebabkan terlalu taksub, kita seolah-olah kehilangan arah apabila menyifatkan barangan elektronik canggih menjadi penyelesaian untuk segala-gala perkara,” jelasnya memberikan pendapat peribadi semasa ditemui di sebuah kafe di Mutiara Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

JIKA ada masa terluang Misha akan bermain permainan video kesukaannya.Bukannya Misha bersikap skeptikal dengan gajet-gajet canggih, sebaliknya dia lebih gemar bersederhana apabila tiba hal berkaitan alat berteknologi.

“Saya lihat ada sesetengah individu yang begitu obses dengan penggunaan gajet. Sedangkan mereka tidak mengetahui selok -belok gajet dan fungsinya yang sebenar. “Kononnya ingin dilihat sebagai orang yang mengikut peredaran masa, namun hakikatnya mereka hanya mahu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimiliki.

“Pada pendapat saya, jika kita benar-benar perlukan gajet yang dihajati dan akan menggunakan keseluruhan fungsinya, maka barulah kita boleh beli. “Janganlah disebabkan kita mahu mengikut gaya hidup orang lain, kita tidak terkecuali membeli itu dan ini tanpa sebarang sebab munasabah,” ujarnya.

Guna telefon bimbit terpakai

Fenomena telefon jenama Blackberry dan terbaru kehadiran iPhone yang dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu lantas membuatkan ada penggemar gajet mulai tidak senang duduk
Lihat sahajalah reka bentuk, fungsinya yang sofistikated dan canggih, ia ibarat menjadi idaman setiap orang untuk memiliki salah satu daripadanya.

“Perkara ini melibatkan wang masing-masing, tetapi jika kita terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang besar sebab menginginkan telefon idaman yang canggih, saya tidak rasa ia berbaloi.“Saya sendiri tidak kisah untuk menggunakan telefon bimbit model lama, Sony Ericsson K810i.

“Saya pernah kehilangan sebuah telefon bimbit yang begitu saya sayangi dan boleh dikategorikan sebagai gajet canggih. “Dengan perasaan sedih, saya pantas ke kedai telekomunikasi untuk membeli telefon baru. Peliknya, sampai di sana, saya mengambil keputusan untuk membeli sebuah telefon bimbit terpakai pula.

“Walaupun sudah ‘berteman’ dengan telefon bimbit ini sejak tahun lalu, ia masih berada dalam keadaan baik,” tutur gadis yang dilahirkan pada 6 Januari 1982 itu sambil tergelak kecil. Meskipun dihadiahkan sebuah telefon bimbit baru iaitu Nokia E71 pemberian keluarga, sebaliknya Misha lebih selesa menggunakan telefon lama.

Menyambung bicara, anak jati Kelantan itu beranggapan telefon bimbit sekadar sebuah gajet yang bermusim.

“Gajet ibarat datang dan pergi dalam waktu singkat. Hampir setiap masa, kita dicanangkan dengan kehadiran gajet-gajet baru di pasaran yang lebih canggih.“Saya bukan tergolong sebagai individu yang meminati telefon bimbit. Saya begitu santai kerana tidak ada permintaan tinggi untuk sesebuah telefon bimbit.

“Cukuplah ia hanya boleh buat dan terima panggilan telefon, hantar dan terima SMS atau MMS dan buka e-mel. Itu sahaja sudah menggembirakan hati saya. “Selebihnya untuk aplikasi lain, ia hanya menjadi bonus untuk pemiliknya,” hujah Misha.

iPod sentiasa di sisi

Andai Misha tidak begitu mengutamakan kecanggihan telefon bimbit, namun dia memandang tinggi dengan penggunaan iPod dalam kehidupan sehariannya bergelar anak seni. “iPod menjadi gajet terpenting untuk saya. Kebiasaannya saya akan bawa gajet ini walaupun ke mana sahaja.

“Sebelum pergi ke satu-satu persembahan pentas, saya akan mendengar iPod dalam kereta untuk mengingati lirik dan juga menghafal melodi lagu-lagu yang ingin dinyanyikan. “iPod milik saya juga bukanlah gajet yang canggih ibarat iPod Touch, sebaliknya ia dibeli sejak beberapa tahun lalu. “Ia masih boleh digunakan dengan baik. Saya selesa dengan iPod sedia ada dan tidak berhasrat untuk membeli model baru.

“Sebelum kehadiran iPod, saya ingat lagi pengalaman menggunakan pemain CD yang besar.
“Saya kena angkut pemain CD ini ke merata tempat. Dengan fizikalnya yang besar dan agak berat, saya juga harus bawa beberapa keping CD. “Kini saya tidak perlu lagi bawa pemain CD ke hulu ke hilir,” akhiri Misha sambil matanya mengerling manja ke arah iPod kesayangan yang berwarna merah jambu itu

VIDEO AIM 16

Saksikan video AIM 16 yang baru saya upload dari youtube.. Thanx kepada nur7L yang membuat video ini.. Video ini pasti bermakna buat peminat Misha dan Misha Omar sendiri kerana ianya merakamkan detik-detik kemenangan Misha pada malam anugerah AIM 16.. Video ini mengandungi persembahan Misha pada malam AIM 16 dan juga ketika beliau diumumkan sebagai pemenang serta ucapan ringkas beliau.. Semoga anda semua berpuas hati.. Selamat menonton...(^_^)

Ahad, 3 Mei 2009

MISHA OMAR AKUI DIA BERCINTA




Sibuk dengan jadual seni tidak bermakna Misha tiada masa untuk menjalin hubungan dengan seseorang. Ketika ini dia sedang ‘berkawan’ dengan seseorang dan hubungan itu telah pun berlanjutan selama dua tahun.



“Sebagai seorang manusia biasa, saya juga seperti individu lain, ingin mencintai dan dicintai. Ketika ini saya sedang berkawan dengan seseorang dan jika tiada sebarang masalah mungkin hubungan kami ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Sebenarnya bukan mudah untuk saya mencari bakal suami. Ini kerana lelaki itu perlu menerima status saya yang sudah pun mempunyai seorang anak angkat. Jika dia tidak boleh menerima Adam, sukar untuk saya menerimanya dalam hidup saya juga,” terang Misha lagi.


Bercerita tentang anak kesayangannya pula, Misha nampaknya cukup teruja berkongsi cerita tentang keletah anaknya yang baru berusia 3 tahun itu. Menurut Misha kehidupannya kini tidak lagi sunyi seperti dahulu kerana sering terhibur dengan dengan keletah anaknya itu.


“Walaupun baru berusia 3 tahun, Adam sudah pun bersekolah dan sejak bersekolah ini saya lihat Adam lebih bijak membawa diri. Perlakuannya juga lebih tertib berbanding dengan kanak-kanak seusia dengannya. Mungkin ada yang tidak setuju dengan tindakan saya menghantar Adam bersekolah pada usia 19 bulan lagi, tetapi saya rasa banyak perkara positif yang telah dipelajari Adam.”

MISHA PEMENANG ANUGERAH AIM 16 TERBANYAK



Memang semalam merupakan malam untuk Misha Omar apabila hasil daripada kesabaran dan usaha beliau serta semua pembikin album Misha Omar menang tanpa kalah dalam semua pencalonan ditambah pula dengan satu anugerah pengiktirafan iaitu lagu sepanjang tahun.

Pastinya Misha bergembira dengan kejayaannya itu sekaligus membuktikan yang beliau masih lagi yang terbaik.. Dengan gabungan dan kerjasama yang serasi dengan penerbit, komposer dan penulis lirik, kejayaan yang dikecapi merupakan penghargaan yang tidak ternilai kepada semua yang terlibat..

Bukan sahaja Misha, malah peminat juga menarik nafas lega dan berbangga dengan kejayaan Misha. Semoga Misha akan terus menjadi yang terbaik dengan hasil karya yang bermutu.. Malah kami sebagai peminat juga ingin Misha menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa selepas kejayaannya di Shang Hai China suatu ketika dulu..

BUKAN 3 TAPI 4!!!

Misha memenangi 4 anugerah semalam termasuk anugerah istimewa iaitu Lagu Sepanjang Tahun 2008 yang menobatkan lagu Nafas Cahaya sebagai pemenang.. Ini adalah kejayaan terbesar buat Misha Omar dan semua yang terlibat dalam pembikinan albumnya iaitu Misha Omar yang diterbitkan pada disember tahun lepas..

List of winners:

# Song of the Year

Nafas Cahaya -- (Misha Omar)

# Album of the Year

Lentera Timur -- (Datuk Siti Nurhaliza)


# Best New Artiste

Meet Uncle Hussain

# Best Vocal Performance in a Song (Male)

Aizat (Lagu Kita)

# Best Vocal Performance in a Song (Female)

Datuk Siti Nurhaliza

(Di Taman Teman)

# Best Group Vocal Performance

Raihan (Assubhu Bada)

# Best Ethnic Pop Album

Lentera Timur -- Datuk Siti Nurhaliza (Johari Teh, Johan Nawawi, Aubrey)


# Best Ethnic Pop Song

Nafas Cahaya -- Misha Omar

(M.Nasir/Loloq)

# Best Nasyid Song

Bila Nur Melimpah Di Hati -- Rabbani (Asri Ibrahim/Ito Lara)

# Best Rock Album

Hujan -- Hujan (Noh Hujan)

# Best Rock Song

Bila Aku Sudah Tiada -- Hujan (Noh Hujan)

# Best Pop Album

Misha Omar --Misha Omar

(Ramli M.S., Ajai, Aidit Alfian, Azmeer, Cat Farish, Omar K. and Nurfatima)

# Best Pop Song

Cinta Adam Dan Hawa -- Misha

Omar (with Azmeer as composerand Loloq as lyricist)

# Best Hip-Hop Song

Mentera Beradu -- Malique featuring M. Nasir

# Best Local English Album

President -- Joe Flizzow


# Best Malay Song Performed by a Foreign Artiste

Ayat-Ayat Cinta -- Rossa

MISHA UNGGUL




SEBAHAGIAN pemenang Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM16) bersama trofi kemenangan masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam tadi. - MINGGUAN/Roy Aziz

--------------------------------------------------------------------------------

Dalam pada itu, Misha Omar turut unggul dengan menaiki pentas sebanyak tiga kali apabila dua lagu nyanyiannya, Nafas Cahaya ciptaan M. Nasir dan Cinta Adam dan Hawa ciptaan Azmeer masing-masing memenangi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik serta Lagu Pop Terbaik.

Album berjudul Misha Omar pula memenangi Album Pop Terbaik

Kemantapan vokal Datuk Siti Nurhaliza ternyata sukar digugat apabila buat kali kesepuluh dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Di Dalam Album (Wanita) menerusi lagu Di Taman Teman pada Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM16) di sini malam ini.

Dominasi Siti dalam kategori itu bermula sejak tahun 1999 menerusi album Adiwarna diikuti Pancawarna (2000), Sahmura (2001), Konsert Mega Siti (2002), Sanggar Mustika (2003), E.M.A.S (2004), Prasasti Seni (2005), Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London (2006) dan Hadiah Daripada Hati (2008).

Siti menewaskan tiga pencabar yang dicungkil bakat daripada program realiti iaitu juara dan naib juara One In A Million musim kedua (OIAM2) Ayu dengan lagu Hanya Di Mercu, Shila (Memori Tercipta) dan naib juara Malaysian Idol (MI) iaitu Dina (Sejauh ini).

Pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Siti turut memenangi kategori Album Terbaik melalui album Lentera Timur.

Ini kali kelima Siti memenangi kategori itu selepas album Adiwarna (1999), Seri Balas (2000), E.M.A.S (2004) dan Transkripsi (2007).

Tahun lalu, kategori tersebut dimenangi oleh Faizal Tahir menerusi album Aku.Muzik.Kamu

Kumpulan Meet Uncle Hussain mencatat kejayaan sulung dalam AIM16 apabila dipilih sebagai Artis Baru Terbaik mengetepikan pesaing terdekat iaitu Hujan, Joe Flizzow, Malique dan Suki.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Joe Flizzow apabila album President merangkul anugerah Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Kategori baru, Lagu Hip Hop Terbaik menyaksikan lagu Mentera Beradu ciptaan Malique, D'nabigator dan M. Nasir sebagai pemenang.

Pemenang lain ialah Aizat (Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki), Rabbani (Album Nasyid Terbaik), Asri Ibrahim (Lagu Nasyid Terbaik), Hujan (Album Rock Terbaik), Noh Hujan (Lagu Rock Terbaik), Audi Mok (Susunan Muzik Terbaik).

Selain itu, Raihan turut memenangi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik) manakala Vitnes Balasingam (Kulit Album Terbaik) dan Kerol (Video Muzik Terbaik).

Sementara itu, Anugerah Wirama AIM 16 diberikan kepada penulis lirik terkenal, Habsah Hassan.

BOLOT SEMUA!!!

Misha Omar bolot semua kategori yang dipertandingkan.. Misha berjaya mengenepikan Dato' Siti Nurhaliza yang menpertaruhkan 2 lagu dalam kategori lagu etnik terbaik.. Tahniah kepada Misha Omar.. Segala penantian peminat Misha terbalas malam ini.. Syukur dengan kejayaan yang dikecapi Misha.. Harap dengan kejayaan ini, Misha akan lebih bersemangat untuk terus berjuang dalam industri ini.. Berita penuh nantikan esok..

ANUGERAH YANG DIMENANGI :

- Lagu Sepanjang Tahun 08 = Nafas Cahaya
- Lagu Etnik Terbaik = Nafas Cahaya
- Lagu Pop Terbaik = Cinta Adan Dan Hawa
- Album Pop Terbaik = Misha Omar

Jumaat, 1 Mei 2009

Cara Misha Bina Keyakinan


KEYAKINAN diri menjadi antara lambang kejayaan seseorang artis selain mempertaruhkan aspek penting dalam pembentukan imej dan penampilan diri.

Melalui keyakinan diri yang tinggi, ia dapat menyempurnakan segala bentuk kelemahan yang terdapat pada seseorang. Bukan mudah berhadapan dengan khalayak khususnya penggemar setia kerana tanpa keyakinan diri, kita akan mudah gemuruh dan menjadi gementar.

Namun keyakinan diri bukan datang dengan mudah malah bagi penyanyi popular, Misha Omar, tidak akan ada kesempurnaan dalam diri seseorang untuk mendapatkannya.

“Kita harus berusaha mendapatkan keyakinan diri. Macam saya yang kurang yakin dengan senyuman, saya sempurnakan dengan memakai pendakap gigi.

“Saya kurang yakin di depan kamera untuk bergaya, saya akan bertanyakan pendapat dan nasihat daripada teman-teman yang arif.

“Bagi saya keyakinan ialah bagaimana anda berusaha mendapatkannya. Kita harus kenal pasti kelemahan diri sebelum mendapat keyakinan,” jelas Misha.

Sebagai penyanyi, Misha mengakui bahawa satu ketika dulu, dia mempunyai darah gemuruh yang teruk. “Sehinggakan kalau mahu naik ke pentas, tangan kaki menggeletar. Namun seorang kenalan menasihati saya agar melakukan meditasi sebelum naik ke pentas.

“Melalui pernafasan yang betul, kita akan dapat ketenangan dan melalui ketenangan barulah kita akan memperoleh keyakinan diri.

“Saya akui ini banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis tidak sahaja ketika muncul di pentas menghibur tetapi kala bertemu peminat,” kata Misha.

Selain itu, Misha mengakui amat mengambil berat soal penjagaan diri terutama kesihatan dan penampilan untuk mempertingkatkan keyakinannya.

Kata penyanyi yang berasal dari Kelantan itu, selain mempunyai tubuh yang sihat, penampilan pula tidak sahaja mengenai pakaian dan wajah yang cantik.

“Bau badan menjadi antara perosak dalam penampilan dan ia juga sebenarnya, bagi saya, boleh menghilangkan karisma diri sehingga kita merasakan tidak yakin untuk berdampingan dengan orang ramai.

“Sebagai seorang selebriti yang kerap kali harus aktif dan bergerak pantas serta memerlukan banyak tenaga ketika menghibur di pentas, tentulah kita mudah berpeluh.

“Jadi untuk menjadikan saya terus aktif dan tidak takut dengan bau badan, saya menggunakan deodoran. Saya akui deodoran merupakan antara agen untuk saya tampil penuh yakin.

“Malah kalau orang lain suka mengumpul minyak wangi, saya pula gemar menjadikan deodoran sebagai koleksi,” jelas Misha lagi.

Menyukai deodoran dalam bentuk krim dan cecair, kata Misha, dia mengenakan penyahbau pilihannya mengikut hari dan cita rasa.

“Ada harinya saya sukakan bau bunga-bungaan, adakalanya sukakan yang segar dan nyaman. Ia bergantung pada mood,” katanya.

Malah penyanyi yang kini sedang hits dengan lagu Cinta Adam dan Hawa menyarankan agar anak muda menggunakan deodoran untuk memberikan lebih keyakinan diri kepada mereka.

“Seronok kalau diri kita sentiasa wangi dan segar. Dan saya juga menggalakkan agar mereka mencuba losyen badan yang harmoni dengan bau minyak wangi dan deodoran.

“Dan lebih penting, pastikan deodoran bersesuaian dengan kulit dan sekiranya penggunaannya menyebabkan kulit gatal-gatal dan radang, tukar deodoran anda,” kata Misha.

Misha Jawab (klik kat imej untuk baca)

Misha Dapat Pujian


"Selain hidangan lazat, mereka yang hadir dihidangkan dengan persembahan penyanyi popular tanah air, Misha Omar dan Aizat. Misha yang kelihatan cantik dalam gaun rekaan Michael Ong, menghiburkan tetamu dengan lagu No One serta medley Pulangkan dan Bunga-Bunga Cinta. Manakala Aizat pula tampil dengan menyanyikan Lagu Kita dan Hanya Kau Yang Mampu.

Keletah Misha memang mencuit hati apabila sebelum itu dia turut mengusik peserta pertandingan karaoke. Ketika mengadakan persembahan pula, Misha sekali lagi membuatkan hadirin gelak apabila pura-pura berlari bagai pasangan kekasih tatkala dikejar oleh seorang wartawan BH.

Suasana malam itu juga begitu cerita, bukan hanya dek hidangan persembahan yang menarik oleh penyanyi dan peserta karaoke, malah kakitangan kedua-dua akhbar itu sendiri muncul dengan pelbagai rekaan pakaian menarik, sesuai dengan tema majlis."

* Pujian ini daripada pihak Berita Harian Sdn Bhd(BHSB)

Misha nak buka restoran..

Misha dan kakaknya, Mimi merancang menjalankan perniagaan makanan berdasarkan resipi ibunya. Di kalangan teman rapat, air tangan ibunya memang dipuji.

“Tidak terlalu besar, kami mahu restoran yang sederhana saja yang mudah untuk orang menjamu selera,” katanya.

*saya akan bawakan perkembangan berita tentang restoran yang bakal Misha buka dari semasa ke semasa..Doakan perancangan Misha dan kakaknya berjaya..Aminn...

Misha Omar KONSERT jomheboh 2009 di Lumut Perak

Buat pertama kalinya Misha menyanyikan lagu Sampai di Sini secara live buat peminat-peminatnya yang berada di Lumut Perak..Diikuti dengan lagu Cinta Adam dan Hawa..Tepukan gemuruh yang diterimanya semasa awal kemunculannya di pentas sudah membuktikan yang Misha Omar masih gah dan diminati..Tahniah kepada Misha kerana persembahan yang agak menarik pada malam itu..Kepada peminat yang tidak sempat menonton persembahan beliau pada malam itu, saya sudah mendownload video tersebut di blog ini..Selamat Menonton..(^_^)

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin