Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Jumaat, 21 Januari 2011

Mata tidak berkelip

Foto

Foto
Misha, Elly Mazelin amat teruja tatkala diberi kesempatan bertemu Tun Dr Siti Hasmah untuk teater muzikal Tun Mahathir

BAGI Elly Mazelin dan Misha Omar, masing-masing berasakan diri mereka amat bertuah apabila dapat bertentang mata dengan mantan Wanita Pertama Negara, Tun Dr Siti Hasmah secara peribadi di aras 83, Menara Berkembar Petronas KLCC, baru-baru ini.

Kagum dengan penampilan dan kelembutannya yang penuh dengan ciri-ciri keibuan membuatkan kedua-dua penyanyi ini tidak mampu berkata apa-apa apabila mendengar cerita
daripada Dr Siti Hasmah.
Foto

Malahan Elly yang memegang watak Tun Dr Siti Hasmah dalam teater muzikal Tun Mahathir terlalu teruja sehingga tidak berkelip-kelip memandang wanita itu.
Kesempatan itu juga digunakan Elly untuk bertanya beberapa kemusykilan yang selama ini sudah lama ingin ditanyakan iaitu mengenai perasaan wanita itu ketika suaminya mengumumkan ingin meletak jawatan.

“Sebelum ini saya agak keliru untuk babak itu. Adakah saya perlu menangis ketika babak Tun Dr Mahathir mengumumkan mahu letak jawatan. Setelah bertemu sendiri dengan Tun Siti Hasmah, saya berasa sangat bertuah kerana mendapat maklumat secara terus daripada tuan punya badan sendiri.

“Sepanjang pertemuan itu tadi, saya mengambil kesempatan memerhati cara Tun Siti Hasmah bercakap dan karakternya supaya boleh digunakan ketika pementasan nanti,” kata Elly.
Misha pula berkata, semua soalan yang ditanyakan kepada Dr Siti Hasmah lahir secara spontan.

Katanya, semua maklumat mengenai wanita itu sudah diketahui melalui skrip.
Kesempatan pada pertemuan itu pula hanya digunakan untuk mengenali wanita bernama Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat.

“Ini adalah pengalaman pertama kali dalam seumur hidup dapat duduk bersebelahan dan berbual dengan isteri kepada bekas pemimpin nombor satu negara. Saya tidak sangka beliau seorang yang cukup merendah diri.

“Sukar untuk menemui orang yang berada pada kedudukan tinggi seperti Tun (Dr Siti Hasmah) tetapi bersikap sangat rendah diri,” kata Misha yang mempunyai tiga babak dalam Muzikal Tun Mahathir.

Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 Januari hingga 30 Januari ini.

Daripada berkawan jadi berkasih

PERTEMUAN selama sejam setengah bersama isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di aras 83, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Khamis lalu menjadi kenangan paling indah yang tidak mungkin dilupakan peneraju watak bekas Wanita Pertama Negara Elly Mazlein dan Misha Omar dalam hidup mereka.

Langsung tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk duduk semeja dan berbual mesra dengan wanita yang sebelum ini kelibatnya hanya dapat disaksikan menerusi kaca televisyen.

Dr Siti Hasmah yang hadir dengan baju kurung corak batik rona merah jambu tiba tepat pada waktu dijanjikan. Namun beliau pula terpaksa menunggu kehadiran kami kerana beberapa tenaga produksi Tun Muzikal tiba sedikit lewat.

Oleh kerana belum cukup korum, kami tidak dibenarkan naik bertemu dengan Dr Siti Hasmah sehinggalah korum mencukupi.

Kami kemudian di bawa naik ke aras 83 dan diminta menanti di bilik tetamu. Tidak sampai beberapa minit, Dr Siti Hasmah dengan wajah keibuan yang sungguh berseri-seri melangkah perlahan sambil menguntum senyum tiba dipimpin seorang wanita yang kemudian meminta izin untuk pergi bagi memberi ruang kepada kami mengenali isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamed itu dengan lebih intim.

Duduk diapit Elly dan Misha, Dr Siti Hasmah nyata seorang yang peramah dan amat merendah diri. Seakan-akan tiada jurang walaupun beliau adalah isteri kepada bekas pemerintah negara.

Seperti dinyatakan, sifat keibuannya cukup jelas apabila melayan kami seperti anak-anaknya.

Sebaik melabuhkan tubuhnya di kerusi empuk, Dr Siti Hasmah terus membuka bicara tanpa dipinta. Kisah persahabatannya dengan Dr Mahathir ketika menuntut di kolej dan cerita bagaimana bibit-bibit cinta mereka berputik begitu mencuit hati.

Sesuatu yang mengagumkan, ingatan wanita kelahiran Selangor itu masih lagi tajam walaupun pada usia 85 tahun.

“Saya seorang yang cukup feminin di zaman kolej. Sebagai wanita, saya gemar berbaju kurung, berkebaya dan suka mengikat tocang. Sehinggalah pada suatu hari, saya ditegur profesor yang meminta supaya saya memotong pendek rambut kerana bimbang disambar api ketika melakukan uji kaji,” katanya sebagai pembuka bicara.

Cerita rambut tocang hendak disambar api oleh Dr Siti Hasmah ini menyebabkan kami semua ketawa. Memang aaak lucu. Mungkin sudah terbiasa sejak di zaman kolej, beliau memang nampak lebih selesa untuk terus berbaju kurung.

Berbicara mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya, kata Tun Siti Hasmah, suaminya yang dipanggil ‘Det’ adalah seorang yang pemalu serta sukar meluahkan perasaannya secara terang-terangan.

Mereka berkenalan pada 1947 dan mulai rapat apabila Tun Mahathir menjadi tutornya.

“Walaupun zahirnya hubungan kami nampak mesra, namun setiap kali mengikuti kelas bersama Tun Mahahtir, kami selalu juga berkelahi.
“Tapi dia (Dr Mahathir) seorang yang bijak. Jadi setiap kali mengajar, dia tidak suka sekiranya saya mempertikaikan apa yang diajar. Baginya kalau itu jawapannya, jangan pertikaikan dan jangan cuba mencari formula lain kerana memang itu jawapannya.

“Dia juga seorang yang kuat cemburu. Ketika di kolej, saya satu-satunya wanita Melayu. Saya pula suka berkawan dengan sesiapa saja tetapi rupa-rupanya Tun tidak suka. Mula-mula saya tidak faham, tetapi lama-kelamaan barulah saya sedar yang dia tidak suka saya terlalu rapat dengan lelaki lain. Bila tahu begitu, saya cuba tidak berkawan rapat dengan lelaki lain,” kata Dr Siti Hasmah.

Yang penting fakta tepat

Ditanya bagaimana perasaannya apabila kisah beliau suami isteri diangkat sebagai muzikal dan melihat orang lain melakonkan wataknya. Dalam nada spontan, wanita itu berkata, barisan pelakonnya lebih cantik dari dirinya.

Beliau juga mengakui pada mulanya terbit kebimbangan bagaimana karakternya mahu ditonjolkan dalam pementasan itu. Namun setelah menonton sendiri pementasan itu pada musim pertama yang lalu, beliau berpuas hati cuma meminta supaya wataknya tidak ditonjolkan terlalu lincah kerana walaupun aktif dalam sukan, ciri-ciri kewanitaan masih menebal dalam dirinya.

“Saya tidak kisah macam mana karakter saya ingin ditonjolkan, tapi yang penting sejarahnya perlu betul. Saya faham ini sebuah muzikal, mungkin sesetengah karakter saya dibawakan berlebih-lebih apabila perlu menyanyi dan menari untuk menjadikan pementasan ini lebih menarik.

“Anak saya Marina agak terkejut kerana dia melihat karakter saya yang ditonjolkan dalam muzikal itu berbeza dengan diri saya yang sebenar. Ada juga rakan-rakannya yang menonton muzikal itu tempoh hari juga mengatakan perkara sama kepadanya. Bagaimanapun, saya katakan padanya, saya tidak kisah kerana ini adalah muzikal, yang penting fakta sejarahnya hendaklah tepat,” katanya.

Tidak berkelip memandang Siti Hasmah

Bagi Elly Mazelin dan Misha Omar, masing-masing berasakan diri mereka amat bertuah apabila dapat bertentang mata dengan mantan Wanita Pertama Negara, Tun Dr Siti Hasmah secara peribadi di aras 83, Menara Berkembar Petronas KLCC, baru-baru ini.

Kagum dengan penampilan dan kelembutannya yang penuh dengan ciri-ciri keibuan membuatkan kedua-dua penyanyi ini tidak mampu berkata apa-apa apabila mendengar cerita daripada Dr Siti Hasmah.

Malahan Elly yang memegang watak Tun Dr Siti Hasmah dalam teater muzikal Tun Mahathir terlalu teruja sehingga tidak berkelip-kelip memandang wanita itu.
Kesempatan itu juga digunakan Elly untuk bertanya beberapa kemusykilan yang selama ini sudah lama ingin ditanyakan iaitu mengenai perasaan wanita itu ketika suaminya mengumumkan ingin meletak jawatan.

“Sebelum ini saya agak keliru untuk babak itu. Adakah saya perlu menangis ketika babak Tun Dr Mahathir mengumumkan mahu letak jawatan. Setelah bertemu sendiri dengan Tun Siti Hasmah, saya berasa sangat bertuah kerana mendapat maklumat secara terus daripada tuan punya badan sendiri.

“Sepanjang pertemuan itu tadi, saya mengambil kesempatan memerhati cara Tun Siti Hasmah bercakap dan karakternya supaya boleh digunakan ketika pementasan nanti,” kata Elly.

Misha Omar pula berkata, semua soalan yang ditanyakan kepada Tun Siti Hasmah lahir secara spontan. Katanya, semua maklumat mengenai wanita itu sudah diketahui melalui skrip.

Kesempatan pada pertemuan itu pula hanya digunakan untuk mengenali wanita bernama Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat.

“Ini adalah pengalaman pertama kali dalam seumur hidup dapat duduk bersebelahan dan berbual dengan isteri kepada pemimpin negara. Saya tidak sangka beliau seorang yang cukup merendah diri.

“Sukar untuk menemui orang yang berada pada kedudukan tinggi seperti Tun Siti Hasmah tetapi bersikap sangat rendah diri,” kata Misha yang mempunyai tiga babak dalam Muzikal Tun Mahathir.

INFO: Tun Muzikal
  • MUZIKAL Tun Mahathir akan dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.
  • TIKET untuk menyaksikan pementasan itu sudah mula berharga dari RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302 atau boleh ditempah dengan melayari www. ticket2u.biz.
  • Keterangan lanjut mengenai muzikal ini boleh layari laman web www.muzikaltunmahathir@blogspot.com.

  • *BERITA HARIAN

    Tiada ulasan:

    Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

    Pulangkan versi Juara Lagu

    Ku Seru versi Juara Lagu

    Semoga Abadi

    Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

    Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

    Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

    Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

    Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin