Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Jumaat, 17 April 2009

Misha Minat Cipta Lagu

Sekali-sekala kita mahu bersendirian. Sekali-sekali, kesepian lebih seronok menjadi peneman. Begitulah yang telah diungkapkan Misha Omar tatkala bercerita tentang kehidupannya yang ketika ini begitu jauh sekali daripada simbahan lensa glamor dan publisiti.


Sungguhpun begitu, jiwa seni anak kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak pernah 'mati'.


"Secara profesionalnya, masih lagi menyanyi. Tawaran masih ada dan saya juga masih lagi memenuhi undangan nyanyian di sana sini. Pada waktu yang sama, saya terus berada dalam studio untuk menyiapkan beberapa lagi rakaman untuk album baru saya.

"Lagipun saya sekarang ini saya sudah mula cuba-cuba cipta lagu. Saya hanya boleh buat melodi dan yang bantu saya membuat susunan muziknya ialah kawan baik saya, Fiat. Sekarang saya sedang cuba buat lirik pula," katanya kepada murai.com.my.


Ini satu perkembangan yang hebat daripada Misha. Apa agaknya yang mendorongnya?

Misha berkata, ia didorong rasa cemburu apabila melihat rakan penyanyi seperti Amy Mastura dan Dato' Siti Nurhaliza mampu menghasilkan melodi serta lirik lagu mereka sendiri.


"Saya tanyakan pada mereka, bagaimana mereka membuatnya. Kata mereka, cipta dulu melodinya. Dengan melakukannya secara humming pun sudah boleh dan kemudian barulah beri tumpuan pada susunan muzik pula.

Jadi, kebelakangan ini saya memang jadi ketagih cipta lagu. Asal ada saja melodi yang terlintas di kepala, saya akan cepat-cepat rakamkan dalam telefon bimbit. Sedar tak sedar sudah ada beberapa melodi ciptaan saya berada dalam simpanan.


"Kebiasaannya, idea untuk melodi itu akan timbul waktu saya tidurkan anak saya (anak angkatnya). Selalunya, waktu malam. Betullah kata orang, malam selalu mendatangkan banyak ilham," kata Misha yang berat badannya sudah bertambah beberapa kilogram.

Tiada ulasan:

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin