Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Jumaat, 1 Mei 2009

Cara Misha Bina Keyakinan


KEYAKINAN diri menjadi antara lambang kejayaan seseorang artis selain mempertaruhkan aspek penting dalam pembentukan imej dan penampilan diri.

Melalui keyakinan diri yang tinggi, ia dapat menyempurnakan segala bentuk kelemahan yang terdapat pada seseorang. Bukan mudah berhadapan dengan khalayak khususnya penggemar setia kerana tanpa keyakinan diri, kita akan mudah gemuruh dan menjadi gementar.

Namun keyakinan diri bukan datang dengan mudah malah bagi penyanyi popular, Misha Omar, tidak akan ada kesempurnaan dalam diri seseorang untuk mendapatkannya.

“Kita harus berusaha mendapatkan keyakinan diri. Macam saya yang kurang yakin dengan senyuman, saya sempurnakan dengan memakai pendakap gigi.

“Saya kurang yakin di depan kamera untuk bergaya, saya akan bertanyakan pendapat dan nasihat daripada teman-teman yang arif.

“Bagi saya keyakinan ialah bagaimana anda berusaha mendapatkannya. Kita harus kenal pasti kelemahan diri sebelum mendapat keyakinan,” jelas Misha.

Sebagai penyanyi, Misha mengakui bahawa satu ketika dulu, dia mempunyai darah gemuruh yang teruk. “Sehinggakan kalau mahu naik ke pentas, tangan kaki menggeletar. Namun seorang kenalan menasihati saya agar melakukan meditasi sebelum naik ke pentas.

“Melalui pernafasan yang betul, kita akan dapat ketenangan dan melalui ketenangan barulah kita akan memperoleh keyakinan diri.

“Saya akui ini banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang artis tidak sahaja ketika muncul di pentas menghibur tetapi kala bertemu peminat,” kata Misha.

Selain itu, Misha mengakui amat mengambil berat soal penjagaan diri terutama kesihatan dan penampilan untuk mempertingkatkan keyakinannya.

Kata penyanyi yang berasal dari Kelantan itu, selain mempunyai tubuh yang sihat, penampilan pula tidak sahaja mengenai pakaian dan wajah yang cantik.

“Bau badan menjadi antara perosak dalam penampilan dan ia juga sebenarnya, bagi saya, boleh menghilangkan karisma diri sehingga kita merasakan tidak yakin untuk berdampingan dengan orang ramai.

“Sebagai seorang selebriti yang kerap kali harus aktif dan bergerak pantas serta memerlukan banyak tenaga ketika menghibur di pentas, tentulah kita mudah berpeluh.

“Jadi untuk menjadikan saya terus aktif dan tidak takut dengan bau badan, saya menggunakan deodoran. Saya akui deodoran merupakan antara agen untuk saya tampil penuh yakin.

“Malah kalau orang lain suka mengumpul minyak wangi, saya pula gemar menjadikan deodoran sebagai koleksi,” jelas Misha lagi.

Menyukai deodoran dalam bentuk krim dan cecair, kata Misha, dia mengenakan penyahbau pilihannya mengikut hari dan cita rasa.

“Ada harinya saya sukakan bau bunga-bungaan, adakalanya sukakan yang segar dan nyaman. Ia bergantung pada mood,” katanya.

Malah penyanyi yang kini sedang hits dengan lagu Cinta Adam dan Hawa menyarankan agar anak muda menggunakan deodoran untuk memberikan lebih keyakinan diri kepada mereka.

“Seronok kalau diri kita sentiasa wangi dan segar. Dan saya juga menggalakkan agar mereka mencuba losyen badan yang harmoni dengan bau minyak wangi dan deodoran.

“Dan lebih penting, pastikan deodoran bersesuaian dengan kulit dan sekiranya penggunaannya menyebabkan kulit gatal-gatal dan radang, tukar deodoran anda,” kata Misha.

Tiada ulasan:

Bunga-bunga Cinta versi Juara Lagu

Pulangkan versi Juara Lagu

Ku Seru versi Juara Lagu

Semoga Abadi

Halaman Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Dedebu Cinta versi Separuh Akhir Muzik-muzik

Sembunyi versi Pencalonan Muzik-muzik

Jawapanmu versi Pencalonan Muzik-muzik

Cinta Adam dan Hawa versi Anugerah Skrin